Islam dalam sudut Ibadah.
Sedutan buku 'Apa ertinya saya memeluk Deenul Islam'
oleh Ust.Fathi Yakan.
Syarat asas seorang Muslim.
Aqidah yang benar
Ibadat yang sahih.
Akhlaq yang sejahtera.
Seseorang Muslim itu mestilah memastikan yang beliau
melaksanakan Islam dalam ibadahnya.
Az-Zariat: 56.
` Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk
beribadah kepada Ku'
Pengertian ayat itu ialah seseorang Muslim itu perlu
mematikan bahawa ibadahnya hanya semata-mata untuk
Allah SWT sahaja dan tidak kepada yang lain.
Pengertian Ibadah-
Pengertian umum ialah melakukan amalan khusus seperti
sembahyang,puasa ,zakat dan haji dan amalan fardhu
kifayah ,melaksanakan tuntutan diri,keluarga dan
masyarakat..
Pengertian yang lebih luas meliputi segala amal
perbuatan dan gerakgeri anggota tubuh badan kita
termasuklah tangan,kaki,pancaindera serta lidah dan
hati.Anggota tubuh badan-segala gerak geri kita
contohnya amalan fardhu ain dan fardhu kifayah. Ia
juga sebenarnya termasuk segala amal perbuatan yang
tidak bercanggah dengan hukum Allah.
Amalan lidah- berzikir,bercakap benar,berpesan-pesan
dengan kebenaran dan kesabaran,meninggalkan yang
syirik,batil dan lara atau lebih baik diam.
Amalan hati-sentiasa tunduk dan patuh kepada kehendak
Allah,menjaga hubungan hati dengan Allah,tidak putus
dari mengingati Allah Ali Imran : 190-191.
Dua faktor yang menjadi asas kepada amal islami.
1.Apabila segala kerja anggota,lidah dan hati itu
tunduk patuh kepada Allah,menurut syariat dan niat
yang bersih hanya kerana Allah SWT. Semuanya perlu
dibuat berpandukan syariat Allah Taala,menurut sunnah
Rasulullah dan dengan niat untuk beribadah kepada
Allah.
Ini bermaksud segala amalan harian kita seperti
belajar dan bekerja akan menjadi ibadah jika kita
berniat melakukannya untuk mentaati Allah. Niat ini
akan mempengaruhi cara dan mutu kerja kita serta tidak
akan menyeleweng,salahguna kuasa,pecah amanah,rasuah
atau mencari kepentingan diri semata-mata semasa
melaksanakan tugas.Seseorang yang berniat ibadah akan
melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh
tekun,dedikasi,tidak mencuri masa dan menghasilkan
produktiviti yang baik.Ini juga akan menghalang kita
daripada melakukan sesuatu kebaikan mengikut cara yang
bertentangan dengan kehendak Allah SWT.
2.Apa yang kita perlu buat? Berpandukan sunnah
Rasulullah SWT. Kita buat apa yang Allah perintah kita
buat.Melaksanakan maaruf Al-Akbar dan meruntuhkan
mungkar Al-Akbar.
Kita perlu ambil ikhtibar dari sunnah Rasulullah
s.a.w. bersama para shabat-sahabatnya.
Dalam melaksanakan Islam beliau bermula dengan
membebaskan manusia dari penghambaan sesama manusia
kepada penghambaan hanya kepada Allah SWT semata-mata.
Kembali kepada ayat diatas.Az-Zariat:56.
'Taabud'-tunduk patuh kepada Allah SWT.Bermula dengan
mengenal sifat-sifat Uluhiyah dan RubbubiyahNya.
Menyerah diri ( submission) atau menyerahkan ketaatan
kita.Benda yang kita taat itu ialah ' walaq' kita.
Firman Allah yang bermaksud.
Katakanlah (wahai Muhammad): Apakah aku mengambil
pelindung selain Allah yang menciptakan langit dan
bumi serta Dia pula yang memberi makan dan Dia tidak
diberi makan? Katakanlah: Sesungguhnya aku
diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali
menyerah diri kepada Allah dan jangan sekali-kali kamu
menjadi golongan yang musyrik.Katakanlah: Sesungguhnya
aku takut akan azab hari yang besar(hari kiamat) jika
aku mendurhakai Tuhanku.Sesiapa yang dijauhkan azab
daripadanya pada hari itu,maka sesungguhnya Allah
telah memberi rahmat kepadanya dan itulah kejayaan
yang nyata.Dan jika Allah menimpakan kamu dengan
kemudharatan,maka tidak ada sesiapapun yang dapat
menghapuskannya melainkan Dia sendiri.Dan jika Dia
mendatangkan kebaikan kepada kamu,maka Dia Maha kuasa
atas sesuatu.Dan Dialah yang Maha berkuasa atas
sekelian hamba-hambaNya dan Dialah yang Maha Bijaksana
serta amat mendalam pengetahuanNya.Bertanyalah wahai
Muhammad: Apakah sesuatu yang lebih kuat
persaksiannya? Katakanlah: Allah menjadi saksi antara
ku dan kamu serta diwahyukan kepada ku Al-Quran
ini,supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu
dan juga kepada sesiapa yang telah sampai kepadanya
seruan Al-Quran itu.Adakah kamu benar-benar mengakui
bahawa ada tuhan-tuhan lain bersama Allah? Katakanlah:
Aku tidak mengakuinya.Katakan lagi : Sesungguhnya Dia
lah sahaja Tuhan yang Maha Esa dan sesungguhnya aku
telah berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan"
Al-An'am : 14-19.
Apa yang kita perlu serahkan?
Pemikiran kita ,ideologi kita, keinginan kita, rasa
hati, citarasa kita, hawanafsu kita kebolehan kita,
hartabenda ,nyawa kita.
Apa yang nanti kita taat-akan menjadi 'Illah'
kita.Illah yang sebenar ialah Allah SWT. Segala Illah
yang lain dari Allah SWT yang kita berwala' adalah
syirik kepada Allah SWT. Illah boleh mengambil bentuk
ideology,kefahaman-like kapitalis ,komunis,sosialis
etc,pemerintah yang tidak melaksanakan Islam atau
melaksanakan Islam sebahagian dan undang-undang
ciptaan manusia sebahagian.
Segala yang menghalang kita dari berwala' kepada Allah
SWT disebut 'thagut'
Ia mungkin mengambil bentuk hawanafsu kita sendiri
atau penghambaan sesama manusia yang menghalang dari
melaksanakan ketaatan sepenuhnya kepada Allah SWT.
Hanya setelah kita berwala' sepenuhnya kepada Allah
SWT,baru lah kita berada dalam keadaan beribadah
sepenuhnya kepada Allah SWT dalam erti kata yang
sebenarnya.
Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment