Wednesday, February 10, 2010

jiwa yang pengasih

ISTIMEWANYA JIWA PENGASIH; RASULULLAH SAW BERSABDA "SETIAP HATI YANG PENGASIH MENDAPAT PAHALA"
"UBAT UNTUK HATI YANG TERLUKA IALAH IMAN YANG KUAT"

KEMATIAN KEKASIH RASULULLAH SAW BERSABDA
"TIDAK ADA BALASAN BAGI HAMBAKU YANG MUKMIN JIKA AKU AMBIL KEKASIHNYA (MEMATIKAN ORANG YANG DIKASIHINYA DARI AHLI DUNIA)
KEMUDIAN DIA SABAR MELAINKAN SYURGA"

KEJELITAAN AKAN PUDAR. SEORANG ULAMA BERKATA "KEMUDAAN AKAN HILANG, KECANTIKAN AKAN PUDAR, KEKUATAN AKAN LEMAH,
TUA AKAN DATANG, KEMATIAN PUN MERAGUT SECARA TIBA-TIBA. JADI MENGAPA LUPAKAN TUHAN?"

KATA PEMIKIR ISLAM "GUNUNG YANG TINGGI TIDAK BOLEH MENAKUNG AIR, TETAPI LEMBAH YANG RENDAH BOLEH MENJADI TASIK YANG
SAUJANA LUASNYA… ERTINYA ORANG YANG MENINGGI DIRI TIDAK JATUH HATI ORANG
KEPADANYA SEBALIKNYA ORANG YANG MERENDAH DIRI DAPAT MEMINTA HATI ORANG TANPA BERSUSAH PAYAH LAGI

SEORANG ULAMA BERKATA "BERFIKIR TARAF TINGGI ITU IALAH BERFIKIR YANG DI PIMPIN OLEH JIWA.
HASILNYA FIKIRANNYA BAK MUTIARA"

dosa yang terjatuh

>Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan ada pula
> > >menyempitkannya. Mereka bersuka ria dengan kehidupan dunia. Padahal
> > >kehidupan di dunia itu diperbandingkan dengan akhirat, tidak lain hanya
> > >suatu kesukaan (yang sebentar sahaja). - Ar-Ra'd: Ayat 26
> > >
> > >Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
> > >
> > >Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri sembahyang maka
> diletakkan
> > >semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya maka setiap kali
> dia
> > >rukuk atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa itu.
> > >- Riwayat Atthabarani & Albaihaqi dari Ibnu Umar r.a.
> > >
> > >Jika anda kasihkan Allah dan RasulNya, sebar-sebarkanlah...

jihad seorang wanita

'JIHAD SEORANG WANITA'

Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang terlintas di dalam fikiran kita? Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akan menimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! Semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapan Islam serta kehendak Allah SWT.

Hakikat Jihad

Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkan tenaganya untuk mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapai keredaaan Allah. Dari sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakat Islam dan seterusnya akan terbina negara Islam yang sihat. Jihad mesti berterusan hingga ke hari qiamat. Martabat jihad yang paling rendah ialah jihad di dalam hati dan yang paling tinggi ialah berperang di atas jalan Allah. Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan diri sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan sebahagian daripada jihad.

Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?

Jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supaya sumbangan kita dalam jihad akan menguntungkan Islam. Oleh itu, kita perlu menyingkap kembali lembaran sejarah Rasulullah SAW untuk mengambil iktibar tentang persoalan jihad bagi kaum wanita.

Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yang pintar berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"
Bersabda Rasulullah SAW:
"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian."

Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya: "Wahai Rasulullah, perempuan manakah yang baik?" Baginda menjawab: "Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila si suami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannya atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."

Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam tanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah, kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah (nature) kaum wanita.
Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan.

Kita perlu jelas jihad yang paling utama dan dituntut kepada setiap wanita ialah taat kepada suami dan mengakui hak suami, manakala jihad di luar rumah adalah sumbangan tambahan bagi mereka yang berbuat demikian.

Bagaimanakah pendirian kita?

Kita mesti menyakini bahawa berjihad di barisan hadapan oleh kaum lelaki manakala jihad kaum wanita sebagai tulang belakang adalah ketetapan Allah SWT yang Maha Adil, semata-mata demi kemakmuran alam ini. Kita perlu memahami firman Allah yang bermaksud:

"Dan orang lelaki dan perempuan (yang beriman) sebahagian mereka (adalah) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar." (At-Taubah : 71)

"Dan tidak sepatutnya bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menentukan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguh-nya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata." (Al-Ahzab : 36)

Sekarang sudah tiba masanya untuk kaum wanita menanamkan azam dan mengumpulkan kekuatan bagi menumpukan diri melaksanakan sepenuhnya jihad sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Tingkat kekuatan yang utama ialah kekuatan iman. Iman yang kuat dapat mengekang hawa nafsu yang sentiasa mengganas serta melemahkan keazaman. Dengan ini, barulah jihad yang ingin kita laksanakan menjadi kenyataaan.

Firman Allah:
"Adapun yang rasa takut maqam Tuhannya, mencegah diri daripada menurut hawa nafsu syurgalah tempat kembalinya." (An-Nazi'at : 40-41)

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (At-Taubah : 16)

Sudut-sudut jihad wanita

1. Menjadikan rumahtangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.

2. Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.

3. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara' dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.
4. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.
5. Memerangi perkara-perkara bid'ah, khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang mengusai wanita masa kini.
6. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.

Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manakala jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu.

jangan menangis wahai wanita

ISLAM itu indah

Tajuknya: "Jangan menangis wahai wanita."

SEBIDANG tanah adalah kamu katanya, tamsilnya ladangdan dia adalahpetani yang akan membajaki gemburan tanah. Sebab disana dia akan membawa saya bersama-sama melayari bahtera hidup.

Bersama nakhoda, saya menyemai cinta untuk sayabuahkan kebahagiaan,untuk saya lahirkan amanat. Bukankah ia lelaki ityang telah
meletakkan saya di puncak? Ia mengandaikan saya dengan berbagai-bagai kejadian.

Mula-mula ia ladangi saya. Katanya saya ladang subur,luhur yang bergenang air sumur. Kemudian ia limpahi madu kata yang mengkhayalkan jiwa. Tuturnya lagi, telaga yang melimpah niranya harus sering ditimba airnya agar ia tak mengering sendiri. Allah menciptakan wanita untuk lelaki dan ia menyambung bahawa ia tahan berlapar dan haus tetapi tidak dapat bersabar dengan wanita.

Betapa bangga. Sayalah perempuan pilihan itu. Jalur-jalur kebahagiaan
menjejaki hidup saya. Titian indah saya titi dengan hati-hati agar jiwanya tidak tersentuh dengan mainan lidah saya.

Bicara kata saya lapisi dengan kalimah-kalimah yang menyejukkan telinga lalu menusup ke otaknya buatnya mengerti bahawa saya benar-benar menjaga bahtera pelayaran kami. Dari pelangi kami menyusur,meredah langit tujuh, membilang bintang, mengepung awan menuruni lurah, mendaki gunung, membina jiwa, menjahit luka,merawat noda dan segala-galanya.

Keperempuanan saya ia hargai. Air matanya mengalir melihat saya berhempas-pulas meneran untuk menalikan zuriatnya. Dari satu menjadi dua, membilang tiga, menyusun empat. Mereka menjadi penyeri dalam bahtera yang terus belayar di samudera yang airnya sering tenang. Sesekali ia berkocak tetapi tak bisa menggoncang keharmonian layaran bahtera.

Dari prima pelangi, kami turuni lembah dan lurah. Gunung kami daki. Sesekali jiwa tercalar, kami rawat luka kami jirus cinta kami agar mekar berpanjangan. Bahunya juga saya ringankan. Supaya ongkos tidak menjadi punca retakan kerana saya berkerjaya. Tidurnya saya nyamankan agar ia tak punya kesulitan untuk membina jambatan jaya. Lenguh letainya saya minimumkan agar keluhan tidak terlontar dari bibirnya. Hidungnya saya wangikan agar tak jemu ia bertandang pulang.

Sayalah perempuan itu. Mengurangkan bebanan dan tanggungjawabnya dalam melestarikan sebuah perkahwinan. Supaya manis dan lazatnya berpanjangan.

Supaya menjadi isteri yang sedap matanya memandang. Supaya cela dan cacat ia buang tak terlihat. Saya tak pernah berkira. Duit saya duitnya. Ada tikanya tanpa sedar saya boros berbelanja untuk kebahagiaan keluarga, lebih-lebih lagi dia sering dihimpit ketidakcukupan. Saya memahami dirinya. Seorang tokoh yang agak disegani di tempat kerja.

Keretanya sahaja berapa ansurannya, banglo yang didiami dan kad-kadkredit yang bersusun indah di dompetnya. Ia sering jadi bandingan diantara teman-temannya. Bahawa ia seorang suami yang
sangat setia.

Lalu, sempat ia menyisipkan sebuah cerita di telinga saya. Tentang seorang temannya. Dalam diam dan tanpa sedar mengenali seorang perempuan muda.

Mulanya menghulur sebuah kisah duka. Hujung hatinya tersentuh disapa cerita nestapa. Dari simpati membenih kasih, dari kasih menguntum cinta, dari cinta membunga sayang dan akhirnya mereka bernikah di sempadan Siam tanpa ketahuan isteri tua.

Entah angin gila dari mana menaufan lalu perlahan-lahan menyemilir berita ke hujung telinga isteri tua. Memetir dan bertempiklah isteri
tua dek ledakan emosi yang jauh meninggalkan akal.

Tegak emosi di puncak menghenyak kewarasan minda.Sehingga temannya terduduk terkejut bercampur panik diberikan kata dua oleh isteri pertama. Semudah mana ia meluncurkan sekeping lidah tidak bertulang untuk sebuah penyatuan, begitu juga untuk sebuah perceraian. Hanya untuk empat purnama, ia gugurkan daun yang masih muda dari tangkainya dengan talak. Ia benar-benar tidak tertahan dengan serangan isteri pertamanya. Sindirannya singgah di telinga saya.

``Tak mencium bau syurga kerana meruntuhkan masjid.''

Ia maksudkan isteri pertama temannya. Itulah bahananya kalau wanita membenarkan kuntum-kuntum mazmumah membenih dalam urat dan darahnya. Ia tak punyai rasa berdosa untuk memberi kata dua pada suami agar membuat pilihan.

Dendam dan amarah telah berbara di hatinya. Lambat laun akan membakarhati budinya daripada mengasihi sesama insan.

``Wanita harus banyak bersabar dalam menempuh kehidupan. Jangan ambil mudah sesebuah perkahwinan kerana syaitan di kiri kanan bersorak riang di atas timbunan perpecahan.'' Suami saya berkhutbah perlahan di hujung telinga. Ia membuat perbandingan antara wanita Malaysia dan
wanita Afghanistan.

``Kesengsaraan mengajar wanita Afghanistan untuk menjadi tabah walaupun kehilangan suami di medan peperangan. Tidak seperti segelintir wanita di Malaysia yang manja-manja. Setakat berkongsi suami mereka sudah tak boleh berfikir dengan rasional.''

Ayat yang meletakkan saya dalam tanda tanya ternoktah di situ. Saya sendiri tidak dapat membuat pertimbangan wajar seandainya perkara itu berlaku pada saya. Renungannya tajam menerpa ke anak mata saya.

Gelengan kepalanya meruntun jiwa saya. Kecewa dengan sikap isteri tua temannya. Saya tidak berani bertanya akan kesudahan yang berlaku pada isteri muda yang dijatuhkan talak setelah empat bulan bersama.

Saya menjadi diam. Dan, diam menjadi bisu. Angin malam dari bahtera kehidupan menidurkan cerita itu dan belaian angin yang sama menjenderakan kami buat seketika. Esoknya angin hidup membelai bahtera lalu saya jalani hidup yang lebih mendamaikan.


Usrah kian kerap saya hadiri dalam pengisian menjadi manusia di peringkat awal mahmudah. Keinsafan membeliti jiwa saya lebih-lebih lagi melihat badai yang menimpa rumah tangga teman sang suami.

Bagi saya musibah itu adalah peringatan untuk saya dan manusia di sekeliling. Putaran hidup tetap berjalan dan saya kian kerap menghadiri ceramah di kejiranan saya. Ceramah yang saya hadiri kebelakangan ini pula sering menyingkap tentang lumayannya pahala untuk isteri yang meredakan suaminya berpoligami. Ia sering berkata hidup ini hanya transit.

Persinggahan sementara untuk sampai ke alam barzakh. Muliakan diri dengan sifat-sifat mahmudah dan sifat ini paling terpuji. Lalu ia menyebut sebuah pepatah Arab yang berbunyi -

`Tidak ada satu anugerah yang Allah beri kepada seseorang manusia itu
lebih mulia daripada akalnya dan budi pekertinya. Dan itu terkandung dalam sifat mahmudah.'

Dan si penceramah perempuan bertanya kepada para wanita yang tekun mendengar. Siapa yang rela bermadu? Tidak ada siapa yang rela. Yang
diam terus diam. Yang tunduk kian merunduk.

``Memang tidak ada siapa yang rela tetapi kalau suami sudah bernikah, relakanlah. Jangan runtuhkan masjid yang telah dibina. Patuhlah pada sunah nabi. Baginda mulia jiwa dan luhur budinya. Ia bukan sahaja seorang yang penyayang tetapi sangat menghormati wanita seperti kita dan tangannya tidak pernah menyentuh tangan wanita yang bukan ajnabi, pemurah, tawaduk sering berlapar untuk bersedekah pada yang fakir dan baginda adalah teladan kepada kita semua. Didiklah hati agar kita menghampiri sifat mahmudah dan jauhi sifat mazmumah.''

Apa yang harus dibuat? Tanya seorang wanita.
Terimalah ketetapan Tuhan.
Pahit.
Ada manisnya.
Beri kata dua pada suami.
Berdosa meruntuhkan masjid.
Perempuan mana yang sanggup?
Perempuan yang beriman.
Siti Aisyah pun mengamuk.
Ikutlah sunah yang baik. Titik.

Cuba untuk merasionalkan diri. Ada kalanya saya terfikir memang mudah
untuk mengucapkan: ``Saya hanya mengikut sunah nabi.''
Hanya untuk poligami.
Dia hanya membantu wanita yang tidak berdaya.

Adakah lelaki kini berpoligami dengan matlamat membantu yang tidak berdaya?

Bergantung pada nawaitu.

Perbincangan itu tergantung begitu sahaja. Apa sahaja yang cuba dirasionalkan oleh si penceramah nampaknya sukar diterima oleh ahli-ahli.

Tentang pengisian yang saya peroleh, dikongsi bersama suami. Ia sangat bahagia mendengar saya terharu dan ingin mengikuti sunah nabi (bukan untuk poligami) lalu saya berikrar untuk meningkatkan amalan melalui amalan dan perbuatan. Ingin saya semai sifat-sifat mahmudah danmengorak akhlak yang lebih mulia. Tegak bulu roma saya mendengar kisah baginda dan saya sedar hidup saya di dunia ini hanyalah pinjaman. Justeru saya mahu menggandakan amalan di dunia untuk diri, anak-anak dan masyarakat Islam umumnya.

Ia sangat memahami. Tiada halangan untuk saya berkerjaya dan berusrah, malah ia khabarkan cerita bahawa dakwah itu banyak caranya. Restu ia beri tanpa sengketa. Lalu, ia usulkan agar saya mendalami pengetahuan agama.

Saya akur.

Ia beri kunci untuk kami cicipkan cinta sampai usia tua. Dan apabilaulang, ia bertanyakan kisah-kisah yang saya usrahkan. Cerita saya panjang lebar tentang berbagai kisah. Menyentuh jiwa saya. Juga saya perihalkan kisah seorang perempuan muda yang turut serta dalam perbincangan itu. Ia anak kepada si penceramah. Ia ceritakan tentang berantakan rumah tangganya kerana sikap mazmumah segelintir insan dan kerana wang.

Ia lahirkan simpatinya. Wajahnya membendung duka. Kasihan wanita. Ujarannya menyejukkan perut saya. Simpati membuahkan cinta yang kian mendalam.

Saya menjadi kecut. Memikirkan bahawa hidup yang berlandaskan wang semata tidak menghampiri sifat mahmudah. Wang banyak menjadi penyebab keruntuhan. Dan duit saya mengalir kian laju ke poket suami saya. Taruhan sebuah kelestarian dan pengecasan bateri kebahagiaan rumah tangga.

Dia tekun mendengar. Dan ia memanjatkan syukur kerana kami bahagia. Kerana saya sering memberi tanpa meminta-minta.

``Perempuan jangan terlalu mengongkong suami. Harus toleransi. Sama-sama bekerja sama-sama berbelanja. Zaman sekarang, selangkah bergerak duit. Dua langkah duit. Makin banyak langkah.''

Saya akur bicaranya. Walau di hati kecil saya tahu tanggungjawab itu di pundaknya. Bukan berhijrah di bahu wanita. Bukankah dulu ia pernah berkata bahawa saya hanya sebidang tanah. Dan dirinya adalah petani yang memantau kerbau atau membawa traktor untuk membajak dan menggembur tanah. Saya hanya diam. Kerana saya tidak mahu mengecilkan hatinya kerana saya selalu memberi.

Dan ia sambung lagi bahawa wanita harus menjadi isteri soleh yang sering mendoakan agar suaminya sentiasa sejahtera dan sihat. Tidak boleh menjatuhkan maruah suami, menjaga nama baik suami. Yang keluar dari mulut wanita adalah doa, justeru itu berkatalah yang baik-baik tentang suami.

Dan ia tak jemu-jemu memuji saya. Ia katakan bahawa saya isteri yang soleh. Yang menjaga makan minumnya dengan sempurna. Hingga saya berasa begitu dihargai. Senyum saya menyerlah apabila teman-teman sering bercerita tentang perlakuan suami yang dingin menyambut usia empat puluhan. Berbeza dengan perkahwinan kami yang masih marak dengan andang yang merah kuning menjulang-julang. Dan saya terus dengan senyum mesra kerana suami saya sering memuji saya.

Bukan mudah untuk sang suami mengkreditkan isterinya soleh. Berikrarlah saya untuk setia sebagai wanita solehah kerana saya sudah teringin untuk mencium bau syurga. Kekerapan saya menghadiri usrah berganda-ganda. Mahu mendengar ceramah perihal ciri-ciri wanita solehah. Saya mahu menjadi isteri soleh.

Benar-benar bahagia di matanya. Saya menjaga bicara saya dan dia membuih-buihkan pujian hingga saya tenggelam dalam lautan yang mengasyikkan.

Ia memintal-mintal gelombang yang menghanyutkan saya dalam cinta dan keasyikan. Aduhai, betapa bahagianya menjadi isteri solehah. Bagaikan diri saya tidak terinjak di bumi nyata. Lalu saya kelubungkan seluruh memancarkan diri saya dalam pakaian berwarna kusam kerana isteri solehah tidak warna gemerlapan. Kecantikan ini hanya untuknya. Islam menyeru kepada kesederhanaan.

Kau benar-benar isteri yang soleh. Kau telah melepasi banyak ujian dan aku yakin bahawa kau akan turut melepasi ujian ini. Hati saya berdebar-debar.

Ia menguji saya rupa-rupanya. Saya tidak pernah tahu. Saya kira kamimenjalani hidup dengan nyata tapi katanya ia menguji saya. Apakah ini akhirnya sebuah sandiwara yang sedang saya lakonkan? Apakah saya akan lulus atau gagal?

Apakah hadiah yang akan suami saya berikan untuk isteri yang dianggapnya soleh. Saya berdoa agar ujian yang dikatakan oleh suami
saya mampu saya lepasi.

``Aku sangat yakin kau mampu lepasinya,'' ujarnya lagi. Dan debaran saya kian hebat.

Malam yang bening, saya menunggunya di rumah. Saya benar-benar tidak sabar menerima kehadirannya. Dan saat yang saya tunggu tiba. Ia muncul di ambang pintu. Ia senyum pada saya. Saya membalas senyumannya. Ia berpaling ke kirinya dan menggamit seseorang. Bermakna ada orang lain bersama dengannya.

Resah membukit dan saya tidak boleh duduk. Hati saya kian berdebar. Dada saya berkocak. Perut memulas-mulas.

Dan di ambang yang serupa, seorang wanita yang selalu saya temui di
tempat usrah berdiri di sebelahnya. Peluh telah bermanik-manik. Apa
kejutan yang ingin ia perbuat? Jiwa saya bergelombang.Buat pertama
kali bahtera yang saya diami berkocak lebih hebat dari kebiasaan.
``Ingin saya kenalkan pada Wati, inilah isteri saya yang solehah,'' ujarnya. Manis senyumnya berladun di bibir. Wati angguk hormat pada saya. Saya masih was was. Bermacam-macam soalan merodok otak saya tetapi saya masih mampu mengawal emosi. Tetamu saya persilakan masuk. Suami saya duduk menghadap saya. Sedang Wati duduk bersebelahannya.

Lalu saya bertanya pada dia, ``Kenapa Wati di sini?''

Ia tidak menyahut tetapi mengambil nafas. Tenang air mukanya. Saya buntu. Fikiran saya kabur. Jantung saya tidak mampu berfungsi dengan baik. Kocakannya yang tidak saya undang membawa debaran yang membolak-balik seluruh isi dalam tubuh saya. Spontan saya seperti sampan kecil di samudera asing.

Kenapa Wati di sini. Sejak bila suami saya mengenali Wati?

Bertenang.

Saya bertenang dalam taufan kehairanan. Mustahil! Mustahil. Tubuh saya menggigil. Dalam ribut persoalan. Sedang resah yang membukit telah bergunung-gunung.

``Ini isteri kedua abang. Bekas isteri teman yang pernah abang ceritakan.''

Nah...! Gunung resah terhambur sudah. Kecil lelaki itu di mata saya. Bulu-bulu roma saya meremang tidak keruan mengalahkan kucing jantan garang yang meremang bulu tengkuk mahu menikam menerjang lawan. Saya beristighfar seketika mengembalikan semula kekuatan sebagai wanita muslim yang terdidik dengan sifat-sifat sabar.

Lelaki itu saya pandang sebelah mata. Hilang kata-kata. Hilang upaya. Terbenam dalam lumpur muslihat. Teroleng-oleng dibawa ombak dusta nakhoda. Seriau membelah perut. Kiamat. Sesudah terletup gunung datang guruh sengsara menerjah bersama-sama halilintar
kesakitan.

Ini bahagianku yang diberi Allah. Saya mengerling isteri kedua yang
berani datang ke rumah saya. Isteri kedua? Dengan tiba-tiba hilang gerimis kelabu, lenyap kabut ungu. Ia laksana taufan yang bergulung-
gulung lalu menyapu bersih tanpa tanda. Noktah.

Dan saya benar-benar berada di ambang neraka. Seberang sana syurga
menganga.

``Abang tahu kamu kuat menerimanya. Kamu isteri solehah.''

Ia masih mahu memerangkap saya padahal saya sudah tersepit dijerat.
Ia pengkianat. Pandangan saya berpinar-pinar dan saya rebah. Kerana
ia menghumban saya dari gunung yang tinggi.

Dan akhirnya ia benar-benar memberi hadiah untuk saya. Madu cintanya yang gemerlapan. Saya betul-betul tersungkur. Mereka berdua adalah guru saya. Suami saya dan ibu Wati. Memimpin saya ke jalan yang saya ingini.Menghadiahi saya surah-surah indah untuk saya teladani dan saya harus akur.

Sekonyong-konyong teringat akan pesannya dalam usrah:
Jangan runtuhkan masjid yang dibina. Adakah itu sebuah peringatan untuk saya?

Tetapi percayalah segala-gala yang saya perbuat bukan kerana pesan si
penceramah atau kerana pujian si suami, tetapi kerana Allah Yang Maha
Besar.

Apa lagi? Apa lagi yang boleh saya harapkan daripada seorang lelaki?
Seorang suami? Telah saya ringankan bebannya untuk keabadian sebuah
perkahwinan tanpa perkongsian. Tetapi dia tetap menghadiahi saya lara.

Jelas saya diperangkap oleh kedua-duanya. Dalam diam. Strateginya sangat licik.

Aku isteri yang solehah.

Aku wanita beriman.

Nyanyian itu bergema-gema. Menari-nari. Berghazal, berdendang, melentuk meliuk. Bukankah dia selalu berkata bahawa saya isteri yang solehah. Harus menerimanya dengan tabah.

Dalam keterpaksaan saya menerima segalanya. Saya sambut hulurantangannya. Hati saya berbisik; ``Jangan menangis perempuan kerana lelaki itu. Menangislah kerana keinsafan sebab Allah memilihmu untuk dipayungi dan Dia memilih intan terpilih.''

regular japan

Yes = Hai
No = Iie
Thank you = Arigato
Thank you very much = Arigato gozaimasu
You're welcome = Douitashimashite
Please = Douzo
Excuse me = sumimasen, shitsurei shimasu
Hello = Kon-nichiwa
Goodbye = Sayounara
So long = jaamataashita
Good morning = O hayou gozaimasu
Good afternoon = Kon-nichiwa
Good evening = Konbanwa
Good night = Oyasuminasai


I do not understand = Wakarimasen
How do you say this in [English]? = Kore wa [nihongo] de nan to iimasuka?
Do you speak ... = Anata wa ...go wo hanasemasuka
English = Eigo
French = Furansugo
German = Doitsugo
Spanish = Supeingo
Chinese = Chuugokugo

I = watashi, watakushi
We = watashi tachi, wareware
You (singular, familiar) = kimi
You (singular, formal) = anata
You (plural) = anatagata
They = karera
What is your name? = Anata no namae wa nan to iimasu ka?
Nice to meet you. = O-ai dekite ureshii desu.
How are you? = O-genki desu ka
Good = Ii, Yoi
Bad = Warui, Yokunai
So so = Souda neh, Maamaa desu, Bochi-bochi desu


Wife = Kanai, Tsuma
Husband = Shujin, Otto
Daughter = Musume
Son = Musuko
Mother = Haha, Okaasan
Father = Chichi, Otousan
Friend = Tomodachi


Where is the bathroom? Where is the toilet? = Toire wa doko desu ka?

Adab di dalam JANGAN

1.11111 1.Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.. 2
2.Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita. 33.
3.Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia
membahayakan. 4
4.Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi
kepapan. 55.
5.Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu
berkat). 6
6.Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi
syaitan. 7
7.Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan. 8
8.Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9
9.Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10
10.Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. 11
11.Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa. 12
12.Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita
bersalah. 13
13.Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia. 14
14.Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila
berjaya. Kalau gagal kecewa pula. 15
15.Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16.Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 17
17.Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang
kepada kita. 18
18.Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan
ALLAH. 19
19.Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih
lama dan kekal selamanya. 20
20.Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk
keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

jangan menipu Allah dengan bertudung

Jangan Menipu Allah dengan Bertudung



Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika
itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana
sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem,
sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu
fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh
terjadi. Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat
sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap
syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung
diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa
memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.

Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu
bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan
wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum
memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki,
tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan,
bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak
menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan,
tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk
mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur
katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir
sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia
membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia,
tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak
masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang
pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai
yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup
bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu-
ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al-Quran
dan hadith mengenai hal penutupan aurat. Ini disebabkan mereka sering
dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat.
Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai
dengan nas Al-Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh
sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana-mana
sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di
kilang-kilang, di sekolah, di stesyen bas, di pejabat, di universiti
malah di parlimen dan beberapa pengacara televisyen pun sudah memakai
tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak
akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan,
berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau
dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat
make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung
berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.

Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan
fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut
syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan
hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih
buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.
Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita
bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung
sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan.

Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke
panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan
dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan
untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat. Malah
pada hari ini, ada pula berita yang kita dengar, bohsia pun sudah
pakai tudung untuk mengelirukan pandangan masyarakat. Bila direnung-
renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita
yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan
pemakaian tudung.

Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut
dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman
pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu
kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka
mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa
menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai
tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak
berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya
mestilah bertudung. Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain
memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya,
tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung.

Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau
suami, didisiplinkan oleh pihak sekolah atau universiti. Ada yang
mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.
Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah
menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu.
Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di
taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah
sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung
diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin
serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang
hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun
nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.
Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup
aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia
mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah
menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada
di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah di
padang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia. Rasulullah s.a.w
pernah ditanya oleh seorang sahabat :

"Ya Rasulullah! Dengan apakah mencapai keselamatan kelak?" Jawab Nabi
s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi: "Bagaimana
menipu Allah?" Jawab baginda : "Iaitu mengerjakan apa yang
diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan
ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan
tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki
memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat
menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher,
bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa
kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki
jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat,
tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan endapat pahala
dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa. Bahaya besar kalau beramal
bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran
zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling,
hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana
begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompk masyarakat, dia sudah
tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di
sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya.
Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu
mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya.

Justeru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh
ibadah. Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah
diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti
bina keyakinan di dalam diri kita dan mempunyai kefahaman yang
mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul
di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.