Hati sakit
Hati lesu
Hati leka
Kadangkala kita lupa
Kita akan kekal menghadap hari pembalasanNya
Kita tidak risau
Bagaimana nasib diri di sana
Kita tidak bersungguh bimbang
Untuk menyiapkan diri, amal untuk dibilang
Mengapa kita leka
Sedangkan peringatan sentiasa datang
Mengapa kita masih lena
Sedangkan masa makin kesempitan
Mengapa jauh kita ini jauh yang nyata..
Lupa pada Tuan yang mencipta
Mengapa diri
Kau lupa pada Yang Maha Esa
Mengapa lupa
Diri ini kerdil dan hina
Umpama orang keji diri ini menggendong bangkai kambing
Mengagungkan isinya
Mengangkat – angkat martabatnya..
Mengapa diri
Kau lupa
Bangkai kambing itu hanya tipu daya..
Dan akhiratlah yang lebih memberi bahagia..
Bagaimana lah nasib diri ini wahai Tuhan
Diri ini ingin sekali merasa bimbang
Layakkah diri ini mendapat redha dan keberkatan
Kerana diri ini jauh dariMu ya Tuhan
Diri ini terlalu lama mendamba dunia dan isinya
Diri ini, hati ini , jiwa ini
Semuanya telah menjadi kotoran
Aku telah
Dan aku pernah
Mengambil waktu untuk kembali padaMu
Tapi mengapa masih aku tiada dapat membersihkan diriku
Percubaanku berkali wahai Tuhan
Ku mohon padaMu pandangan kasih sayang
Wahai Tuhan yang Maha Penyayang
Aku ingin kembali
Dan kali ini hati memohon taubat dan kembali yang abadi
Maka terimalah diri ini wahai Tuhan
Untuk selama-lamanya
Moga ada jawapan yang baik dapat diri kerdil ini sediakan untuk soalan di hari pembalasan
Aku pohon
Berkehendakkanlah diri-diri ini untuk awalnya dan akhirnya dlm husnul
Moga ku datang dan pergi dengan redha dan restu Illahi…
Amin.
Hikmah,
AL-ISLAM 2002.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment