Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah marilah kita teliti lirik nasyid Insan oleh Rabbani ini kerana ia membawa mesej agar kita tidak mensia-siakan hidup yang indah ini ... isilah dengan iman dan ukhuwwah serta aktiviti yang berfaedah agar kita terus dalam inayyah Allah SWT.
Rabbani
Insan
Kita adalah insan penumpang atas dunia
Aku dengan caraku yang sederhana
Kita adalah hamba berbakti Pada Yang Esa
Aku mencari sinar keredhaannya
Kita sama sahaja bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku saling perlukan
Oh... cinta yang murni sebagai ikatan
Yang kukuh di hati demi masa depan
Jangan dihancurkan hidup yang indah ini
Akibatnya merana
Jangan hancurkan hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa
A true friend is the greatest of all blessings."
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Maksud:Mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya dan tidak mendahulukan urusan keduniaan.Sabda Nabi SAW: "Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga Allah dan RasulNya lebih dikasihinya daripada dirinya sendiri, keluarganya, anak-anaknya, hartanya, dan manusia kesemuanya."
Antara tanda-tanda seseorang itu mengasihi Allah:
1. Mendahulukan segala suruhan yang disuruh oleh Allah daripada perkara
yang diminati oleh hawa nafsunya.
2. Suka kepada mati.
3. Benci akan dunia ertinya tidak cenderung kepada keduniaan.
4. Memperbaiki kekurangan dirinya.
5. Suka hatinya apabila dapat beribadat.
6. Tidak pernah timbul di hatinya perasaan marahkan Allah.
7. Rindu untuk bertemu dengan Allah.
8. Redha akan segala kadha Allah
"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment