Sunday, January 17, 2010

tanda hampir kiamat

HAMPIRNYA HARI KIAMAT Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhari- Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -Sahih Muslim- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." -Abu Hurairah r.a- Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian muzik dan penyanyi-penyanyi wanita" -Ibnu Majah- Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" -Riwayat Nasai.- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim- Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." -Riwayat Ahmad- Orang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad- Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari Kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -Riwayat Thabrani- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" -Sahih Muslim- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" -Riwayat Ahmad- Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. "Tidak akan datang hari Kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai- sungai." -Sahih Muslim- TOLONG SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA! SEMOGA KITA SAMA2 INSAF AKAN DIRI...
________________________________________

hadis 40

HADIS 40 - IMAM NAWAWI, IHSAN USTAZ SHAMSURI


HADIS PERTAMA:
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.’



HADIS KEDUA:
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : “Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?” Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a: Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda: Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah: Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah: Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.


HADIS KETIGA:
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "


HADIS KEEMPAT:
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya: 'Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari.... Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "







HADIS KELIMA:
" Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: 'Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim: " Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "


HADIS KEENAM:
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.'


HADIS KETUJUH:
Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : 'Agama itu adalah nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya. '



HADIS KELAPAN:
Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : ' Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan semua itu akan terselamatlah darah dan harata benda mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya dan perkiraan mereka terserahlah kepada Allah Ta'ala. '


HADIS KESEMBILAN:
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.


HADIS KESEPULUH:
Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. '
HADIS KESEBELAS:
Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a yang berkata : " Aku menghafal dari Rasulullah SAW : ' Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu. "


HADIS KEDUABELAS:
Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam sesaorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya. "


HADIS KETIGABELAS:
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.


HADIS KEEMPATBELAS:
Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah.'


HADIS KELIMABELAS:
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. "
HADIS KEENAMBELAS:
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW: "Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW: "Jangan marah!" Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan: " Jangan marah ! "


HADIS KETUJUHBELAS:
Dari Abi Ya'la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan ( menyempurnakan sesuatu dengan baik ) terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka bunuhlah secara sempurna, dan apabila menyembelih maka elukkanlah penyembelihan. Hendaklah sesaorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan penyembelihannya. "


HADIS KELAPANBELAS:
Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "



HADIS KESEMBILANBELAS:
Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '


HADIS KEDUAPULUH:
Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '


HADIS KEDUAPULUH SATU:
Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : " Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ' Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.' "



HADIS KEDUAPULUH DUA:
Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshari r.a, bahawasanya telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW : " Apa pendapatmu jika saya menunaikan semua sembahyang fardhu, dan aku berpuasa sebulan Ramadhan, dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan aku tidak menambahkan suatu atas demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab Rasulullah SAW : Ya. "


HADIS KEDUAPULUH TIGA:
Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya. '



HADIS KEDUAPULUH EMPAT:
Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata : " Wahai hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai.
Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.
Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri. "


HADIS KEDUAPULUH LIMA:
Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : " Wahai Rasulullah ! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."
Bersabda Nabi SAW : " Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan sesaorang dengan isteri juga sedekah. "
Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? " Bersabda Rasulullah SAW : " Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala. "


HADIS KEDUAPULUH ENAM:
Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "


HADIS KEDUAPULUH TUJUH:
Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. ~ Riwayat Muslim
Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.' "


HADIS KEDUAPULUH LAPAN:
Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : " Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : ' Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. ' Sabda Rasulullah SAW : ' Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerinta kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu ). Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan. '


HADIS KEDUAPULUH SEMBILAN:
Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "
Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "
Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "


HADIS KETIGAPULUH:
Dari Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, daripada Rasulullah SAW, yang bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahas mengenainya. "



HADIS KETIGAPULUH SATU:
Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : " Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. ' Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. '


HADIS KETIGAPULUH DUA:
Dari Abi Said Sa'd bin Malik bin Sinan Al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : " Tiada mudharat dan tiada memudharatkan. "


HADIS KETIGAPULUH TIGA:
Dari Ibn Abbas r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda : " Jika dilayankan setiap orang dengan tuntutannya, nescaya ada orang yang menuntut harta benda orang lain dan ada pula yang menuntut darahnya. Akan tetapi yang menuntut itu harus menbawa saksi, manakala yang memungkiri harus bersumpah. "


HADIS KETIGAPULUH EMPAT:
Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.



HADIS KETIGAPULUH LIMA:
Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "


HADIS KETIGAPULUH ENAM:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.
Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. "

HADIS KETIGAPULUH TUJUH:
Dari Ibn Abbas r.a dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta'ala, katanya : " Sesungguhnya Allah telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya - Allah akan mencatit disisinya satu hasanah yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya Allah akan mencatitkan di sisiNya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, Allah akan mencatitkan di sisiNya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, Allah akan mencatitkan baginya satu kejahatan sahaja. ~ Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih keduanya.


HADIS KETIGAPULUH LAPAN:
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penghilantannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia



HADIS KETIGAPULUH SEMBILAN:
Dari Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku daripada umatku segala perbuatan dari kesilapan dan kelupaan dan segala yang dipaksa ke atas diri mereka


HADIS KEEMPATPULUH:
Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "


HADIS KEEMPATPULUH SATU:
Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a katanya :" Telah bersabda Rasulullah SAW:' Tiada beriman sesaorang dari kamu sehingga hawa nafsunya patuh kepada apa yang aku sampaikan. ' "



HADIS KEEMPATPULUH DUA:
Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala :
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.
Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.

jika dan begitu juga

Jika dan begitu juga...



Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah
kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke
dalam air begitu saja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata
kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah jugak setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

versi tempat kerja:
Setelah kamu 'gilap' anak buah kamu dengan kepakaran yg sewajarnya, jgn lupa
perbetulkan akhlaknya sekali kerana kepakaran tanpa akhlak akan
menghancurkan alam maya dan membawa keruntuhan kepada zaman kegemilangannya dan anda sendiri
----------------------

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar
keperluanmu. Apabila sesekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah dia seadanya. Janganlah
kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sesekali dia melakukan kesilapan bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik.


versi tempat kerja:

Setelah anak buah kamu itu terbukti kepakaran dan keutuhan akhlaknya,
janganlah kamu halang pemergiannya untuk meneroka dunia baru kerana dia
bukanlah milik kamu seorang sebaliknya penerokaannya itu adalah ujian untuk
keberkesanan serta kelayakan kamu sebagai guru/ketua.

gagak

Gagak, Bapak dan Anak
**************************

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya
yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk
berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di
sekitar mereka.

Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok
berhampiran. Si ayah lalu menuding jaring ke arah
gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?"
"Burung gagak", jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian
sekali lagi mengulangi soalan yang sama.

Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar
jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat,
"Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan
yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit
runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu
menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"

Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian
sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga
membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan
nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, "Gagak la
ayah.......".

Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah
sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan
soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar
hilang sabar dan menjadi marah.

"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak.
Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan
saya sudah pun memberikan jawapannya. Apalagi yang
ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung
gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu
marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah
meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar
kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di
tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya
yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah
diari lama.

"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam
diari itu", pinta si ayah. Si anak akur dan membaca
perenggan yang berikut.......... "Hari ini aku di
halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima
tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon
berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan
bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab, "Burung
gagak".

Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan
yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan
jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya
demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus
menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya.

Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang
berharga."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak
mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan
sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini
ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima
kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."

MORAL OF THE STORY:

"JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA. JANGAN SESEKALI
MENGHAMPAKAN HARAPAN MEREKA"

fitrah yang menjadi fitnah

Remaja dan cinta, dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa "ajaib" itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri,makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya.
Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s. berasa kesunyian dan inginkan teman .Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicintai.
Rasa Cinta Tak Salah
Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak-disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.
Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta. Cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah.
Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak pelanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari dari Cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya, Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
Pohon Cinta Terlarang
Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itupun banyak yang berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah Yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagi tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa ituakan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dgn itu, cinta antaral elaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.
Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan
perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar utk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini seburu namanya - Cinta Monyet!
Putus Cinta
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yg melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak senarusnya mengeluh , "Cinta apa namaya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa bercinta yg begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat, suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah........................................... Jaga Iman, Hiasi Amal..
________________________________________

fiqh daulah

فقه الدولة في الإسلام
Fiqh Kenegaraan Menurut Islam
Oleh Al-Faqir Ila Allah:
Zaharuddin Abd Rahman
zaharuddin@yahoo.com

بسم الله الرحمن الرحيم

MUQADDIMAH

Segala puji bg Allah, selawat dan slaam buat junjungan SAW serta para keluarganya dan sahabatnya yang terpillih dan seluruh mukminin dan mukminat yg menuruti jlnnya dgn haq.

Penulisan ini menyentuh beberapa aspek kenegaraan dalam sudut pandangn Islam, antara aspek yg disentuh :
1. Kewujudan Politik di dalam Islam.
2. Cabaran pemisahan islam dan politik.
3. Perbincangan tentang Dawlah Islam dan konsep asas pemerintahan Islam.
4. Hak wanita sbg pemimpin, politik dll.
5. Hak bukan Islam di dalam Pemerintahan Islam.
6. Demokrasi serta pendirian Islam terhdpnya.
7. Sikap Islam terhdp pilihanraya, demonstrasi dan Parlimen.
8. Berbilang jemaah dlm menuju ke arah pemerintahan Islam dan setelah wujud Dawlah Islam.

Demikian beberapa persoalan yg cuba disentuh secara ringkas.

Persoalan Fiqh Dawlah semakin mendapat perhatian ramai apabila kefahaman Islam berkembang dan menyerapi pemikiran umat manusia yang selama ini gersang ditutupi oleh kezaliman ideology amalan para pemerintah moden. Benarlah sabda Nabi Saw :
ليبلغن هذا الأمر ما بلغ الليل والنهار ولا يترك الله بيت مدر ولا وبر الا أدخله الله هذا الدين بعز عزيز أو بذل ذليل عزا يعز الله به
Mafhum : “ Pasti akan sampai urusan ini (Islam) ke mana sahaja sampainya malam dan siang, Allah tidak akan tinggalkan satu rumah si kaya mahupun miskin pun, kecuali akan dimasukkan oleh Allah Agama ini…” (riwayat Ahmad & Al-Baihaqi)

Sejak beberapa lama setelah kejatuhan khilafah Islam terakhir pada tahun 1924m, maka dengan bersendikan pemikiran mujaddid-mujaddid kurun ini, seperti Syeikh al-Imam Muhammad Abduh, Syeikh Rashid Ridha serta ramai lagi, lahirlah mujaddid haraki seperti Imam As-Shahid Hasan Al-Banna (1906-1949 M) pengasas jamaah Ikhwan Muslimin bagi mengharungi perancangan licik Yahudi serta sekutunya di seluruh dunia. Perjuangan demi menegakkan negara kebajikan Islam , kini menjadi tugas serta kewajiban semasa bagi seluruh umat Islam. Ulama’ contoh kini seperti Dr.Yusoff Al-Qaradhawi, Syeikh Muhd Al-Ghazali(1916-1996m), Syeikh Abul A’la al-Maududi(1903-1979m), Syeikh Muhd Qutb, Syeikh Muhd Syaltut, Dr. Solah Abd Fatah al-Khalidi, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Tuan Guru hj Ab Hadi Awang serta ramai lagi boleh memandu kita ke arah peranan yang sebenarnya.

Imam Abu Hanifah (80-150H) merupakan individu utama dalam meletakkan keadah hukum Islam melalui gabungan pemikiran sihat iaitu Qias, kerana itulah keperluan utama di zamannya. Imam Malik Anas (93-178 H) pula merupakan individu utama yang menekankan persoalan ilmu jarh dan ta’dil sebagai keutuhan sumber perundangan Islam dan keshahihan hadith.

Imam Muhd Idris al-Syafie (150-204 H) dengan tugas semasanya iaitu berperanan sebagai individu utama menyusun kaedah Usul Fiqh dalam gaya gabungan ahli Hadis dan Ahli ra’yi. Mankala Imam Ahmad Hanbal (164-241 H) pula merupakan individu pertama dalam menggabung dan mengumpulkan hadith2 Rasulullah saw agar umat Islam tidak tercari-cari rujukan dr rasulnya, itulah Musnad Ahmad yang mengandungi lebih 40,000 hadith Rasulullah Saw. Rasul menegaskan daripada Abu Hurairah ra.
إن الله يبعث إلى هذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها
Mafhum : “Sesungguhnya Allah membangkitkan kepada umat ini, di setiap permulaan seratus tahun, seseorang yang melakukan tajdid bagi Agama” ( riwayat Abu Daud: no 4291)

Justeru, adalah menjadi tuntutan kepada setiap individu Islam bagi memikirkan apakah keperluan Islam pada zamannya sesuai dengan hadith tersebut. Tidak dapat diingkari bahawa, semasa kewujudan Khilafah Islam sehingga tahun 1924 M sememangnya tidak timbul gerakan Islam berjuang untuk menubuhkan negara kebajikan Islam tetapi setelah kejatuhannya maka ini lah yang menjadi tuntutan Deen hari ini.

Bagi melicinkan tugas ini, menjadi kewajiban bagi umat untuk memahami selok belok politik dan dawlah Islam bagi kembali memperkenalkannya kepada manusia hari ini. Selaras sebuah athar :
لا يعرف الفضل لأهل الفضل إلا ذو قضل
Mafhum : Orang yang tidak mempunyai kelebihan tidak akan dapat mengenali orang yang memiliki kelebihan”

Dan begitu juga, “tak kenal maka tak cinta”

Bagaimana mungkin manusia yakin serta cinta kepada Islam sekiranya mereka tidak kenal dan sedar apakah sistem kenegaraan Islam dan siasah Islam.

TAKRIF SIYASAH ATAU POLITIK

Siasah menurut bahasa :
“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai ( Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)

Manakala menurut istilah para ulama’ terdahulu terbahagi kepada 2 :

1. Makna ‘Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen. Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :
نيابة عن رسول الله صلى الله عليهم وسلم في حراسة الدين وسياسة الدنيا به
Mafhum : “Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia dengan berpaksikan agama”

2. Makna Khas : Tindakan2 yang dibuat oleh Imam bersumberkan hukum2 dan ketetapan2 samada bertujuan untuk menghalang kerosakan atau mencegah kerosakan yang belum melanda atau pemulihan terhadapnya. (Lihat as-Siyasah as-Syariyyah – Dr. Yusoof al-Qaradhawi, Muassasah al-Risalah, hlm 31)

Sebagai contoh, kepelbagian tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar ra yang membakar peliwat, Umar ra yang mencukur rambut Nasar bin hajjaj akibat digilai oleh perempuan Madinah semasa pemerintahan mereka. Semua tindakan ini berubah menurut kepentingan maslahat setempat dan zaman.

Menurut As-Syahid Imam Hasan Al-Banna : ‘Siasah adalah kajian tentang persoalan umat Islam samada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata” (Mabadi’ al-usul fi mu’tamarat al-khassah, muaassah al-islamiyyah, 1980, hlm 104)

Perkataan asal siyasah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya :

كانت بنوا إسرائيل تسوسهم الأنبياء كلما هلك نبي خلفه نبي وانه لا نبي بعدي انه سيكون خلفاء فيكثرون
Mafhum : “Dahulunya Bani Israel dipimpin oleh para Nabi, tatkala wafat seorang Nabi maka dibelakangnya terdapat Nabi (lagi) dan sesungguhnya tiada seorang pun lagi Nabi selepas Aku( Rasulullah ), dana diikuti oleh para pemimpin…”

Imam Ibnu Qayyim pula menolak pembahagian kaedah hukum kepada syariat dan siyasah, sebagaimana ada sesetengah kumpulan yang membahagikan Islam kepada Islam syariat, Islam hakikat. Adapun pembahagian yang tepat menurutnya adalah samada shahih atau batil ( Lihat Turuq hukmiyah, hlm 13-19 )


DALIL KEWUJUDAN POLITIK DI DALAM ISLAM

Sejak berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai menjadi terkeliru dengan istilah2 seperti ‘politik kotor’, tiada politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi.

Justeru percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam dan anak buahnya dari kalangan umat Islam sendiri. As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki oleh Amerika dan kepimpinannya di timur tengah, bukanlah Islam yg menentang penjajahan, kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu islam memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi islam, politik islam, masyarakat islam dan kewangan islam.

Bagi mengembalikan kefahaman umat, menjadi kewajiban bagi merujuk kepada rujukan utama Islam dalam hal kesempurnaan Islam dalam kepelbagaian bidang kehidupan:

Al-Quran

الذين إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلاة وآتوا الزكاة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عاقبة الأمور ( الحج:41)
Mafhum : Sesungguhnya orang yang kami berikan kpd mereka kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung sgl usaha”
ونزلنا عليك الكتاب تبيانا لكل شيء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين (النحل:89)
Mafhum : Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (al-Quran) yang didalamnya mengandungi penerangan terhdp semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat dan membawa berita gembira bg muslimin"


Al-Hadith

1.
إذا كان ثلاثة في سفر فليؤمرو اعليهم أحدهم (رواه ابو داود والطبراني عن أبي سعيد و أبي هريرة وإبن مسعود بإسناد صحيح)
Mafhum : “Apabila keluar tiga orang semasa bermusafir maka telah mesti ke atasnya melantik seorg drnya sbg ketua” ( Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani, dgn sanad yg shohih)

2. أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر (النسائي وصححه النووي)
Mafhum : “Sebaik-baik jihad adlh perkataan yang haq dihadapan pemerintah yang zalim”

3. سيد الشهداء حمزة ثم رجل قام إلي إمام جائر فأمره ونهاه فقتله ( الحاكم وصححه الألباني)
Mafhum : “ Penghulu para syuhada; adalah Hamzah ra, kemudian lelaki yang bangun kpd pemerintah yang zalim lalu mengajaknya kpd kebenaran dan melarangnya dr kemungkaran lalu ia dibunuh krn itu” ( Al-Hakim mentashihkan hadith ini)

4. رواه مسلم)) من مات وليس في عنقه بيعة فإن ميتته جاهلية
Mafhum : “Brgsp yang mati, dlm keadaan tiada padanya suatu bai’ah( iqrar janji taat kpd pemimpin Islam) maka matinya seumpama dlm keadaan Jahiliyyah” (Riwayat Muslim)


Athar Sahabat

Berkata Saidina Umar al-Khattab : لا إسلام إلا بجماعة ولا جماعة إلا بإمارة, ولا إمارة إلا بالطاعة
Mafhum : Tiada Islam kecuali dgn Jemaah, tiada Jemaah kecuali dgn Kepimpinan, Tiada Kepimpinan kecuali dgn Ketaatan. (Lihat Mawsu’ah an-Nuzum wa al-Hadharah al-Islamiyah, Ahmad Syalabi, 2/29)

Berdasarkan beberapa ayat , hadith serta athar tadi jelas bahawa aspek siyasah (politik pemerintahan) semestinya terkandung di dalam Islam bahkan Nabi SAW juga merupakan seorang pemimpin politik apabila baginda menjadi ketua negara di madinah. Saya merasakan tidak perlu memanjangkan bahagian ini kerana meyakini kejelasannya di pemikiran para pembaca.

ILMU SIYASAH ISLAM DALAM SEJARAH PEMBUKUAN

Perkembangan ilmu politik Islam tidak terlepas daripada pandangan para pimpinan Islam sejak kewafatan Rasulullah SAW. Antaranya tandanya bolehlah kita melihat kepada buku-buku yang dikarang berkaitan tajuk ini, antaranya fiqh Umar al-khattab ra yang begitu banyak membuat pembaharuan dan ijtihad dalam perkara2 umat Islam ( Mausu’ah Fiqh Umar Al-Khattab oleh Dr. Muhd Rawwas Qal’ah Ji ) buku terawal mengenai siyasah ditulis Qadhi Abu Yusof Ya’qub B Ibrahim al-hanafi ( m 183 H) bertajuk Al-kharraj, Yahya Adam al-Quraisy (m 204 H) bertajuk Al-Kharraj, Abu Ubaid al-Qasim ( 224 H) bertajuk Kanzul al-amwal, seterusnya Imam Ibn Qutaibah ( 267 H) bertajuk ‘Al-Imamah wa al-Siyasah’ ‘,setersunya al-Madinah al-Fadhilah, oleh Abu Ali Bin Sina ( 428 H). Manakala penulisan oleh Imam al-Mawardi as-Syafie ( m 450 H) bertajuk adab al-wazir’ dan juga al-ahkam as-sultaniyah, Abu Ya’la al-Farra al-hanbali ( 458 H) bertajuk al-ahkam as-sultaniyah, Imam haramian al-syafie ( 476 H) bertajuk Ghiasu al-umam, penulisan oleh Shihabuddin al-Qarafi bertajuk ‘ahkam al-ahkam fi tamyiz al-Fatwa’ , seterusnya Imam Ibnu Taimiyah al-hanbali ( 728 H) bertajuk al-siyasah al-syariyyah fi islah al-ra’ wa al-raiyyah, Imam Ibnu Qayyim al-hanbali ( 749 H) Turuq al-hukmiah dan Al-Ahkam Ahli Dzimmah, Imam Ibnu Rejab al-hanbali ( 795 H) bertajuk al-istikhraj fi ahkam al-kharraj dan banyak lagi, sehinggalah ke hari ini. Ini membuktikan bahawa ilmu siyasah Islam bertali arus dari sudut perhatian para ulama’ terdahulu sehinggalah sekarang.

CABARAN SEKULARISME DALAM FAHAMAN POLITIK DI MALAYSIA

Akibat pegangan fahaman pemisahan Deen daripada urusan kehidupan serta menyerahkan urusan deen kepada individu, dan tidak menjadi tanggung jawab pemerintah maka sehingga kini bentuk2 sekular telah berkembang biak memasuki bidang pendidikan, kemasyarakatan, politik, ekonomi dan hampir menyelinap di semua aspek kehidupan masyarakat Malaysia. Keadaan ini menyebabkan ilmu Islam dipandang remeh, sampingan, tiada harga, second class dan sebagainya. Harta dan pangkat keduniaan dilihat dengan penuh liuran dan rakus, sekiranya keadaan ini berterusan, pasti akan lahir masyarakat perosak, keamanan lenyap sedikit demi sedikit, Islam hanya di masjid, itu pun hanyalah persoalan tertentu daripada juzu’ kecil ilmu Islam.

Alangkah malangnya, sekiranya para terpelajar dari generasi muda terutamanya yang mempelajari Islam juga terhanyut jauh dalam suasana tersebut tanpa memahami tuntutan semasa Islam. Kerana itulah, memahami Politik Islam menjadi ‘compulsary subject’ bagi kita samada suka atau tidak, tiadalah kuat Islam tanpa politik dan politik akan hancur tanpa aqedah.

Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah : يجب أن يعرف أن ولاية الناس من أعظم الواجبات الدينية بل لا قيام إلا بها
Mafhum : “ Wajib diketahui bhw kekuasan ke atas manusia adalah sebesar2 tuntutan agama, bahkan tiada dpt mendirikan agama kecuali dgnnya”

Aqidah sebagai asas kekuatan manusia, tanpanya generasi manusia pasti menyesal di akhirat nanti. Firman Allah SWT

ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين(ال عمران:85)
Mafhum : sesiapa yang mengikuti selain Islam sbg cara hidupnya maka tidak akan sekali2 diterima oleh Allah dan ia di akhirat akan menjadi org2 yang rugi” ( Al-Imran : 85)
Bagi tujuan tersebut pembaca harus memahami bahawa Islam akan sentiasa diperintah selagi mana Islam tidak mengambil tampuk pemerintahan, tujuan menerajui pemerintahan tidak akan terlaksana tanpa politik.

Qaedah Fiqhiyyah menyebut :
الحريم له حكم ما هو حريم له
Mafhum : “apa yang berada disekeliling yang haram maka hukumnya juga adalah haram”

Menurut Imam Jalaluddin as-Suyuti As-Syafie( Ashbah wa an-nazair, hlm 162 ) dan al-Syeikh Muhd Zarkasyi al-Syafie (al-Bahrul Muhit) berkata ‘al-harim’ termasuk dalam perkara wajib lalu timbullah kaedah :

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
Mafhum : Kewajiban yang tidak dapat disempurankan, kecuali dgn adanya ‘ia’, maka ‘ia’ juga menjadi wajib (sbgmn perkara wajib itu)”

Ia juga diistinbadkan dari ayat

ولا تقربوا الزنى إنه كان فاحشة وساء سبيلا (الإسراء:32)
Mafhum : “ Janganlah kamu menghampiri zina, krn sesungguhnya ia adalah pekerjaan yg teramat buruk dan seburuk2 jalan”

Justeru jalan kepada tertegaknya sebuah negara adil Islam juga menjadi wajib sebagaimana wajibnya menegakkan negara tersebut. Kita tidak boleh meredhai situasi Islam diperintah, ketidak keredhaan itu merupakan suatu keimanan dan keyakinan maka hal iman sebagaimana dinyatakan di dalam sebuah Hadith :
ليس الإيمان بالتمني والتحلي ولكن ما وقر في القلب وصدقه العمل
Mafhum : Tidaklah iman itu dgn angan2 dan perhiasan2, tetapi ia adalah apa yang teriqrar di dalam hati dan dibenarkan oleh amalan” ( dari Anas Bin Malik, dikeluarkan oleh ad-Dailami dan Ibn Najar)

Sesungguhnya keredhaan kepada sesuatu beerti keredhaan kepada hasil yang timbul darinya, sebagaimana kaedah fiqhiyyah :
الرضا بالشيئ رضى بما يتولد منه
Mafhum : Redha dgn sesuatu bermaksud, redha jua dengan apa yang bakal terbit darinya”

Maka redha dengan kekufuran maka hukumnya kufur jua.

DAWLAH ISLAM

Takrif
Al-Sarakhasi : mentakrifkan ia sebagai : “Ianya tempat yang berada di bawah pemerintahan orang Islam, tandanya ialah apabila orang Islam aman di bawahnya”

Al-Khatib al-Baghdadi (429 H) : Negera yang masyarakatnya dapat menyeru dakwah Islam tanpa ada rasa takut dan bimbang, dilaksankan hukum-hakam Islam, manakala ahli Bid’ah tidak bermaharajalela menekan ahli Sunnah” ( Usul al-Din, hlm 270 )

Al-Imam As-Sya’ari (324 H) : “Negara Islam ialah negara yang berada di abawah penguasaan Islam dan dilaksanakan setiap hukum2 dan Syiar Islam” (Maqalat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-Musollin, hlm 22)

Syeikh Sa’id Hawwa (1989 M) : “Negara yang meletakkan undang2 Islam yang tunggal untuk mentadbir negara, ia dipimpin oleh orang Islam yang komited dengan ajaran agamanya..”( Jundullah thaqafatan wa akhlaqan, hlm 35)

Syeikh Abul A’la al-Maududi (1979 M) : "Negara yang dibentuk berasaskan AL-Quran dan Sunnah Rasullullah SAW, kedua-dua sumber ini berfungsi sebagai pembimbing negara yang memberi keadilan kepada rakyat” ( Nazariyat al-Islamiyyah, hlm 41)

Prof. Dr Muhd Salam Madkur : Para Fuqaha mentakrifkan dar Islam sebg sebuah negara yang dipandu oleh hukum Islam, hukum-hakam Islam juga diamalkan di dlmnya. Sekiranya tidak, maka ia tidak boleh digelar dar Islam yang sempurna” (Ma’alim Dawlah Islamiyyah, hlm 60)

Para Fuqaha’ telah membahagiakan Negara Islam ini kepada beberapa jenis :
a. Darul ‘adl wa madani : Negara yang diperintah berlandaskan syariat Islam dengan adilnya
serta membangunankan negara melalui tatcara yg sihat dan nilai
murni.
b. Darul bagh : Negara yang diperintah oleh umat Islam yang menderhaka kepada kerajaan Islam yang adil.
c. Darul Bid’ah : Negara yang diperintah oleh orang Islam yang bercanggah dengan ajaran
sebenar Islam
d. Darul Maslubah : Negara umat Islam yang dijajah oleh orang bukan Islam.

Apapun takrifan bagi negara Islam, hakikatnya tiada ertinya sebuah negara Islam tanpa pelaksanaan syariat Islam didalamnya kerana ia tidak akan mampu mengembalikan Islam ke mercunya yang sebenar.

DAWLAH ISLAMIAH MADANIAH

Ciri –ciri utama
Al-Imam Al-Mawardi As-Syafie (450 H) di dalam Al-Ahkam as-Sultaniyah hlm 27. Beliau menggariskan tugas-tugas di dalam sebuah kerajaan Islam tulen antaranya :
1. Menjaga Deen di atas usul2nya yang tetap dan yang diijmakkan ulama’ salaf soleh, serta menjalankan kewajiban hak2, hudud agar agama terjaga daripada kehancuran.
2. Melaksanakan hukum di antara dua kumpulan berpecah dan menamatkan permusuhan sengketa
3. Menjalankan hukum hudud bagi menjaga laranagan Allah daripada dicerobohi serta menjaga hak manusia.
4. Jihad menentang pengingkar Islam setelah dakwah.

Pemfokusan penulisan ini meringkaskan kepada beberapa aspek sahaja dari keutamaan sebuah dawlah Islam

1. Perlembagaan
Hanya al-Quran dan al-Sunah menjadi rujukan utama selain Ijma’ dan qias.
Sesungguhnya penurunan syariat Islam adalah demi menjaga kepentingan manusia dan kebajikan mereka (lihat ‘A’lam al-Muwaqqi’in oleh Imam Ibnu Qayyim-) Justeru, semua pihak samada muslim atau non-muslim tidak perlu takut terhadp pelaksanaan ini, tiada sebarang kezaliman akan berlaku terhadap semua pihak.

2. Pemerintah
Pemerintah bagi sesebuah negara Islam akan dilantik dari kalangan mereka umat Islam yang berilmu, komited dalam ajaran Islam, mempunyai kekuatan fizikal dan mental dll. Imam Al-Mawardi menggariskan sebanyak 7 sifat, Imam al-Ghazali menyebut 10 sifat, Ibnu Khaldun dan Al-Baghdadi menetapkan 4 sifat. Secara umumnya semuanya menyebut perkara :
a. Berugama Islam
b. Mujtahid atau berilmu dalam hukum syarak dan memahami masalah semasa.]
c. Adil ( menurut Imam Bukhari iaitu wara’ dan taat serta iltizam dengan perintah Allah)
d. Berkemampuan mental dan fizikal
e. Lelaki ( Bagi kepimpinan tertinggi atau wilayah ‘ammah dengan ikhtilaf di kalangan ulama’)
f. Berpengaruh (mendapat sokongan rakyat)


3. Kaedah Pemerintahan

a. Secara Syura ( input dua hala antara pemerintah-pemerintah dan pemerintah-rakyat )
Dawlah Islam bukan sebuah negara teokrasi yang menindas rakyat atas nama ketuhanan. Bahkan dawlah Islam sentiasa membuka ruang daripada rakyat samada dari kalangan Islam mahupun bukan Islam untuk mengkritik kepimpinan apabila melakukan kezaliman serta terpesong dari landasan keadilan hakiki.
Konsep ini ditunjukkan oleh Rasul SAW ketika :
i. Membuka ruang pandangan para sahabat ketika ingin memutuskan tindakan perang atau tidak semasa kisah peperangan badar sebagaimana sabda baginda : أشيروا علي أيها الناس ( Mafhum : berikan pandangan kamu wahai para sahabatku) sebanyak beberapa kali bagi memastikan wakil sahabat2 besar, wakil kaum muhajirin serta ansar memerikan pandangan sebelum meneruskan rancangan merampas kembali hak umat Islam dari rombongan Abu Sufyan.
ii. Menerima pandangan Salman Al-Farisi dalam tektik perang dengan menggali parit ketika perang Khandaq ( ahzab)
iii. Menerima pandangan Habbab Ibn Munzir ketika perang Badar dalam menentukan kawasan terbaik untuk berkubu.
iv. Menerima pandangan sahabat untuk keluar dari Madinah ketika perang Uhud walaupun Rasul lebih berat untuk berkubu di Madinah.

Syeikh Mahmud Syaltut ( bekas syeikhul azhar ) menegaskan bahawa persitiwa2 telah meletakkan satu bentuk asas yang amat penting dalam sesebuah negara adil Islam. Iaitu prinsip mendengar pandangan rakyat sebelum bertindak . ( Min Taujihat al-Islam , hlm 522) Malah Hadith dari Abu Hurairah menyatakan :

"ما رأيت أكثر مشاورة لأصحابه من رسول الله ( رواه البخاري و البيهقي)
Mafhum : “Tiadalah aku melihat manusia yang lebih byk bermesyuarat dgn sahabatnya daripada Rasulullah saw”

Hasilnya, menurut Imam al-Qurtubi, umat Islam ijmak ( bersepakat ) dalam perkara kewajiban syura, sebagaimana diriwayatkan dari Ibnu Atiyyah : “Syura adalah dari asas syariat dan ketepatan hukum barangsiapa tidak bermesyuarat dengan ahli ilmu maka berpisah dengannya wajib” ( Tafsir al-Qurtubi, hlm 249, Jld 4)

b. Mendokong Keadilan

Firman Allah :
إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات إلى أهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل..(النساء : 58)
Mafhum : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah terhdp manusia, dan apabila kamu berhukum maka hendaklah kamu menghukum dgn seadil2nya..” ( An-Nisa’ : 58)

Manusia adalah sama baik dari apa bangsa, warna kulit, bahasa dsbg, perbezaan hanya terletak pada ketaqwaan kepada Allah SWT, itulah neraca perbezaan mereka di sisi Allah.

Keadilan yang disebut tadi telah diterjemahkan praktikal oleh Rasulullah SAW serta para sahabat baginda tanpa dipengaruhi oleh harta, pangkat atau apa jua perhiasan dunia:

1. Rasullullah memberi peluang kepada sahabat bernama Suad untuk membalas apabila Rasulullah SAW menolak perutnya dengan busar panah hingga menyakitinya apabila ingin meluruskan saf pembarisan tentera.
2. Ibnu Qayyim mencatatkan di dalam kitabnya ‘Turuq Hukmiah’. Khalifah Umar al-Khattab semasa menjadi amir al-mukminin bertanya kepada rakyat apakah pandangan mereka sekiranya seorang amir sepertinya melihat maksiat dilakukan oleh seorang perempuan. Berkata Ali KW bahawa beliau wajib menghadirkan 4 orang saksi atau akan disebat dengan had qazf , Ali KW akhirnya berkata “ شأنه في ذلك شأن سائر المسلمين

Mafhumnya : “Urusannya ( khalifah dlm hal kehakiman) adalah sama seperti seluruh muslimin yang lain ( tanpa imuniti atau kelebihan).”

Iaitu tanpa perbezaan walaupun Umar ketika itu bertaraf Perdana Menteri bagi seluruh umat Islam.

3. Khalifah Ali KW pernah dibawa ke mahkamah akibat pertikaiannya dengan seorang Yahudi berkenaan baju besi miliknya yang didakwa dicuri oleh si Yahudi, apabila mahkamah menjalankan perbicaraan Ali KW gagal mengemukakan bukti jelas akhirnya, Yahudi berhak ke atas baju tersebut wp sememang ia milik Ali KW. Keadilan kehakiman Islam yang tegas tanpa membezakan samada ketua negara Islam yang dibicarakan, bahkan walaupun tertuduh merupakan seorang Yahudi, dakwaan tetap memerlukan bukti jelas. ( al-Ahkam as-Sultaniyyah, Abu Ya’la Al-Farra’ : hlm 66 ) Dalam Islam seorang Qadhi boleh untuk menolak hujjah Khalifah sekiranya hujjahnya tidak memuaskan sebagaimana yang berlaku kepada Ali KW, juga Umar ra.

Pemerintahan Islam juga berdiri tegas terhadap tuduhan2 jenayah atau seumpamanya sbgmn hadith Nabi SAW :
البينة على المدعي واليمين على من أنكر ( البيهقي)
Mafhum : Bukti yang jelas bagi mereka yang mendakwa, serta sumpah ( hak pembelaan) bagi mereka yang ingin menafikannya”

Demikianlah Islam mengganggap bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibukitikan bersalah : Kaedah Fiqhiyyah (Imam As-Suyuti, Asbah wa an-Nazair : hlm 74):
الأصل براءة الذمة
Mafhum : Asal ( dlm tuduhan jenayah) adalah tiada bersalah (kecuali setelah dibuktikan)”

Jelas sekali bahawa Islam serta system kehakimannya yang begitu adil dengan menjaga hak individu, serta tidak terkecuali dari dari sebarang hukuman hatta seorang ketua negara.

Ketua Negara Islam juga dituntut oleh Allah SWT untuk melaksankan keadilan di kalangan rakyatnya sebagaimana friman Allah :

ياداوود إنا جعلناك خليفة في الأرض فاحكم بين الناس بالحق ولا تتبع الهوى فيضلك عن سبيل الله إن الذين يضلون عن سبيل الله لهم عذاب شديد بما نسوا يوم الحساب (ص:26)
Mafhum : “ Wahai Daud, sesungghunya kami telah menjadikan kamu sbg pemerintah di atas muka bumi, maka wajiblah kamu menghukumi mereka dgn kebenaran dan jangnlah kamu mengikuti hawa nafsu, ( kalau kamu mengikuti nafsu) nescaya nanti ia menyesatkan kamu dr jalan Allah, ….”

Dengan ini juga, negara kebajikan Islam bukan sebuah negara teokrasi tetapi adalah negara madani yang sentiasa membangun rohani dan fizikal negara. Ia bukan negara yang hanya hanyut dalam mengejar tamadun maddiyah bahkan sebuah negara yang sedar bahawa kebangunan material mesti dibina atas keutuhan, kejujuran hati penduduk kepada penciptanya. Dengan itu negara pasti mencapai kebahagian hakiki.

c. Persamaan Hak ( المساواة )

Firman Allah SWT :
من عمل صالحا من ذكر أو أنثى وهو مؤمن فلنحيينه حياة طيبة ولنجزينهم أجرهم بأحسن ما كانوا يعملون( النحل: 97)
Mafhum : “Brgsp yang membuat amalan soleh dr kalangan lelaki atau wanita dlm keadaan mrk beriman, nescaya pastilah kami menghidupkan mrk kelak (di akhirat) dgn hidup yang baik, dan kami kurniakan balasan sebagaimana sebaiknya amalan yg telah mrk lakukan”

Topik persamaan berkisar tentang beberapa kumpulan manusia antaranya:

i. Hak wanita

Dari sudut Islam, lelaki & wanita adalah sama dari sudut kehormatan diri, hak pemilikan harta benda, moral, beragama. Persoalan yang sering berbangkit berkenaan wanita adalah:
- adakah mereka berhak menjadi pimpinan negara?
Sabda Nabi SAW :
لن يفلح قوم ولو ا أمرهم إلى امرأة ( رواه البخاري)
Mafhum :” Tiada akan berjaya ( selama2nya) suatu kaum yang dipimpin urusan negara mrk oleh wanita”

Mengimbas sebab ‘wurud’ hadith ( sebab terkeluarnya hadith ini dr mulut Rasul) ini adalah apabila Rasul diberitahu bahawa kerajaan Rom diterajui oleh wanita lalu sebagai respond maka Rasulullah SAW menyebut seperti hadith di atas. Jelas, mafhum hadith adalah ditujukan kepada persoalan kepimpinan negara bg wanita, tidak seperti ayat :

الرجال قوامون على النساء بما فضل الله بعضهم على بعض وبما أنفقوا من أموالهم

Mafhum : “Para lelaki adalah lebih lurus (kuat) berbanding para wanita, dgn sebab kurniaan Allah ke atas setengah merka dan dgn sebab apa yang dibelanjakan oleh mrk (lelaki) daripd harta mrk “

yang menyentuh persoalan rumah tangga dan agak kurang tepat digunakan di dalam persoalan kenegaraan..

Bagi menjelaskan topik ini, perlu disedari bahawa kepimpinan sebuah negara Islam dibahagi kepada:-
1) Wazarah at-tafwid (التفويض) yang membawa maksud kepimpinan yg menentukan dasar atau mrk yang dilantik oleh Imam untuk melaksanakan tugas pentadbiran dgn kebijaksanaannya dan ijtihadnya ( Lihat al-ahkam as-Sultaniyah-Mawardi hlm 33) . Kepimpinan Tafwid memegang bhg :
1. Wilayah al-Mazalim (tugasnya mengambil tindakan ke atas pemerintah, pegawai tinggi kerajaan yg tidak boleh diambil tindakan oleh mahkamah biasa)
2. Wilayah al-Jihad (Berperanan dlm bidang ketenteraan)
3. Wilayah al-hasabah (menjaga kewajiban amar makruf nahi mungkar samada berkaitan pemerintah atau rakyat)
4. Berhak menjalankan tugas perlaksaan.
5. Berhak mewakili kepimpinan utama.
6. Berhak mendapat kebajikan sbgmn yang diperolehi oleh ketua negara.

Tetapi mrk tidak mempunyai hak dlm bidang :
1. Wilayah al-‘ahd iaitu kuasa ‘melantik’ tidak mempunyai kuasa melantik seseorang lain bg melaksanakan urusan khalifah.
2. Kuasa mengampun
3. Hak menyingkir individu yang dilantik khalifah.

Contoh semasa di Malaysia bagi kepimpinan ini adalah Perdana Menteri, Presiden, Ketua Hakim atau Hakim, Menteri-menteri yang memegang dasar dan menjalankan tugas yang diberikan oleh Perdana Menteri menurut ijtihad dan pemikirannya termasuk juga Menteri Besar (menurut ijthad adalah dlm perkara ijtihadiyah atau tidak mempunyai dalil yg qat’ie) . Menurut Al-Mawardi juga wzarah ini terbahagi kepada dua:
a. Wazarah Tafwid ‘Ammah
b. Wazarah Tafwid Iqlimiah ( yang bertanggung jawab dlm pentadbiran sesebuah iqlim) iaitu seperti menteri besar di sesebuah negeri)

2) Wazarah at-tanfiz (التنفيذ ) iaitu kepimpinan yang melaksanakan dasar yang telah ditentukan, mereka cuma mempunyai kuasa dalam mempelbagaikan kaedah perlaksanaan kepada dasar tadi tapi tidak dlm mengubah polisi. Mrk menjadi orang tengah di antara rakyat dan pemerintah . Contoh semasa seperti Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Parlimen, Pegawai Daerah, Ketua Jabatan2 Kerajaan.

Imam Al-Mawardi ra (450 H) menjelaskan jwtn spt Perdana Menteri atau juga menteri bhg ketenteraan adalah tidak dibolehkan bg wanita serta tidak sesuai dengan kemampuan sifat mereka terutama apabila melibatkan ketenteraan. Beliau juga menyenaraikan sifat ‘lelaki’ sbg salah satu daripada 10 syarat kepada kepimpinan di peringkat ‘tafwid’ tetapi tidak di peringkat ‘tanfiz’. ( Al-ahkam as-sultaniyyah, hlm 22)

Menurut Imam Hasan Al-Banna , wanita tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan di wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid spt kepimpinan ketenteraan (wilayah jihad), wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan lain-lain bentuk umum. Selain dalil2 biasa dr Al-quran dan al-Hadtih, beliau juga berdalilkan jma’ amali sejak zaman Rasul SAW dimana baginda tidak pernah melantik kepimpinan umum di kalangan wanita dan hal ini berterusan hinggalah jatuhnya empayar Islam Uthmaniyyah. Malah Rasul SAW dan para sahabat juga tidak pernah melantik ahli kenggotaan syura ( ahl al-hal wal aqd ) dari kalangan wanita.

Dr. Abd Qadir Abu Faris (bekas pensyarah Jami’ah Urduniah) juga berpandangan seperti Imam Hasan Al-Banna. Beliau menguatkan pandangan Imam Hasan dgn membawa persitiwa bai’ah aqabah kedua dimana Rasul SAW telah memilih 12 org ketua dan tidak pun melantik wanita sekalipun mrk hadir berbaiah. Begitu juga ketika Rasul SAW menghimpun sahabat dalam memutuskan keputusan dalam peperangan Uhud, Ahzab, Fath Makkah, Perang Hunain dll, Rasul tidak pun meminta pandangan dari kaum wanita. Dr. Abd Qadir bukan sahaja tidak menyetujui kepimpinan wanita di peringkat tafwid malah juga pringkat tanfiz. (rujuk an-nizom as-siyasi fil Islam, hlm 335)

Dr.Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam, mempunyai pandangan yang berbeza, beliau berpandangan bhw dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung membenarkan wanita memeganag kesemua jwt termasuk Perdana Menteri atas alasan…bhw kepimpinan hari ini bukanlah bersifat memutuskan keputusan dengan kuasa vetonya tetapi mrk mempunyai kabinet atau majlis syura yang menentukan dasar dan bukannya hak Perdana Menteri melakukan seweanang2nya tetapi alasan ini tidak boleh diguna pakai dlm sebuah negara komunis atau autokratik yang memberi peluang serta kuasa sepenuhnya kepada Presiden/Perdana Menteri.

Dr. Yusoff Al-Qaradhawi berhujjah dgn dalil berikut :-

1. Kisah kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis, digambarkan sebagai seorg pemimpin yang berwibawa serta mampu membawa kaumnya kpd kebaikan dunia akhirat. Firman Allah SWT:

قالوا نحن أولوا قوة وأولوا بأس شديد والأمر إليك فانظري ماذا تأمرين (النمل :33)
قالت رب إني ظلمت نفسي وأسلمت مع سليمان لله رب العالمين (النمل: 44)
Mafhum : Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami serahkan urusan ini kepdamu ( ratu balqis) …” berkatalah Balqis “ Demi Tuhanku sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhdp diriku nescaya kini aku akan beriman kpd Allah bersama Nabi Sulaiman”

2. Menolak sifat umum pada hadith riwayat Bukhari tadi dgn hujjah :
a. Beliau menyatakan bahawa perkara menggunakan umum hadith untuk melarang kepimpinan dari kalangan wanita adalah tidak disepakati sepenuhnya. Selain itu, sekiranya ia diambil dgn pengertian umum lafaz sahaja maka akan bertentangan dgn kisah tawladan Ratu Balqis sebagai pemimpin tertinggi yang berjaya. Ratu Balqis digambarkan oleh Allah sebagai berkata :

قالت ياأيها الملأ أفتوني في أمري ما كنت قاطعة أمرا حتى تشهدوني(32)
Mafhum : “Wahai pembesar berikanlah pandangan kpdku dlm urusan ini, aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya” ( An-Naml 32)

b. Mengambil kaedah fiqhiyyah العادة محكمة dan bersandarkan kepada fiqh waqi’ , reality hari ini kebanyakan wanita menyumbang kebaikan yang banyak untuk negara malah adakalanya lebih daripada lelaki, bahkan mereka juga ada yang lebih berkelayakan dari pelbagai sudut berbanding lelaki.

3. Hadith tadi juga memberi mafhum ketika wujudnya kepimpinan Khilafah Islam, dalam konteks wanita menjadi imamah uzma iaitu khalifah. Hal ini sememangnya disepakati larangannya, tetapi selepas ketiadaan khilafah tahun 1924 M, sebahagian ulama’ telah meng ‘qias’ kan kepimpinan ratu Balqis sebagai Presiden yang punyai kuasa memberi persetujuan terhadap sebarang pelaksanaan dasar dilakukan. Justeru, dalam ketiadaan khilafah, negara2 umat Islam hanyalah bertaraf seperti Gabenor di wilayah yang terhad.

Dengan itu, wanita adalah boleh memegang jwtn menteri, Qadhi atau lain-lain.

4. Dalam masyarakat di bawah system demokrasi hari ini, apabila wanita dilantik ke jawatan kementerian, Parlimen, Pentadbiran atau lainnya, ia tidak bermakna ia memegang jwt ini secara veto, hakikatnya ia adalah kepimpinan secara kolektif, yang mempunyai sebuah institusi dlm menentukan tindakan. Justeru, menurut al-Qaradhawi, ia tidak bertentangan dgn Hadtih wp menurut apa jua tafsiran.

Dr. Mohammad Hashim Kamali (UIA) pula berpandangan wanita dibenarkan memeganag apa-apa jawtaan kecuali Perdana Menteri dan jwt hakim. Manakala jwt2 lain seperti gabenor, wilayah hisbah, wilayah mazalim adalah perkara yang diperselisihkan antara ulama’. (Freedom, Equality and Justice In Islam, hlm 89)

Al-Imam As-Syawkani (1255 H) di dalam Nailul Awtar menyatakan selain hadith di atas yang menjadi dalil tidak harus wanita memegang tampuk pemerintahan, fuqaha’ juga berdalilkan satu hadith lain iaitu Mafhumnya :
Dari Buraidah dari Nabi SAW : “Qadhi (hakim) itu tiga, satu di dalam syurga, dau darinya di dalam neraka, maka mrk adalah lelaki yang mengtahui kebenaran lalumenghukum dgn nya,…..” ( Riwayat Ibn Majah, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan al-Hakim ) Justeru sebutan di dalam hadith membuktikan jwt qadhi dan hakim hanya utk lelaki, demikian juga pemerintah.

Begitulah serba sedikit perselisihan ulama’ dlm menentukan kedudukan wanita di peringkat tertinggi, sebenarnya ia berlaku akibat demi menjaga kemaslahatan umat manusia, iaitu urusan mentarbiyah anak-anak terutamanya, dikira sgt penting oleh para ulama’. Lelaki memimpin sebuah negara beserta rakyatnya, ia sememangnya sesuai dgn tenaga, mental dan fizikal mereka, manakala wanita pula memimpin individu2 yang menjadi rakyat bersendikan seni halus mereka, kemampuan fizikal yang terhad, serta maruah sbg wanita yang sgt mudah tercemar, lalu amat sesuai kiranya difokuskan ke bidang tersebut. sekiranya salah satu gagal, maka akan sukarlah negara mencapai kebaikan.

Bidang tarbiyah anak dan menjaga keamanan rumah tangga jgn dipandang remeh, malah ia sebenarnya amat sukar, mungkin hampir menyamai kepimpinan sebuah negara. Pandangan remeh terhdpnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga negara sedangkan anak2nya menjadi perosak negara.!!

Dr. Yusof al-Qaradhawi juga tidak lupa menyatakan syarat kepimpinan wanita, adalah mereka juga tidak gagal dlm mentadbir anak-anak hinggakan beliau meletakkan umur sekitar 45 ke atas adalah umur yg sesuai.

Jika dilihat daripada umum lafaz hadith, menurut jumhur ulama’ usul fiqh kecuali ulama’ hanafiah, umum lafaz membawa ‘dalalah zanniyyah’ maka harus untuk ikhtilaf padanya (rujuk al-Syeikh Saifudin al-Amidi, al-Ihkam fi Usul al-ahkam)

Apapaun, kesesuaian persekitaran merupakan factor penting dalam menentukan keharusan wanita samada dalam menjadi pemimpin (bukan peringkat tertinggi dan bukan qadhi, hakim), calon, ahli parlimen dan sebagainya, kerana jika ia harus pada asasnya, tetapi ia mungkin akan menjadi haram krn sebab2 luaran yang mendatang, ia disebut ‘Haram Li Ghairihi’ di dalam ilmu Usul Fiqh.

Adakah Mereka Boleh Berpolitik, keluar rumah dan seumpamanya?

Kesimpulan bagi isu ini adalah, menurut pandangan al-qaradhawi dalam Fiqh ad-dawlah, dibenarkan bagi wanita untuk keluar rumah (syarat dgn redha suami jika sudah bersuami dan ayah jika belum) dengan syarat menjaga adab dan malu, serta tidak memakai perhiasan seumpama golongan Jahiliyyah.

Ummul mukminin Saidatina A’isyah ra, selaku isteri nabi yang terfaqih dan terbanyak meriwayatkan hadith sendiri keluar dari rumahnya di Madinah bermusafir ke Basrah, mengetuai bala tentera yang bersamanya ramai sahabat termasuklah 2 orang sahabat yang dijanjikan syurga iaitu Talhah dan Zubair al-awwam, mereka berdua juga merupakan calon khalifah yang diletakkan oleh Khalifah Umar ra. A’isyah keluar dengan maslahat umat Islam, lalu tindakan ini sudah tentu menggambarkan betapa wanita dibenarkan berperanan tetapi dlm had2 yang dijaga. Maka dlam hal keluar dakwah, berpolitik untuk memenangkan Islam juga mempunyai maksud syarak yang penting.

Bab wanita menjadi calon, asasnya adalah dibenarkan sebagaimana hujjah2 di atas. Dalam hal ijtihadi ini dan dalam keadaan semasa yang mengizinkan wanita untuk menjadi calon, maka adalah sewajarnya wanita dapat memainkan peranan dlm bidang ini. Terutamanya dalam keadaan masa begitu ramai wanita2 terpelajar yang keliru dan ragu akan hak yg diberikan Islam terhdp kaum Hawa. Kita bimbang, kejumudan ijtihad serta taqlid hukum tanpa meninjau keperluan semasa dlm perkara yang termasuk maslahah mursalah akan menjauhkan manusia dr Islam.

Imam Al-Qarafi al-Maliki mengingatkan umat Islam bhw hukum ijtihadi bertukar menurut zaman dan masa, bersesuaian dgn masalahat untuk Islam di zaman tersebut, kejumudan akan membawa kesesatan dlm agama , lalu dgn berdalilkan maslahat mursalah, atau maslahat muktabarat wanita seharusnya dibenarkan mengetuai sekelompok masyarakatnya dalam bentuk penampilan yg diterima syarak dan jalan pelaksanaan tugas yg dibantu oleh kaum adam. Hal perubahan hukum dengan perubahan maslahat juga ditegaskan oleh Imam Ibnu Qayyim dan Az-Zaila’ie al-Hanafi .

Malah, di bidang pekerjaan juga wanita diberi hak untuknya, dalam syarat agar menjaga tatasusila sebagai sebagai seorg wanita muslimat serta tidak menyalahi syarak padanya.

ii. Hak Bukan Islam di dalam negara Islam

Hak mereka yang tidak beragama Islam di dalam sebuah negara yang mendawlatkan hukum-hakam Islam adalah seperti berikut secara ringkas :
a. Dipelihara daripada permusuhan dr luar negara.
b. Dipelihara daripada kezaliman dalam negara.
c. Dipelihara darah dan tubuh mereka dari disakiti.
d. Dipelihara harta benda mereka.
e. Dipelihara maruah mereka.
f. Diberi hak kebebasan beragama dan mengamalkan agama mereka.
g. Diberi hak kebebasan dalam kerjaya.
h. Diberi hak memegang jawatan dalam negara.
i. Jaminan penunaian hak-hak yang tersebut di atas.
j. Jaminan mendapat pengadilan seadilnya di dalam bidang kehakiman serta tidak dikenakan hudud kecuali apabila diminta dgn rela mereka sendiri.

Manakala kewajiban mereka di dalam sebuah negara kebajikan Islam :
a. Membayar cukai jizyah (cukai perlindungan diri menurut kadar kemampuan diri– spt zakat bg umat Islam) dan kharaj (cukai harta ke atas tanah atau cukai tanah)
b. Redha dan iltizam dgn hukum-hakam Islam dalam bidang urus niaga dan yang berkaitan kepentingan bersama terhadap negara dan masyarakat.
c. Menghormati syiar2 Islam dan perasaan umat Islam.

Mereka yang dibenarkan menjadi ahli zimmah adalah Yahudi, Nasrani, Majusi menurut ittifaq ulama’ berdalilkan ayat ke 29 surah at-taubah. Manakala orang2 Murtad dibatalkan kerakyatannya dan tidak diterima menjadi ahli zimmah, jln keluar bg mereka hanyalah kembali kpd Islam. Manakala golongan kafir yg lain spt as-sobi’in, Musyrikin, Dahriyyah (atheis) dan lain-lain adalah ikhtilaf di kalangan ulama’ .

Adakah Kafir Dzimmi dibenarkan menjadi pemimpin?

Harus bagi kafir dzimiyyun dlm sesebuah pemerintahan Islam untuk memegang tampuk kepimpinan selain kepimpinan peringkat Tafwid. Bgmnpun mestilah ia mempunyai kelayakan yang cukup untuk tugas yg bakal diberikan. ( Lihat ahkam as-Sultaniyah, al-Mawardi hlm 20, juga Ma’alim ad-Dawlah Islamiyyah, Prof. Dr Muhd Salam Madkur, hlm 104) Mereka juga dibenarkan untuk menjatuhkan hukuman di antara kumpulan bukan Islamdgn syarat ia mempunyai kelayakan, bgmnpun mrk tidak dibenarkan menjatuhkan hukuman kiranya ia berkaitan dgn urusan Muslimin. ( Prof. Salam Madkur, al-Qadha’ fil Islam)

ISLAM DAN DEMOKRASI

Persoalan yang berkisar dalam tajuk ini adalah :
- Adakah Islam menerima demokrasi atau bertentangan dengannya secara total?
Sebuah Hadith menyatakan :
الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها ( رواه الترمذي وإبن ماجه)
Mafhum : “Kebijaksanaan adalah spt barang tercicir bg umat Islam, lalu dimana muslim menjumpai kebijaksaan, maka mrk yang paling layak untuk mengambilnya”

Islam berpendirian terbuka dalam pekara2 baru serta meneliti adakah ia terkandung dalam bidang hukum haram, halal, harus atau sebagainya. Dalam masalah system pemerintahan cara demokrasi yang merupakan kaedah pemerintahan yang sgt meluas kini. Sebaranag penerimaan atau penolakkannya adalah merujuk kepada intipati system tersebut. Berikut adalah perbincangan ringkas mengenainya:

CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN MAWQIF ISLAM

a. Pemerintah dari kalangan rakyat.
Asas ini diterima oleh Islam sebagaimana Sabda Nabi SAW :

خيارأئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم وتصلون عليهم ويصلون عليكم
وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم و يلعنونكم (رواه مسلم عن عوف بن مالك)
Mafhum : Sebaik2 pemimpin kamu adalah mrk yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mrk, begitu juga mrk, manakala seburuk2 pemimpin adalah mrk yg kamu benci dan mrk juga benci kpdmu, kamu melaknat mrk, mereka juga melaknat kamu” (Riwayat Muslim)

Begitu juga dgn hadith :
ثلاثة لا ترتفع صلاتهم فوق روؤسهم شبرا..وذكر أولهم..( رجل أم قوما وهم له كارهون) - رواه إبن ماجه
Mafhum : “Tiga kumpulan yang tidak diangkat solatnya walapaun sejengkal di atas kepala mrk, …disebut pertamanya, lelaki yang mengimamkan kaum, dlm keadaan kaum membencinya”

Jelas dr hadith tadi Islam juga menitik beratkan kepimpinan rakyat yang disukai oleh rakyat, justeru reality semasa bagi mengetahui kesukaan rakyat kepada seseorang pimpinan adalah melalui kaedah pengundian.

b. Pemerintah bekerja untuk rakyat.

Ciri ini juga diterima Islam sebagimana konsep kepimpinan Islam, adalah mereka menjadi petugas bagi kebaikan rakyat. Sebuah Hadith :
سيد القوم خادمهم
Mafhum : “Pemimpin kaum adalah org yg berkhidmat (khadam) bg kaum.” ( Dari abu Qatadah, dikeluarkan oleh Al-Khatib al-Bahgdadi dan abu Nuaim dlm Arbai’en as-Sufiyyah)

Khalifah Abu Bakar as-siddiq, berkata : Wahai manusia, aku bekerja untuk keluargaku maka aku mencari penghasilan untuk makanan mereka, sekarang aku bekerja untuk kamu, maka tetapkanlah buatku dari Baitul Mal kamu”

Khalifah Uthman ra juga pernah menegaskan bahawa : “ Urusan aku adalah menuruti urusan kamu”

Abu Muslim al-khawalani, seorg faqih tabi’ein masuk menemui Muawiyyah ra. lalu berkata :
السلام عليكم أيها الأجر
Mafhum : “Asallamualaikum wahai org gaji”

Malah pemimpin Islam bertanggung jawab menyelamatkan rakyatnya dgn memberikan bantuan apabila mereka dalam kesusahan sbgmn firman Allah dr ayat 33, surah al-maidah, juga merupakan kewajiban pemimpin untuk memberi nasihat2 kpd rakyat sebagaimana hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang masyhur dan juga mengguatkuasakan undang2 bagi mencegah keburukan dunia akhirat dari berlaku terhadap rakyatnya.

Sabda Nabi SAW :
عن معقل بن يسار قال: سمعت النبي(ص) يقول: ما من عبد استرعاه الله رعية فلم يحطها بنصيحة إلا لم يجد رائحة الجنة
Mafhum : “Tiada seorg manusia pun yg Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat Islam (kpd rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendpt cium bauan syurga” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Cuma perbezaannya, pimpinan Islam bekerja untuk rakyat kerana Allah manakala demokrasi tidak bekerja untuk Allah pada konsep asalnya tetapi bebas menurut pengamal demokrasi tersebut.

c. Suara majoriti adalah terpakai.

Asalnya Islam tidak meletakkan suara majority sbg pemutus dalam semua pekara. Ia tidak tepakai dalam perkara2 thawabit . Ia tidak boleh berubah menurut zaman dan masa, ia adalah perkara yang mesti dilakukan serta tiada ruang ihtimal. Manakala perkara mutaghayyirat adalah perkara dr Nusus Zanniyyah spt Nas umum (menurut jumhur), lafaz bersifat Mutlaq terutamanya dalam perkara ijtihadiyyah dan baru . serta perkara2 bersifat strategi kepimpinan dan politik yang tiada nas qati’e.

Firman Allah SWT :
وإن تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله إن يتبعون إلا الظن وإن هم إلا يخرصون (الأنعام: 116)
Mafhum : “Sekiranya kamu mentaati majority di atas muka bumi, nescaya mrk akan menyesatkan kamu, mrk tiada menurut kecuali sangkaan…”

Justeru, Islam menerima suara majority dalam hal ‘mutaghayyirat’ tetapi dgn syarat2 tertentu, menurut keadaan dan maslahat seperti hanya undian di kalangan ‘ahl al-hal wal al-aqd’ atau dalam menentukan bentuk2 tindakan dan bukannya bersifat hukum. Juga dlm urusan melantik pimpinan atau juga urusan kemaslahatan rakyat seperti membina lebuh raya dan menetapkan cukai tol.

Ini bermakna unsur ini juga diterima oleh Islam Cuma dalam ruang lingkup yang terhad, ini kerana aqal manusia tidak mampu mengetahui seluruh kebaikan untuknya, lalu hanya Allah swt yang mengetahui kebaikan sebenar untk manusia, dlm keadaan Allah tidak menafikan fungsi aqal dlm menentukan tindakan terhadap perkara baru dgn tidak melanggar nas atau ‘maqasid syariat’.

d. Rakyat diberi hak kebebasan sewajarnya.

Islam juga mengiktiraf kebebasan individu samada dalam menegur pemerintah, kerjaya yg halal, beragama dan mengamalkan, pemilikan harta dan banyak lagi. Bagaimanapun demi menjaga ketenteraman manusiawi samada rohani dan jasmani maka kebebasan yang dianjur oleh Islam mempunyai batasannya. Secara ringkas batasannya terkandung dalam 5 perkara dharuriyyat :

i. Aqidah : Bermakna disekat kebebasan bg keluar atu menggugat aqidah Islam samada murtad atau memerangi Islam. Juga tidak dibenarkan merosakkan aqidah umat.
ii. Nyawa : Kebebasan Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak, membunuh diri, menyakiti individu lain tanpa hak, maka tidak dibenarkan juga menyerang sesama manusia tanpa sebab.
iii. Aqal : Kebebasan Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan aqalnya samada dgn meminum arak, dadah atau apa jua yang memabukkan, tidak juga bebas meihat atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan aqal.
iv. Keturunan/Maruah: Kebebasan Islam juga tidak membenarkan mencabul kehormatan sesama manusia, tidak juga dibenarkan berzina, menuduh zina tanpa saksi, mengumpat, memfitnah, dan mencari-mancari kesalahan manusia.
v. Harta : Kebebasan Islam tidak membenarkan merampas harta, curi, rompak, memeras, menipu, menindas secara riba dan seumpamanya.

Lalu, secara teori umum, Islam menerima kaedah ini tapi diperincikan bersama pengecualian2 demi kemaslahatan manusia.

e. Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap serta berhak menjatuhkannya.

Item ini jelas, bertepatan dgn Islam, ia bertitik tolak dr kepimpinan adalah amanah dan tangung jawab, sebarang penyelweangan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah sendiri menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa yang terkenal antaranya, teguran Habbab Ibn Munzir dalam menentukan kubu terbaik dlm peristiwa perang badar, begitu juga teguran suad dlm kes ditolak dgn busar oleh Rasul dan banyak lagi.

Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dlm ucapannya yg mashyur :
وليت عليكم ولست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و...أطيعوني ما أطعت الله ورسوله فإذا عصيت الله فلا طاعة لي عليكم
Mafhum : “Sesungguhnya aku hanya dilantik dr klgn kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kpdku”

Islam mempunyai sikap tegas terhadap para pemerintah zalim dan bersifat autokratik atau dictator. Sabda Nabi SAW :
أشد الناس عذابا يوم القيامة إمام جائر ( رواه أبو يعلى الموصلي)
Mafhum : “Sekeras2 manusia yang dikenakan azab di akhirat kelak adlh pemimpin yg zalim”

Bagaimanapun rakyat yang ingin menegur pimpinan negara Islam seeloknya menjaga adab2 teguran yang sesuai tetapi jika ia tidak diendahkan, Islam membenarkan pimpinan tersebut diturunkan kerana ia dianggap kepimpinan negara Islam yang menyeleweng, demikianlah pandangan Syeikh Sa’id Hawwa di dalam kitabnya Jundullah hlm 380. Beliau juga menambah bahwa proses menurunkan perintah itu boleh dibuat secara aman. Prof. Dr. Muhd Salam Madkur menegaskan adalah suatu kewajiban untuk menurunkan pemimpin fasiq dengan syarat kita mempunyai bukti tentang kefasiqan serta pemimpin tersebut tidak lagi boleh diberi nasihat. Demikian juga pandangan Imam Abu Hanifah , Imam al-Qurtubi , Imam Abu Hamid al-Ghazali (505 H) , Imam as-Syawkani (1255 H) dan Dr. Yusoff Al-Qaradhawi . Manakala Abu Yu’la al-Farra al-hanbali menuruti pandangan Imam Ahmad Hanbal yang tidak menentang dan menjatuhkan khalifah Makmun dan Mu’tasim. Imam Al-Mawardi ( 450 H) menyebut dalam sesebuah negara Islam yang menyeleweng seorang khalifah itu boleh diturunkan jika berlaku kezaliman dan fasiq .
Kata al-Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith soheh muslim, “Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya adalah haram dengan Ijma’ al-Muslimin seklipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti didalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan? Kata para ulama? :” Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.?

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: “ Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam.(rujukan syarh soheh Muslim oleh an-Nawawi m.s. 540,552/jilid 12 cetakan dar al-khair beirut)

Ad-Dawudi pula menyebut: “yang menjadi pegangan para ulama, mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar” (rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Bgmpun, Rasulullah SAW telah menyatakan keharusan merebut kekuasan dari pimpinan sbgmn hadithnya :

دخلنا على عبادة بن الصامت وهو مريض قلنا أصلحك الله حدث بحديث ينفعك الله به سمعته من النبي صلى الله عليه وسلم قال دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن ترو كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان ( رواه الشيخان)
Mafhum : Kami telah berbai’ah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai?fah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi allah (kami juga berbai’ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke 1836)

Jelas dari hadith di atas tahap untuk kesabaran dan tindakan yg perlu diusahakan oleh individu Islam terhdp pemerintah mrk yg terang2 melakukan maksiat serta menggalakkannya, saya kira, kerajaan Malaysia telah sampai tahapnya untuk ini.


Sikap Islam terhadap :

Pilihanraya
Ia adalah suatu proses meraih sokongan dan keyakinanan rakyat bagi membolehkan seseorang pimpinan dipilih mengetuai sesebuah negara atau kawasan2 tertentu atau organisasi2 tertentu. Islam melihat perkara ini kepada maqasid atau maksud sesuatu pelaksanaan itu dibuat. Lalu dalam hal ini maksud pilihanraya yang utama adalah proses melantik pimpinan yang diyakini rakyat. Sikap Islam dalam hal ini adalah jelas menerima dan sememangnya Rasulullah di permulaan dakwah juga melakukan kempen serta lobi bg menerangkan kpd rakyat Mekah malah luar Mekah agar meyakini baginda dan seterusnya menganut Islam.

Mengenai kaedah mengundi bg urusan pilihanraya, ia juga diterima oleh Islam memandangkan ia merupakan satu perkara baru dalam hal keduniaan serta tiada nas qat’ie yang melarang, maka Islam tiada masalah dalam menerima kaedah baru ini apatah lagi ia boleh di ‘qias’ kan dalam perkara KESAKSIAN. Firman Allah :
وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2)
Mafhum : “Bersaksilah dgn mrk yang adil dr kalangan kamu”

Undi merupakan satu kesaksian rakyat terhadap penerintah yang dipilihnya dari sudut Islam, kebaikan dan kelayakan si calon, dan Islam meletakkan pertimbangan undian atau kesaksian tidak boleh kerana lain dr Allah sbgmn firman Allah :
وأقيموا الشهادة لله ذلكم يوعظ به من كان يؤمن بالله واليوم الآخر ومن يتق الله يجعل له مخرجا (الطلاق : 2)
Mafhum : “Berikanlah penyaksian krn Allah….”

Maka tidak boleh pula rakyat tidak keluar mengundi apabila berkemampuan sebagaimana tidak harus saksi2 enggan memberikan penyaksian sbgmn firman allah :
ولا تكتموا الشهادة ومن يكتمها فإنه آثم قلبه والله بما تعملون عليم (البقرة : 283)
Mafhum : “Jgnlah kamu enggan memberikan penyaksian, brgsp yg menyembunyikannya maka berdosa hatinya …”

Amat jelas terang lagi nyata, Islam dlm hal undian dan pilihnaraya membenarkan malah samapi ke tahap wajib menyertainya dan keluar mengundi apabila keengganan itu boleh menyebabkan ketewasan calon yang bertaqwa dan ingin melaksanakan Islam. Manakala sekiranaya Islam merintah, system tersebut boleh diterusan Cuma perlu diletak beberapa syarat dan panduan lalu, insyaAllah ia akan bertepatan dgn Islam sepenuhnya.

Demontrasi Aman
Imam Hasan al-banna pernah mengeluarkan arahan kpd semua cawangan Ikhwan agar keluar berdemonstrasi dalam kes Perdana Menteri Mesir, al-Nuhas Baysa yang enggan langsung masuk campur dalam hal revolusi di Palestin. Ia dilakukan demi memprotes sikap Nuhas dan kenyataannya yang melemahkan umat Islam Palestin.

Dari sudut Islam, demonstrasi aman adalah tidak lain seumpama ibadat haji. Bermula di zaman Nabi, umat Islam berpakaian ihram (membuka sebelah bahu) sambil melaungkan slogan2 membesarkan Allah, dan berlari-lari anak (3 pusingan pertama shj), tidak lain hanyalah untuk membesarkan Allah dr segala sesuatu serta menunjukkan kehebatan Islam. Qias dlm perkara ibadah yang ‘mempunyai logic’ (ma’qul al-ma’na) adalah harus menurut mazhab Syafie dan mazhab2 lain. (Lihat Nihayat al-Sul syrah Minhaj lil Badhawi, Qadhi Jamaluddin Al-Asnawi, Bab Qias) Jika maksud itu sama dalam siri2 demonstrasi aman maka ia jelas diterima Islam seperti demonstrasi menuntut pemerintah yang lupa agar kembali ingat kpd Allah. Cuma pelaksanaannya shj yang perlu aman serta tidak mencederakan sesiapa dan merosakkan harta benda. Sekiranya hanya berkumpul, tanpa senjata, tanpa melakukan apa2 kerosakkan tetapi hanya laungan slogan dan takbir yang merupakan syiar kekuatan Islam, sudah tentu ia tidak bermasalah.

Ahli Parlimen
Ahli Parlimen adalah seorang pimpinan seumpama gabenor wilayah di zaman khilafah Islam, Cuma bezanya ahli parlimen akan berkumpul di Dewan Rakyat bg mewakili rakyat dalam beberapa perkara:
a. Menggubal dan memperbahasakan undang2 baru.
b. Mengawasi undang2
Kedua2 perkara tersebut adalah termasuk didalam tugas pemerintah di bawah sebuah kerajaan Islam. Sudah tentu gabenor2 wilayah akan bertindak sbg ahli al halli wal aqd iaitu kabinet utama khalifah. Tugasnya juga sama iaitu menggubal undang2 baru yang tidak ditentukan oleh Allah secara qa’tie dan juga mnegawasi undang2 iaitu amar makruf nahi mungkar.

Berbilang Jemaah Dalam Menuju Dawlah Islam dan setelah wujud Dawlah.
Hakikatnya berbilang jemaah adalah seumpama berbilang mazhab, ia hanyalah persoalan perbezaan kaedah dlm mengamati sesuatu hukum, ia sememangnya tidak bermasalah sebelum wujudnya dawalh Islam, tetapi ketika wujudnya kerajaan Islam, ia masih lagi boleh diterima dgn syarat2 tertentu seperti :
a. Tidak bertelingkah antara satu sama lain.
b. Perbezaan hanyalah dalam perkara ijtihadi yang tidak dapat disepakati
c. Kesemuanya berperanan terhdp kebaikan Islam dgn menyatukan umat di bawah pemerintah kerajaan Islam. Keweujduannya tidaklah memceahbelahkan umat Islam dr wala’ terhdp pimpinan kerajaan Islam yang adil.
d. Ia tidak bekerja memusuhi kerajaan Islam adil dan umat dlm apa jua bentuk.
e. Asas kepada jemaah tadi mestilah Islam.

Demikianlah, perbincangan secara padat dan ringkas sbg muqaddimah terhdp tajuk yang panjang ini, malah ia berkait dgn pelbagai tajuk2 kecil yang lain, justeru, penulisan ini hanya menumpukan beberapa aspek shj. Semoga ia dpt dimanfaatkan oleh para pembaca.

Segala yg benar dari Allah, yang silap adlh dr kelemahan diri dan gangguan syaitan.

Wassalam.

Irbid
03022002