Wednesday, February 10, 2010

isteri yang baik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
>
>Asma binti Ahariyah Fazari telah berpesan kepada
>puterinya pada hari pernikahan si anak:
>
>"Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di
>mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke
>sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan
>berkawan pula dengan seorang yang belum engkau kenali.
>Itulah suamimu.
>Jadilah engkau tanah kepada suamimu (taat perintahnya)
>dan dia akan menjadi langit bagimu (pelindung).
>Jadilah engkau sebagai lantai supaya dia dapat menjadi
>tiangnya.
>Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran
>kerana itu akan memungkinkan dia meninggalkan engkau.
>Jangan engkau terlampau menjauhkannya agar dia tidak
>melupakan dirimu. Kalau dia mendekatimu, dekatilah
>dia. Jika dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan
>baik.
>Peliharalah suamimu itu benar-benar, hidungnya,
>pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah
>kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu
>melainkan yg harum.
>Jangan pula mendengar melainkan yang enak dan
>janganlah dia melihat melainkan yg indah sahaja pd
>dirimu."
> Meskipun begitu besarnya tanggungjawab isteri
>terhadap suami,Rasulullah saw melarang taat dlm hal2
>yg menderhakai Allah, misalnya suami menyuruh isteri
>mendedahkan aurat atau melayan tetamu lelaki tanpa
>ditemani olehnya dan sebagainya.
>
>wassalam....
>
>ANIS No 36 Bil.8
>Ogos 2000
>Rabiulakhir/Jamadilawal 1421
>
>PERKATAAN YANG BAIK TIDAK MUNCUL DALAM JIWA YANG KOTOR
>SEPERTI BIJI BENIH TIDAK AKAN TUMBUH PADA TANAH YANG
>GERSANG.

No comments:

Post a Comment