Wednesday, February 10, 2010

isterinya seorang khunsa

ISTERINYA SEORANG KHUNSA

==========================

Semasa Khalifah Ali r.a. memerintah maka
terjadilah suatu peristiwa yang
tidak pernah terjadi sebelumnya.Seorang lelaki
telah
berkahwin dengan seorang
wanita khunsa ( memiliki dua alat jantina ).Si
suami
juga menghadiahkan seorang
jariah kepada isterinya.Setelah beberapa lama
maka
isterinya yang khunsa itu
melahirkan anak.Selepas itu tiada berapa lama
timbul
pula nafsu berahi wanita
khunsa ini terhadap jariahnya.Akhirnya jariah
inipun
melahirkan anak juga.

Masyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini terus
tersebar hingga
sampai kepada pengetahuan Khalifah Ali. Khalifah
terus menghantar seorang
pakar untuk mengesahkannya.Ternyata wanita khunsa
ini
mengalami haid seperti
perempuan serta keluar mani dari dua alat
kelaminnya.

Dia boleh dijimak oleh suaminya serta dapat pula
menjimak
jariahnya.Untuk menentukan jantina sebenar wanita
khunsa ini Khalifah Ali
tidak ketandusan akal.Beliau menghantar pakar
untuk
menghitung tulang rusuk
wanita ini.

Hasilnya ternyata tulang rusuk sebelah kiri
kurang
satu dari
kanannya.Khalifah Ali menetapkan bahawa wanita
khunsa
ini adalah
lelaki. Alasannya kerana ALLAH menciptakan Adam
yang
tinggal keseorangan di
dalam syurga , ALLAH lalu mengambil satu tulang
rusuk
sebelah kiri Adam dan
diciptakan Hawa daripadanya. Oleh sebab itu
tulang
rusuk sebelah Adam telah
kurang satu. Khalifah Ali lalu memisahkan
perkahwinan
wanita khunsa ini dengan
suaminya kerana ianya dianggap tidak sah.

No comments:

Post a Comment