Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana
beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.
Dia
amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat
diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor
neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara
Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang
bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan
melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa
yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah
yang
digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam
(black
seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau
melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di
dalam
otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap
inci
otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi
secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau
mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di
dalam
otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang
sujud
semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan
darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini
bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.
Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka
otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya
untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah
untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah
kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan
agama-Nya yang indah ini.
Kesimpulannya:
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak
bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam,
walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi
sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan
pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.
Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala
tidak
segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang
bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal
mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu
adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah
kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk
mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih
normal.
Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam
gejala-gejala sosial masyarakat masakini.
Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar
daripada
kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya
secara berdikit-dikit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment