Wednesday, February 10, 2010

harimau , buaya , tali dan tikus

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi
>hutan.
>
>Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar
>satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi
>harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si
>hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar
>hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.
>
>Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah
>takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
>diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
>
>Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.
>Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke
>dalam perigi.
>
>Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
>tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
>perigi.
>
>Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni
>pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa
>kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
>selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
>
>Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
>kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
>ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau
>bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
>
>Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor
>tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg
>hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu
>pulak.
>
>Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar
>lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!
>cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.
>
>Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa
>buaya .
>
>Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
>tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...
>
>Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
>tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa
>madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg
>sedang bawa madu.
>
>Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
>Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu
>kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
>Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."
>
>Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang
>menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.
>
>Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau
>yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita,
>so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan
>Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba
>bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka
>panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur
>kita.
>
>Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
>sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,
>madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
>dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia
>lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit
>lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
>
>Astaghfirullah...

No comments:

Post a Comment