Wednesday, February 10, 2010

Jadilah Hamba Allah swt yang baik

JADILAH HAMBA ALLAH YANG BAIK

Memang fitrah setiap manusia cukup senang dan puas hati kiranya ada orang memujinya seperti, “Awak ni….baiklah……” dan sebagainya. Tetapi, bagimana pula kalau sebaliknya? Tentu ramai yang tidak senang hati dan sekaligus menganggap orang yang tidak memujinya itu adalah musuhnya.

Nampaknya kebanyakan manusia hari ini terlalu ghairah dan leka dengan pujian dan sanjungan sedangkan itu semua merupakan satu jalan yang memudahkan seseorang itu terjun ke neraka Allah swt. Wal’iyazubillah.

Lebih parah lagi, ada di antara manusia hari ini merasakan dirinya baik, malah lebih baik dan lebih mulia daripada orang lain. Atas alasan dan perasaan demikianlah mereka kini menilik kelemahan orang lain, selalu menganalisa orang lain, selalu nampak kesalahan orang dan selalu merasakan orang lain dalam dosa dannoda. Alangkah tertipunya mereka yang bersikap demikian tanpa mereka sedari rupa-rupanya sifat sombong dan angkuh menguasai diri dan jiwa mereka. Ia kini telah berjaya diperdayakan oleh nafsu ammarahnya.

Jalan yang selamat untuk menjaga amal ibadah yang
telah dilakukan sekian lama seperti sembahyang, puasa,
sedekah, menutup aurat dan sebagainya ialah dengan
memiliki sifat-sifat yang terpuji, umpamanya
seringkali merasakan diri bergelumang dengan dosa dan
maksiat, sering merasakan ia melakukan kesilapan dan
kesalahan samada sesama makhluk mahupun dengan Allah.

Sikap selalu menganalisa diri sendiri dan merenung
keaiban diri (muhasabah diri), itu adalah satu sikap
yang sewajarnya dimiliki oleh hamba-hamba Allah yang
cintakan Allah, yang kasihkan Rasulullah, yang
rindukan syurga Allah dan yang gerunkan neraka Allah
swt.

Jangan sekali-kali termasuk ke dalam golongan orang
yang mengaku dirinya sudah baik tetapi jadilah orang
yang bercita-cita untuk membuat kebaikan sebanyak yang
mungkin, selalulah merasakan diri tidak baik lagi dan
paling tidak sempurna amal dan tingkahlaku jika
dibandingkan dengan orang lain.

Untuk meningkatkan keimanan dan keyakinan pada Allah
swt dari satu waktu ke satu waktu, mengamati diri
adalah suatu perkara yang sangat bernilai dan penting
sekali. Kita sepatutnya seringkali mengukur sejauh
mana ketaatan yang telah kita lakukan terhadap Allah
dan dosa apakah yang kerapkali kita lakukan
terhadap-Nya. Bagi hamba Allah yang benar-benar waras
fikirannya ia jarang sekali menyalahkan orang lain
sekiranya ia dipersalahkan. Andainya ia benar-benar
bersalah ia akan bertaubat dan membuat perubahan diri,
sekiranya ia tidak bersalah ia berlapang dada dan
berkata kepada hati kecilnya, “Tak apalah…. ini ujian
untukku dan mungkin ini suatu penghapusan dosa
buatku.”

Bagi orang yang rosak hatinya, sekiranya ia melakukan
kesalahan ia takut untuk mengatakan yang hak, ia tidak
mahu mengakui bahawa dirinya bersalah dan ia tetap
mempertahankan bahawa dirinya tidak pernah menyakiti
hati orang lain.

Ingatlah, hati yang tidak baik akan melahirkan
kelakuan yang buruk, ianya akan menjadi racun dalam
hidup dan membahayakan masyarakat serta alam sejagat.
Masalah hati tiada siapa yang tahu seperti kata
pepatah, “Dalam laut dapat diduga, dalam hati siapa
yang tahu.”

Yakinlah bagaimana pandainya manusia menutupi
kejahatan hatinya, lambat laun Allah akan menampakkan
juga apa yang tersimpan dalam lubuk hatinya.

Seseorang itu tidak layak mendapat gelaran hamba Allah
yang baik dan yang suci hatinya selagi ia:
1. Tidak mentaati titah perintah Allah
sungguh-sungguh..
2. Tidak meninggalkan larangan-larangan Allah
3. Tidak menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji.
4. Tidak mengikiskan diri daripada sifat-sifat
tercela.

Bercita-citalah kita untuk menjadi hamba yang baik
sesuai dengan tuntutan-Nya dan Rasul-Nya. Baik dari
segi amal dan kelakuan, baik hati dan halus tuturkata
sesama insan. Hendaklah berusaha sedaya upaya
menghapuskan penyakit hati yang merosakkan diri
seperti hasad dengki, pemarah, iri hati, jahat sangka
dan sebagainya. Beramallah semata-mata mengharapkan
redha Allah bukan untuk riak dan sombong.

Jagailah lidah kita daripada mengeluarkan tuturkata
yang dapat mencacatkan persahabatan dan tali
persaudaraan. Jagailah tuturkata agar ianya tidak
melukai hati orang lain. Ingatlah…… tuturkata yang
mengandungi racun yang berbisa seperti melemparkan
fitnah, memperli dan menyindir orang lain,
mencari-cari kesilapan orang lain untuk dijadikan
bahan yang membolehkan dirinya dapat mengambil
keuntungan dan publisiti di dalamnya, mestilah
dijauhi.

Firman Allah dalam Surah Fussilat ayat 46, maksudnya:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal yang baik, maka
kebaikan itu untuk dirinya sendiri. Barangsiapa yang
berbuat jahat maka kejahatannya itu untuk dirinya
sendiri dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiayai
hambanya.”

Oleh itu, berazamlah kita semua termasuklah saya
sendiri untuk menjadi hamba Allah yang baik di yang
mulia di sisinya kelak. sisinya dan bercita-citalah
mengatur langkah untuk terus memburu kasih sayang dan
redha Allah. Semoga Allah menerima kita semua sebagai
hamba-hambanya Yang berhak mendapat kedudukan yang
mulia di sisinya kelak.



JALAN KELUAR KEPADA MASALAH

Assalammualaikum…….

Sebelum saya meneruskan perbincangan jalan keluar
kepada masalah ini, saya ingin mengambil kesempatan
masa yang sangat terhad ini meminta kepada semua
ahli-ahli yang telah meminta saya menyelesaikan
masalah mereka dapatlah kiranya anda semua merenung
dan muhasabah diri kita dan keluarga kita dengan
masalah yang kita hadapi sekarang dengan tajuk yang
saya bawa hari ini.

Sebagai contoh kenapa dan mengapa masalah itu timbul,
seperti keluarga berpecah belah, isteri tidak taat
suami, suami yang panas baran, ada ahli keluarga
kahwin lari, ada mengandung anak luar nikah dan seribu
satu macam masalah. Kalau kita hendak bincang isu ini,
satu hari tidak selesai jadi kesimpulannya jawapan
ringkas kepada masalah-masalah tuan-tuan dan puan-puan
semua ke atas email-email yang anda semua minta saya
selesaikan.

Setiap manusia termasuklah diri saya tidak boleh lari
daripada ujian. Samada dia rakyat biasa, atau
keturunan raja, orang bijak atau orang bodoh, orang
miskin ataupun kaya, beriman ataupun tidak beriman
dengan Allah, semuanya pasti diuji oleh Allah swt.

Ujian pula ada berbagai macam bentuknya. Ujian
kesusahan, kemiskinan, kesakitan, ketakutan, bencana
alam dan seribu satu macam lagi bentuk ujian yang
Allah swt datangkan pada kita. Ujian-ujian ini
semuanya menimbulkan masalah pada kita. Sebab itu bila
seseorang itu punya masalah, hakikatnya dia sedang
diuji oleh Allah swt. Bagi orang mukmin ujian adalah
merupakan khabar gembira buat mereka tetapi derita
bagi orang yang sebaliknya. Gembiranya orang mukmin
diuji kerana mereka faham dan yakin bahawa dengan
ujian itu Allah mahu menghapuskan dosa-dosa mereka.
Mereka gembira kerana dosa-dosa mereka akan disapu
bersih oleh Allah melalui sifat redha dan sabar mereka
dalam berhadapan dengan ujian. Dalam Al Quran surah Al
Imran Allah berfirman maksudnya:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga
padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang
berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang
yang sabar.”

Ganjaran bagi mereka yang sabar dengan ujian ini
adalah tidak terkira banyaknya sepertimana firman
Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan
pahala tanpa hisab.”

Allah memberi kita peluang untuk dapatkan pahala sabar
yang tidak terkira banyaknya ini hanya melalui ujian
yang sebenar yang Allah datangkan pada kita. Betapa
pemurahnya Allah! Ujian yang sebentar itu Allah bayar
dengan Syurga yang kekal abadi. Kita tanggung
kesusahan dan penderitaan hanya sekejap sedang
gantinya adalah nikmat yang kekal.

Kalau begitu soalnya mengapa dan kenapa kita tidak
boleh sabar? Atau sengaja tidak mahu sabar? Siapakah
kita hendak berani memberontak dengan Allah?
Keluh-kesah, merungut-rungut, mengadu-ngadu,
gundah-gulana dan merapu-rapu bila diuji oleh Allah.

Mengapa dan kenapa begitu berani kita demonstrasi
dengan Allah sedangkan asal kita adalah dari setitik
air mani yang hanyir. Yang kalau Allah tidak mahu
jadikan kita sebagai manusia sempurna maka cacatlah
kita atau jika Allah tidak mahu jadilah kita maka
tiadalah kita.

Begitulah lemahnya kita dan tidak ada apa pun istimewa
kita ini untuk dilihat oleh Allah melainkan jika kita
bertaqwa di sisi Allah. Firman Allah swt yang
bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah
itu ialah orang yang paling bertaqwa.”

Justeru itu, marilah kita usahakan sungguh-sungguh
agar kita dikurniakan oleh Allah dengan sifat taqwa.
Hingga kita boleh rasa terhibur dengan ujian. Bahkan
rasa bimbang dan risau pula jika Allah tak datangkan
ujian kerana takut-takut itu merupakan kutukan Allah
ke atas kita. Allah kutuk kerana buruknya akhlak kita,
derhakanya kita dan kurang ajarnya kita kepada Allah.

Inilah yang menyebabkan para muqarrobin menangis.
Inilah yang menyebabkan mereka boleh berbuat baik jika
orang berbuat jahat terhadap mereka. Para ahlillah
tidak nampak orang yang menyusahkan mereka, tetapi
yang dia nampak adalah af’al ataupun berbuatan Allah.

Tidak hairanlah jika Hassan Al Basri boleh memberi
hadiah kepada tiap-tiap orang yang mengumpatnya. Bila
ditanya orang, “Kenapa kamu berbuat demikian?”

Dijawabnya, “Allah mahu aku ganjaran Syurga dengan
umpatan mereka. Pahala kebaikan mereka diberikan
padaku dan kejahatan aku mereka ambil, maka salahkah
aku jika kubalas dengan pemberian yang sekecil ini?”

Begitu pandangan tembus orang soleh. Mereka nampak
yang tersirat, bukan hanya yang tersurat. Pandangan
mereka jauh menjangkau ke alam Akhirat, alam yang
tidak nampak dan tidak boleh dilihat, tetapi bagi
mereka, seakan telah dilihat. Allah berikan kepada
mereka hasil dari sifat taqwa mereka. Ini membuktikan
jika kita dapat mencapai tahap taqwa, nantinya Allah
akan kurniakan ilmu pada kita. Ilmu dari Allah
sebagaimana penegasan Allah dalam Al Quran:

“Bertaqwalah nescaya Allah akan mengajar kamu.”

Alhasil, bilamana kita bertaqwa kepada Allah semua
masalah akan selesai. Bila diuji kita akan sabar. Apa
sahaja ketentuan Allah kita akan terima dengan redha.
Nikmat yang Allah kurniakan pada kita akan kita
syukuri dan kemuncak dari itu semua ialah pertolongan
dan bantuan daripada Allah yang tidak putus-putusnya.
Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Allah menjadi pembela orang-orang yang bertaqwa.”



JALAN KELUAR PERMASALAHAN ANAK ZINA

Allah telah menetapkan hukum rotan 100 kali bagi
penzina lelaki dan wanita yang belum berkahwin;
direjam sampai mati bagi penzina lelaki dan wanita
yang sudah berkahwin.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, dan setiap
ketentuan-Nya sangat bertepatan dengan keadaan makhluk
ciptaan-Nya. Bagitu juga ketentuan Allah dalam
menghukum pada penzina. Meskipun kelihatan berat
tetapi hukuman tersebut sangat padan dengan perbuatan
mereka.

Sememangnya hukuman yang berat bagi para penzina dapat
mencegah masyarakat daripada melakukan zina dan secara
tidak langsung ia dapat mencegah kelahiran anak-anak
zina, kerana hukuman tersebut dapat memberi pengajaran
kepada yang melakukannya dan kepada yang
menyaksikannya.

Namun, sekiranya pemerintah melaksanakan hukuman
tersebut hanya semata-mata untuk mengugut maka hasil
yang positif akan gagal dicapai. Zina akan tetap
berterusan berlaku kerana hati mereka tiada rasa takut
terhadap Allah untuk mencegah diri daripada melakukan
perbuatan mungkar. Mereka rasa dapat menyembunyikannya
daripada penglihatan manusia dan penglihatan Allah.
Sekaligus mereka merasa dapat lari daripada hukuman
manusia dan dapat lari daripada hukuman Allah. Nafsu
pula tidak dapat ditundukkan kerana pendedahan aurat
berleluasa di kalangan wanita. Akibatnya ramailah yang
akan dirotan dan direjam kerana suasana sekeliling
sangat mendorong nafsu untuk berbuat jahat.

Lihat saja apa yang berlaku di Arab Saudi.
Undang-undang sahaja tidak dapat mencegah rakyatnya
daripada melakukan kemungkaran. pemakaian purdah hanya
dipatuhi oleh kaum wanitanya apabila berada di dalam
negeri. Apabila kaki melangkah ke luar negara maka
mereka akan membukanya dan menggantikannya dengan
pakaian yang menjolok mata.

Pemerintah Saudi hanya semata-mata mengugut rakyat
dengan hukuman yang berat. Akibatnya, jenayah di Arab
Saudi makin meningkat dari hari ke hari. Sebahagian
kecil pelancung rasa tidak selamat apabila berada di
Arab Saudi termasuk orang-orang yang mengerjakan haji
dan umrah. Kaum wanita takut untuk keluar
berjalan-jalan, meskipun ada muhram di sisi mereka
kerana pernah berlaku perbuatan menculik dan melarikan
kaum wanita. Lebih sulit lagi untuk menjaga
keselamatan wang ringgit, kerana seringkali belaku
kecurian wang, harta yang disimpan dalam tali pinggang
pun dapat dicuri.

Hal ini memperjelaskan bahawa untuk mencegah dari
berlakunya zina dan lahirnya anak zina, bukan hanya
mengugut rakyat dengan hukuman. Setiap individu dalam
masyarakat perlu dididik dengan iman dan taqwa.

Orang Mukmin yang bertaqwa dapat memelihara diri
daripada melakukan mungkar walaupun tanpa diawasi oleh
pegawai-pegawai pencegah maksiat. Bagi mereka cukuplah
Allah sebagai pengawal diri. Hati mereka sentiasa
merasa takut kepada Allah dan sentiasa merasai Allah
memerhati di mana saja mereka berada. Dosa yang kecil
mereka rasakan bagai gunung besar yang menghempap
seperti kisah seorang Sahabat yang telah ternampak
aurat isteri temannya secara tidak sengaja sewaktu
pulang dari musafir. Walaupun perbuatan tersebut tidak
sengaja tetapi Sahabat itu merasai beliau telah
mengkhianati amanat temannya untuk menjaga isterinya.
Beliau merasa telah melakukan dosa yang amat besar,
lalu beliau melarikan diri dari masyarakat dan
bertaubat bersungguh-sungguh.

Tanpa individu-individu mukmin yang bertaqwa, jangn
mimpi untuk melihat wujudnya suasana seperti kisah
Sahabat tadi dan seribu satu macam lagi kisah
peribadi-peribadi yang mulia.

Bahkan perempuan-perempuan yang diamanahkan kepada
mereka yang tidak bertaqwa ini, bukannya dipelihara
keselamatnnya tetapi mereka akan mengambil peluang
untuk memuaskan nafsu. Harapkan pagar, pagar makan
padi.

Untuk mewujudkan suasana yang harmoni tadi, paling
tidak pemimpin dalam sebuah masyarakat atau dalam
sebuah negara mestilah terdiri dari orang yang
bertaqwa dan rakyatnya majoriti terdiri daripada
orang-orang soleh.

Kaedah Rasulullah mencegah kemungkaran sangat baik
dicontohi oleh pemerintah hari ini. Rasulullah sangat
tegas dalam melaksanakan hukuman Allah ke atas
pesalah-pesalah, dan baginda juga sangat
bersungguh-sungguh dalam mendidik masyarakat. Baginda
pernah berkata, sekiranya anaknya Siti Fatimah yang
mencuri nascaya turut dipotong tangannya. Ketegasan
baginda dalam melaksanakan hukuman sangat jelas tetapi
baginda juga sangat gigih mendidik masyarakat dengan
peribadi yang mulia. Firman Allah swt yang maksudnya:

“Tidak Aku utuskan engkau (wahai Muhammada) melainkan
untuk membawa rahmat kepada alam.”

Firman Allah swt lagi:

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang
agung.”

Langkah-langkah perjuangan Rasulullah inilah yang
mesti umat Islam jejaki supaya Islam dapat
diperjuangkan mengikut kaedah yang tepat.

Individu-individu dalam masyarakat yang telah dididik
dengan iman dan taqwa tidak memerlukan lagi
pegawai-pegawai pencegah maksiat kerana sesiapa yang
melakukan kesalahan akan datang menyerah diri seperti
seorang wanita yang datang menyerah diri kepada
Rasulullah untuk dihukum kerana berzina. Rasulullah
tidak terus menghukumnya tetapi menyiasat terlebih
dahulu. Hukuman dijatuhkan setelah wanita tersebut
mengaku di hadapan Rasulullah sebanyak tiga kali..

Hanya dengan menggunakan kaedah kepimpinan dan didikan
Rasulullah saw, masalah zina dan anak zina dapat
diselesaikan.



KENAPA LAHIRNYA ANAK LUAR NIKAH?

Kalau orang sebut, si polan itu anak luar nikah,
terasa satu perasaan malu dan ngeri pada tanggapan si
pendengar. Malu dan ngeri kerana ia satu hal yang
bercanggah dengan norma hidup masyarakat Melayu.

Bagi orang Melayu yang walaupun Islamnya lemah,
memiliki anak luar nikah adalah sesuatu yang hina dan
memalukan. tapi bagi masyarakat Barat, memiliki anak
luar nikah sudah jadi perkara lumrah.

Bahkan di barat, anak-anak luar nikah mendapat
perhatian dan diberi sara hidup. Justeru itu tak
hairan kalau masyarakat Barat lebih suka
bersekedudukan dari kahwin.

Bagaimana boleh lahirnya anak luar nikah? Si anak
tidak pernah minta dilahirkan dalam kedudukan
demikian. Bahkan dia merasa malu dan rendah diri bila
mengetahui dirinya anak luar nikah. Sebab-sebab
lahirnya anak luar nikah ialah:

Kes Zina

Zina ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor.
Antaranya:
1. Pergaulan bebas antara lelaki perempuan.
2. Pendedahan aurat di kalangan wanita, termasuklah
berpakaian yang menjolok mata sehingga merangsang
nafsu lelaki
3. Peranan media massa. Pendedahan filem-filem yang
melakonkan babak percintaan, filem-filem VCD lucah,
adegan ranjang, penampilan artis yang seksi,
iklan-iklan yang mengeksploitasi tubuh-tubuh wanita
juga menjadi rasngsangan untuk penonton meniru apa
yang mereka lihat.

Mangsa Rogol

Perkahwinan Yang Tidak Sah

Ini terjadi disebabkan:
a. Saksi yang fasiq
b. Wali yang tidak sah
Misalnya bapa angkat mewalikan anak angkat atau bapa
yang mewalikan anak zina, sama ada anak itu dari darah
dagingnya atau daripada orang lain.
c. Perkahwinan antara orang islam dengan pasangan yang
bukan Islam. Walaupun ada negara umat Islam yang
mengiktiraf perkahwinan seumpama ini, tetapi ia jelas
tidak sah.

Suami Isteri Yang Tinggal Bersama Selepas Talaq
Pergaulan setelah talaq adalah zina. Dan anak-anak
yang dilahirkan itu anak Haram.

Isteri Yang Curang – Mengandungkan Anak Orang Lain
Walaupun Mempunyai Suami Yang Sah.
Suami mungkin menjadi wali pada si anak kerana tidak
tahu kedudukan yang sebenarnya. Akibatnya seluruh
pergaulan si anak dengan pasangannya selepas kahwin
dikira zina.

Bersededudukan

Terjadi bersekedudukan antara orang Islam dengan bukan
Islam, atau antara Islam dengan Islam, mungkin
disebabkan pengaruh budaya Barat yang menghalalkan
bersekedudukan. Atau mungkin juga kerana tidak dapat
berkahwin kerana tidak mampu menyediakan belanja yang
banyak untuk majlis perkahwinan dan hantaran kahwin
yang tinggi.

Itulah antara sebab-sebab lahirnya anak luar nikah
dalam masyarakat. Biar apapun sebabnya, punca sebenar
ialah kerana jahil tentang agama dan lemahnya iman.

Kejahilan dan lemahnya iman disebabkan ulama-ulama
sudah tidak berperanan dan tidak bersungguh-sungguh
mengajar dan mendidik masyarakat. Undang-undang saja
tidak cukup untuk menghalang manusia daripada
melakukan kesalahan. Denda ke atas pengedar dadah,
hukuman gantung sampai mati, itu pun tidak dapat
menghalang orang daripada terus mengedar dadah, inikan
pula kalau denda zina lebih murah daripada denda buang
sampah.



KERANA ISTERI, SUAMI SAKIT JIWA?

Allah menjadikan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam
untuk menjadi penghibur setia Nabi Adam di dalam
syurga. Siti Kadijah banyak membantu dalam menyuburkan
jiwa dan memberi semangat kepada Rasulullah pada masa
awal Islam mula disebarkan ke tengah masyarakat.
Kewafatan Siti Khadijah dirasakan sebagai kehilangan
besar bagi baginda, sehinggakan tahun kewafatan Siti
Khadijah dinamakan ‘tahun dukacita’. Demikian peranan
isteri sebagai pemulih semangat suami. Bahkan
isterilah satu-satunya tempat berhibur suami yang
dihalalkan oleh Allah..

Lihatlah betapa bahagianya para sahabat dahulu kala;
walaupun letih berjuang tetapi apabila balik ke rumah,
isteri menyambut kepulangan mereka dengan senyum
manis.

Pernah Sayidina Ali yang baru pulang dari medan
pertempuran dan mengharungi padang pasir dengan segala
kepayahan dan keletihan, terasa segar apabila
kepulangannya disambut dengan senyuman oleh siti
Fatimah. Walhal kalau dikaji sejarah kehidupan
Sayidina Ali dan Siti Fatimah merekalah antara
pasangan suami yang paling miskin. Siti Fatimah
seringkali ditinggalkan berbulan-bulan oleh Sayidina
Ali yang sering keluar berjuang. Biasanya dia
ditinggalkan tanpa barang keperluan dapur yang
mencukupi. Namun sedikit pun Siti Fatimah tidak
merungut, apalagi untuk marahkan suaminya. Bahkan
beliau berusaha sendiri menguruskan keperluan
rumahtangganya. Namun anak kesayangan Rasulullah saw
ini, yang tebal iman di hatinya, masih mempu
melemparkan senyuman manis menyambut kepulangan
suaminya.

Para isteri-isteri mestilah memainkan peranan penting
dalam pembentukan jiwa suami. Isteri yang terlalu
banyak membuat masalah kepada suami akan menghalang
tugas seharian suaminya. Bahkan ada kemingkinan suami
mengalami sakit jiwa.

Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih 72%
daripada jumlah pesakit otak terdiri daripada kaum
lelaki. Pakar-pakar perubatan, dalam kajian mereka
mendapati bahawa salah satu punca utama suami sakit
jiwa ialah kerana isterinya terlalu mendesak suami
menyediakan segala bentuk kemewahan walaupun di luar
kemampuan suami. Kepulangan suami dari pejabat atau
dari tempat kerja tidak disambut dengan layanan mesra,
bahkan belum pun sempat suami meletakkan punggung dia
telah diserang dengan pertanyaan demi pertanyaan.
Selagi suami tidak menunaikan permintaannya, selagi
itulah isteri akan mendesak si suami.

Menurut laporan dari Penasihat Persatuan
Pesakit-pesakit Jiwa Pulau Pinang, kebanyakan lelaki
yang sakit jiwa adalah mereka yang sering berhadapan
dengan ragam isteri yang gilakan kemewahan. Tidak
kurang juga yang menderita sakit jiwa kerana isteri
tidak dapat menerima hakikat poligami (bagi yang
berpoligami). Begitulah amat berkesannya jarum yang
dicucuk oleh para isteri sehingga menyebabkan suami
menderita.

Pada umumnya ada dua punca utama suami sakit jiwa.
Pertama, kerana kelemahan suami itu sendiri dan Kedua,
kerana ragam isteri.

Allah telah menetapkan lelaki (suami) sebagai pemimpin
bagi kaum wanita. Sebagai pemimpin, dia berhak membuat
keputusan dan wanita (isteri) mahu tidak mahu mesti
mentaati keputusan itu walaupun bertentangan dengan
kehendaknya. Sekiranya suami tegas mengikut kehendak
syariat di samping berusaha mendidik isteri,
insyaAllah tidak berlaku kes isteri mendesak-desak
suami, apatah lagi mengarah-arahkan suami mengikut
kehendaknya.

Bagi pihak isteri pula, sekiranya dia mengetahui
peranannya yang sebenar, maka tidak mungkin dia akan
queen-control suaminya. Walaupun isteri mempunyai hak
dalam rumahtangga tetapi hak tersebut ada batasnya.

Di antara hak yang wajib isteri laksanakan:

Mentaati perintah suami (yang tidak•
bertentangan dengan syariat).
Sentiasa malu terhadap suami dan•
menghormatkannya.
Diam tatkala suami sedang bercakap.•
Merasa cukup dengan pemberian suami walaupun•
sedikit.
Tidak meminta-minta sesuatu yang di luar•
kemampuan suami termasuk perhiasan atau perabot yang
mahal-mahal.
Sentiasa berhias tatkala berhadapan dengan•
suami.
Tidak keluar rumah tanpa izin suami.•
Menghormati keluarga suami dan kaum•
kerabatnya.
Sentiasa melayan keinginan suami untuk•
bergurau senda.

Demikianlah antara kewajipan isteri, Jika para isteri
dapat melaksanakannya, insyaAllah tidak timbul masalah
yang menyusahkan suami. Sabarnya seorang isteri di
dunia akan Allah gantikan dengan ganjaran pahala dan
balasan syurga di akhirat kelak.

Sekiranya isteri boleh berlebih kurang dengan haknya,
kerana suami tidak mampu menyediakan segala keperluan
rumahtangga, alangkah bahagianya kehidupan mereka.
Isteri yang begini akan merasa cukup dengan pemberian
suaminya malah menghargai sungguh-sungguh segala
pemberian suami. Sehingga dengan itu akan terasalah
oleh suami, isterilah penghibur dan penyubur jiwa. Di
dunia lagi pasangan suami isteri yang begini telah
merasai ‘syurga yang disegerakan’ sebelum menikmati
syurga yang kekal abadi di akhirat kelak, insyaAllah.


POLIGAMI ADAKAH CINTA NAFSU

Sayang suami ialah perasaan (rasa) yang relatif dan
datang secara fitrah; bila seorang itu berkahwin maka
sayanglah ia pada suaminya, walau siapa pun lelaki
itu.

Misalnya, seorang perempuan yang pernah bersuami,
kemudian berpisah hidup (bercerai) atau mati, kemudian
dia kahwin lagi, maka kasihlah ia akan suami barunya.
(tidak dinafikan ingatan pada yang lama tetap ada).
Kalau suaminya bernama A maka A-lah yang dikasihinya.
Tapi taqdirnya suami bernama B, maka B-lah yang
dicintainya.

Cinta suami bukan kerana individu suami, tetapi kerana
nafsunya memang suka pada suami. Ini berbeza dengan
kasih dua ibu bapa pada anak-anak. Sekiranya ditukar
emaknya dengan permaisuri raja sekalipun, nescaya
hatinya tetap pada ibunya yang berada di kampung.
Itulah kasih murni atau cinta fitrah namanya,
sedangkan kasih akan suami adalah cinta nafsu.

Manusia tidak pernah merajuk kalau ibunya beranak
lagi; ertinya seseorang itu tidak bimbang kalau kasih
ibunya berbelah bagi antara adik-beradiknya. Malah
kalau dia kakak, dia akan turut berbangga dengan
kelahiran adiknya, walaupun dia tahu mulai saat itu
kasih ibunya bukan lagi untuknya seorang. begitulah
kasih yang murni atau kasih semulajadi yang tidak
dikaitkan dengan apa-apa kepentingan. Ia membuatkan
seseorang itu rela memberi kebahagiaan kepada orang
yang dikasihinya. tapi rasa cinta yang didorong oleh
nafsu adalah cinta yang tidak suci kerana ada
kepentingan diri. Ia bersalut dengan cemburu dan hasad
dengki yang datang silih berganti. Dia ingin bolot
cinta untuknya sendiri.

Cinta yang semacam itulah kadang-kadangnya
menghancurkan kebahagiaan suami isteri. Khususnya bila
suami berkahwin lagi. Isteri sanggup melakukan apa
saja demi melepaskan rasa marah, benci dan dendam pada
suaminya, walhal itu semua katanya kerana cinta pada
suami.

Mengapa seorang isteri tidak berusaha membuktikan
kasihnya pada suami dengan membenarkannya berkahwin
lagi? kalau dirasakan itu sudah menjadi keperluan
kepada suaminya. Bukankah cinta yang besar perlu
dibuktikan dengan pengorbanan yang besar pula.

Selagi seorang isteri tidak mencintai suaminya dengan
cinta fitrah (bukan cinta nafsu) selama itulah dia
tidak akan membenarkan suaminya berkahwin lagi. Cinta
fitrah inilah yang bersemi dalam hati isteri-isteri
nabi. Dan ia sentiasa mengatasi cinta nafsu di dalam
diri wanita-wanita solehah.

Kiranya seorang isteri terus-menerus gagal untuk
memberikan cinta fitrah (suci) pada suaminya, nescaya
masalah rumahtangga mereka tidak akan selesai. Kerana
cinta nafsu yang dikekalkan itu tidak akan mendorong
seseorang untuk mengutamakan kehendak Allah dan
kehendak suaminya, kecuali pada perkara yang sesuai
dengan nafsunya. Nafsu sifatnya ialah mementingkan
diri sendiri. Sedangkan dalam Islam, orang yang paling
baik ialah yang dapat memberi kebaikan kepada orang
lain, sabda Rasulullah saw:

“ sebaik-baik manusia ialah mereka yang dapat membuat
kebaikan terhadap manusia lain.”

Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. hati
orang yang bertaqwa hanya untuk Allah dan Rasul-Nya,
yang melihat Akhirat lebih utama daripada dunia. maka
dikorbankanlah dunia untuk Akhirat. Dia rela berkorban
demi kehendak Allah dan kehendak suami. Redha dengan
taqdir dan menanti Syurga yang dijanjikan dengan penuh
rindu.

Seorang isteri yang menghalang suami berkahwin, walhal
suaminya perlu berbuat begitu, adalah isteri yang
mementingkan diri kerana terlalu melayan cinta nafsu.
Sebab bila suami sudah ada hati untuk berkahwin lagi,
bermakna suaminya sudah ada keinginan pada perempuan
lain selain isterinya. Kiranya keinginan itu tidak
tertunai, dihalang oleh isteri, suami itu akan mula
liar dan tawar hati dengan isterinya. Dirasakan
isterinya tidak faham jiwanya, tidak membantu
menyelesaikan masalahnya.

Bila hal ini berlaku, hubungan suami isteri mulai
cacat sedikit demi sedikit. Kiranya isteri memahami
malah mendorong hasratnya, maka cintanya akan
bertambah. Suami akan rasa berterima kasih kepada
isterinya. kepercayaan, kasih sayang dan rasa
terhutang budi akan melimpah ruah pada isterinya.
tenteramlah hatinya, dan sekurang-kurangnya dia
berjanji pada dirinya, “Aku tidak akan sia-siakan
pengorbanan isteriku ini.”

Apa dibimbangkan kasih yang akan berbelah bagi, dan
malam yang terpaksa digilirkan? Sebab kalau tanpa
poligami pun belum tentu suami kita mengasihi kita
seratus peratus. Dan tidak ada jaminan yang setiap
malam adalah “malam pengantin” antara kita dengannya.

Takut kekurangan harta atau ekonomi rumahtangga
terjejas? Atau risau diri tidak dipedulikan? Apa
jaminan bahawa tanpa poligami kita kaya, dan akan
selalu dimanjakan? Berapa ramai orang yang tidak
berpoligami pun kucar-kacir rumahtangganya, selalu
berpisah, papa dan terbiar. malah secara kasar,
menurut laporan kadi, kebanyakan kes cerai adalah di
antara suami isteri yang monogami.

Ada yang berkata, “Aku akan halang dia sedaya upaya
agar dia tidak berkahwin lagi. Biar dia derita asal
aku puas. Tidak apa kalau dia simpan perempuan
daripada kahwin lagi.” Cakap ini bukan cakap orang
mukmin.

Membenarkan suami berzina atau simpan perempuan adalah
lebih buruk lagi daripada membenarkan suami berkahwin.
Poligami adalah halal, zina adalah haram. Suami akan
bebas mencari seberapa ramai perempuan untuk dizinai
dan suami akan mencapai kepuasan seks di luar rumah
lebih daripada apa yang diberi oleh isterinya. Dan ini
akan lebih menjejaskan kasih suami pada isterinya.
Cinta nafsu suami habis terlepas di luar.

Suami yang berzina tidak fikir giliran lagi dan dia
bebas untuk balik ke rumah atau tidak balik langsung.
Sedangkan suami yang ada dua isteri akan merasa
tanggungjawab, terkawal serta masih suka menggilirkan
kedua-dua isterinya itu.

Suami yang menikahi isteri-isteri secara halal adalah
lelaki yang bertanggungjawab dan diterima di sisi
masyarakat. Sebaliknya suami yang rela berzina untuk
keseronokan nafsunya, adalah lelaki yang tidak suci,
tiada rasa tanggungjawab, serta tertolak di sisi
masyarakat.

Bernikah mencetuskan rasa kekeluargaan antara
pihak-pihak yang terlibat. Sedangkan berzina,
merenggangkan seseorang dengan keluarganya. anak-anak
akan malu dan kesal kerana ayahnya penzina. tapi kalau
ayahnya berkahwin lagi, dengan diredhai oleh ibunya,
anak akan bangga dan terasa mempunyai ibu yang baru
bersama datuk dan nenek yang baru.

Dengan poligami orang tidak kata lelaki itu jahat.
Isteri yang merelakan suami berkahwin satu lagi akan
disanjung denga kata-kata, “Hebat awak ni! Kerana
mampu berkorban untuk suami hingga begitu sekali.”
Lelaki yang bertanggungjawab terhadap isteri yang
ramai tentu lebih mulia daripada lelaki yang cuma
bertanggungjawab terhadap seorang isteri.

Antara kesusahan berpoligami dan kesusahan bersuami
penzina, kesusahan mana yang lebih parah? Manakah yang
lebih ringan untuk ditanggung oleh para isteri?

Poligami dalam masyarakat hari ini menjadi begitu
buruk kerana ia tidak diamalkan mengikut Sunnah
Rasulullah saw. Suami bersalah, dan isteri
lagi-lagilah bersalah. Walhal kalau ia dilaksanakan
mengikut kaedah syariat yang betul, kebaikannya dan
keindahannya akan lebih terserlah.



SALAH SIAPA WANITA JADI MANGSA LELAKI?

Untuk apakah makhluk wanita diciptakan? Untuk
menjawabnya kita kena lihat sejarah penciptaan Hawa,
ketika Nabi Adam a.s tinggal di syurga, baginda
menyaksikan setiap unggas hidup berpasangan, ada
teman. Sedangkan baginda keseorangan, dari itu
lahirlah keinginan dalam hati Nabi Adam untuk
berteman.

Kemudian Allah jadikan Hawa daripada tulang rusuk kiri
Nabi Adam. Tujuan Hawa diciptakan ialah untuk jadi
teman berhibur untuk Nabi Adam di syurga sebagaimana
firman Allah yang bermaksud:

“Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan
daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa
senang kepadanya.”

Itulah sebenarnya fungsi makluk wanita itu dicipta
iaitu untuk memberi kesenangan pada kaum Adam. Untuk
tujuan itu, Allah cipta khas bentuk fizikal Hawa
berlainan daripada kaum Adam. Supaya antara satu sama
lain saling lengkap-melengkapi. Dan masing-masing ada
tugas mengikut fitrah dan bentuk fizikal yang Allah
jadikan. Walaupun tugas wanita boleh berbagai-bagai
tapi tugas asasi wanita itu diciptakan untuk memenuhi
kehendak lelaki.

Wanita diperlukan oleh lelaki untuk menunaikan
fitrahnya secara biologi. Nafsu kelamin bukanlah satu
perkara kecil. Untuk tujuan itu lelaki sanggup
berhabisan ribuan ringgit untuk berkahwin, bagi
mendapatkan wanita secara halal, sebagai isteri.

Lelaki tidak seperti wanita, lelaki tidak pernah cicir
air liur kalau tidak dapat pakaian indah-indah,
pinggan mangkuk yang mahal, apalagi perhiasan intan
berlian. Orang lelaki tidak tertarik kepada itu semua.
Tetapi apabila bertembung dengan wanita cantik, yang
dedah aurat, manja-manja pula, itu yang boleh buat ada
lelaki yang tidak boleh tidur malam.

Maknanya keinginan lelaki pada wanita lebih besar dari
keinginan wanita terhadap lelaki. Lelaki mudah
terangsang bila melihat wanita seksi yang terdedah
auratnya, sedangkan wanita umumnya tidak mudah
terangsang dengan hanya melihat lelaki walaupun
se-Handsome mana.

Oleh sebab itu wanita diperintahkan oleh Allah untuk
tutup aurat serapi-rapinya. Kerana jika dibenarkan
wanita dedah aurat, inilah yang jadi punca kerosakan
dalam masyarakat. Wanita yang mendedahkan aurat
bermakna dia telah menyediakan diri untuk menjadi
bahan rangsangan pada lelaki.

Lelaki yang tipis imannya, bila sudah terangsang tidak
kira lagi halal atau haram, dosa atau pahala, akan
mencari jalan untuk melepaskan keinginannya pada kaum
Hawa. Jadilah cerita perogolan dan kes zina.

Bolehkah kita hanya letakkan kesalahan pada pihak
lelaki saja jika berlaku kes rogol? Walhal kalaulah
wanita tidak memulakan dulu sudah tentu orang lelaki
masih dapat membendung keinginannya.

Ada yang tidak setuju wanita dipersalahkan dalam kes
rogol. Kononnya wanita yang terlibat jadi mangsa rogol
itu berpakaian sopan, dan katanya lagi bukan wanita
muda saja yang menjadi mangsa rogol, orang tua,
kanak-kanak pun ramai yang terlibat, jadi mangsa
lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Sejauh mana ukuran kesopanan pakaian yang dikatakan
itu? Kalau ikut orang Melayu, pakai baju kurung itu
sopan, baju kebaya pun pakaian sopan. tapi apakah
pakaian yang disebutkan tadi sudah cukup sopan
mengikut kaca mata syariat?

Pakaian yang diiktiraf untuk wanita Mukmin yang boleh
menyelamatkannya dari mata keranjang lelaki ialah
mempunyai ciri-ciri tertentu. Pakaian itu mestilah
dari warna yang gelap, misalnya hitam, kelabu,
cokelat, longgar dan tidak menampakkan bentuk badan.
pakaian itu dapat menutup kecantikan wanita.

Tempat yang paling cantik bagi wanita ialah di
mukanya. Jadi muka kena tutup juga sebab di situlah
kecantikan wanita yang dapat disaksikan dalam keadaan
dia sudah bertudung. Walaupun ada kelonggaran dalam
Mazhab Shafie membenarkan buka muka dan tangan tapi
itu dalam keadaan yang tidak berlaku fitnah.

Sedangkan wanita yang hidup sezaman dengan Rasulullah
yang bebas dari fitnah pun menutup seluruh badannya.
Buktinya dalam ibadah haji kaum wanita disuruh buka
muka dan tangan. Ini menunjukkan di luar ibadah haji
wanita menutup seluruh tubuhnya kecuali mata. kalau
wanita sudah sedia membuka muka dan tangannya perlu
apa diwajibkan untuk wanita buka muka dan tangan
sewaktu haji?

Perintah menutup aurat ini dikuatkan lagi oleh firman
Allah dalam surah Al Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimua,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin,
hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab ke seluruh
tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih
mudah dikenali kerana itu mereka tidak diganggu. Dan
Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Dalam ayat di atas Allah sebutkan pakaian Jilbab iaitu
sejenis pakaian yang longgar dan besar yang menutup
seluruh badan wanita. Dalam ayat di atas juga Allah
katakan tujuan pakaian itu agar wanita itu mudah
dikenali samada dia wanita Mukmin atau kafir.

Yang paling penting pakaian itu dapat menyelamatkan
wanita dari diganggu. Tentulah maksud diganggu itu
luas. Antaranya termasuklah dari gangguan lelaki. jadi
tidak ada sebab wanita akan jadi mangsa lelaki kalau
dia sudah benar-benar mengikut ciri-ciri pakaian yang
diperintahkan oleh Allah kerana Allah sendiri yang
menjamin keselamatannya.

Juga tidak hairanlah kalau wanita yang memakai pakaian
“sopan” ikut selera orang Melayu akan jadi mangsa
gangguan lelaki kerana pakaian kebaya yang dikatakan
sopan itu sangat menampakkan bentuk tubuh badan
wanita. terutamanya bahagian dada. Begitu juga baju
kurung, masih tidak memenuhi ciri-ciri pakaian yang
dikehendaki oleh Islam. melainkan kalau baju kurung
itu dibuat besar, longgar dan dari kain yang berwarna
gelap. Tapi kalau dari kain yang berbunga-bunga, ini
masih termasuk dalam “tabarruj” yakni berhias-hias.

Tentang ada hujah yang mengatakan kanak-kanak
perempuan juga jadi mangsa rogol, walhal kanak-kanak
bukannya pakai pakaian yang menghairahkan. Ini pun
sebenarnya berpunca dari kes yang sama. Kes wanita
dedah aurat. Lelaki sudah terangsang nafsunya mungkin
tidak dapat melepaskan pada wanita yang merangsangnya,
ataupun kadang-kala tidak mudah untuk mendekati
wanita-wanita muda. Kanak-kanak lebih mudah dihampiri
dan diperdayakan. Sebab itu tanpa pilih bulu, tanpa
mengira usia ada lelaki tergamak melakukannya
sekalipun terhadap kanak-kanak.

Saya bukanlah hendak membebaskan lelaki perogol dari
kesalahannya, tetapi kita terpaksa menimbang dari
banyak sudut sebelum kita meletakkan simpati kepada
mangsa rogol. Walaupun mungkin ada sebab-sebab lain
yang mendorong ke arah berlaku kejadian itu.

Sebenarnya kalau manusia lari daripada yang ditetapkan
oleh Allah mereka akan ditimpa kehinaan di dunia dan
di akhirat. Hina di dunia kerana terpaksa
berhabis-habisan untuk beli pakaian yang up-to-date.
Sedangkan fesyen pakaian sentiasa berubah-rubah.
terpaksalah jadi hamba pakaian.

Dan yang paling malang kalau pakaian yang cantik lawa
itu jadi sebab lelaki jatuh hati dan terdorong untuk
berlaku serong terhadap dirinya. Tidak mustahil dia
akan jadi mangsa rogol atau terlibat dengan kes zina
dan akan ditinggalkan. Seperti kata pepatah Melayu,
“Habis madu. sepah dibuang.”

Berapa ramai hari ini wanita yang sedang menanggung
kehinaan ini kerana ditinggalkan oleh lelaki setelah
diri mereka dinodai, melahirkan anak tanpa bapa?

Hina di akhirat kerana dosa dedah aurat dan dosa
kerana jadi sebab untuk orang lelaki buat maksiat
terhadap dirinya. Dosa ini kalau tidak diampun oleh
Allah boleh jadi sebab dia dihumbankan ke neraka. Wal
‘iyazubillah.



SETIAP KERJA BOLEH JADI IBADAH

Allah telah berfirman di dalam Al Quran, surah al
Baqarah ayat 21 yang bermaksud:

“Wahai sekelian manusia, sembahlah tuhanmu yang
telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum
kamu agar kamu bertakwa.”

Seruan ini Allah tujukan kepada semua manusia tidak
kira orang Islam, orang yang beriman, orang yang
durhaka atau pun orang kafir. Pendek kata, setiap
manusia adalah dikehendaki oleh Allah supaya
menyembahNya. Ada pun menyembah Allah itu bererti
mengabdikan diri atau memberi baktinya kepada Allah
swt.

Pengabdian diri ini adalah dikehendaki oleh Allah
secara total dan menyeluruh di dalam setiap aspek
kehidupan manusia itu. Ini berdasarkan firman Allah
swt dalam surah AzZuriat ayat 56 yang bermaksud:

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan
untuk beribadah kepada Aku.”

Dalam ertikata yang lain, setiap jin dan manusia ini
adalah dijadikan khusus untuk beribadah kepada Allah.
Ertinya, apa saja yang dibuat oleh manusia, ia mesti
merupakan ibadahnya atau pengabdiaan dirinya atau amal
baktinya kepada Allah swt. Tidak kiralah samada
usahanya itu berupa usahanya dalam mencari rezeki,
dalam membangunkan rumahtangga, dalam mengatur
pendidikan anak-anak, dirinya atau pun keluarganya,
dalam mengatur pergaulan masyarakat, dalam berekonomi,
berjual beli, dalam berjuang dan berjihad dan dalam
apa saja baik dalam tidur atau makan minum kita
seharian, semuanya mestilah menjadi ibadah kepada
Allah.

Ini jelas Allah gambarkan dalam sepotong firmannya
yang lain dalam surah Ali Imran ayat 191 yang
bermaksud:

“Orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan
duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya
berkata, ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan
ini dengan sia-sia belaka’.”

Jadi, Allah tuntut dari setiap manusia supaya
sentiasa, setiap saat dan ketika memberikan ibadah dan
amal baktinya kepada Allah. Kerana itu, haruslah kita
mengetahui bagaimana kita hendak mengisi setiap usaha
dan ikhtiar kita agar ia menjadi ibadah kita kepada
Allah swt.

Ibadah terbahagi kepada tiga: petama ibadah asas, dan
kedua ialah ibadah furu’ (cabang) yakni amalan-amalan
utama dan yang ketiga ialah ibadah umum.

Ibadah asas ialah ibadah utama dan penting. Termasuk
di dalamnya ialah keenam-enam rukun iman dan
kelima-lima rukun Islam. Hukumnya fardhu ain yakni
tiap-tiap orang wajib menyakini dan beramal dengannya.
Tanpa ibadah asas seseorang itu tidak beriman (kafir).

Ibadah cabang atau ibadah furu’ ialah yang berkaitan
dengan fardhailull ‘amal (amalan utama). Diantaranya
seperti sembahyang dhuha, sembahyang witir, sembahyang
tahajjud, zikir yang tertentu dan lain-lainnya.

Manakala ibadah umum termasuklah semua kegiatan hidup
kita yang kita lakukan setiap hari. Bermula dari kita
mengatur diri, anak isteri rumahtangga, kampung
halaman hinggalah kepada soal-soal pendidikan,
ekonomi, masyarakat, politik, persoalan dalam dan luar
negeri. Kalaulah semua dapat kita aturkan sebagaimana
yang Allah kehendaki maka ia akan jadi ibadah yakni
kita akan diberi pahala. Sebaliknya kalau kita cuai
mengatur hidup kita tidak mengikut syariat, maka
rugilah kita.

Kita hanya dapat pahala dari sembahyang, puasa, zakat,
haji, zikir, wirid (fadhailull a’mal) tapi tidak
pernah mengutip pahala dari amalan-amalan yang lebih
banyak kita buat tiap-tiap hari itu.

Sebenarnya apa saja kerja yang kita lakukan untuk jadi
ibadah, ia mesti menempuh lima syarat. Apabila setiap
kerja kita, yang kita lakukan menepati kehendak
kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai
ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian
diri kita kepada Allah swt. Syarat itu ialah:

Niat mesti betul
Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat
Perlaksanaan mesti betul.
Natijah mesti betul
Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas).

Supaya lebih difahami saya akan buat satu tamsilan
atau ibarat bagaimana sesuatu kerja itu boleh jadi
ibadah. Kalau faham tamsil ini maka ribuan kerja lain
boleh dikiaskan supaya jadi ibadah. Untuk tamsil ini
saya pilih bidang perniagaan sesuai dengan selera
masyarakat kita yang sedang sibuk berjuang untuk
meninggikan taraf ekonomi melalui bidang ini.

Perniagaan itu luas. Jadi saya bincang tentang
berniaga kedai runcit, bagaimana perniagaan itu boleh
jadi ibadah:

Niat berniaga mesti betul. Misalnya hatinya berkata
begini, “Di tempat ini ramai umat Islam, tapi satu pun
tak ada kedai runcit. Ini hal fardhu kifayah. Kalau
tak selesai ertinya semua umat Islam di sini
menanggung dosa. Kalau begitu aku nak buka kedai
runcit.” Itu adalah niat yang betul, yang tidak betul
hatinya berkata, “Aku nak berniaga supaya untung, bila
untung aku nak ek,” Mana boleh niat nak sombong. Itu
niat tak betul.

Perkara yang diniagakan sah atau halal menurut Islam,
seperti gula, garam, asam, kicap dan
keperluan-keperluan lain. Barang-barang yang tidak
boleh jual ialah todi, “anchor beer”, “tiger beer”,
dadah, tiket loteri, rokok dan lain-lain.

Perlaksanaan atau pengendalian kedai hendaklah
dijalankan mengikut syariat. Timbangan mesti betul,
sukatannya pun betul, tidak ada penipuan dan tidak ada
unsur-unsur riba.

Natijah mesti betul. Hasil keuntungan mestilah
disalurkan kepada kehendak syariat. Bila mendapat
untung, cukup haul maka keluarkan zakat. Bantu fakir
miskin, derma masjid dan surau, korban untuk jihad
fisabilillah dan sebagainya. Natijah yang tidak betul
ialah digunakan keuntungan dari perniagaan itu ke meja
judi, ke tempat-tempat disco, kelab-kelab malam, ke
tempat pelesiran dan lain-lain lagi.

Berniaga jangan sampai tidak sembahyang.
Mentang-mentang hendak menegakkan fardhu kifayah,
fardhu ain tak payah. Mana boleh fardhu ain tak payah,
ia lebih utama daripada fardhu kifayah. Ertinya fardhu
ain lebih utama dari fardhu kifayah. Orang yang
berniaga tapi tak sembahyang, tidak akan dapat pahala
apa-apa. Perniagaan yang diaturkan oleh orang-orang
yang tak sembahyang tidak diterima sebagai ibadah di
sisi Allah. Sebaliknya seorang yang berniaga mengikut
syariat dengan menunaikan kelima-lima syarat itu
dianggap ia telah berbakti, beribadah dan mengabdikan
diri ke pada Allah swt.

Kalau sepuluh jam dia berniaga maka sepuluh jam
pulalah dia dalam beribadah, yakni sepuluh jam dia
diberi pahala. Kalaulah ada dalam masa yang sama
seorang lain beriktikaf di masjid, sembahyang sunat,
baca Quran, zikir, wirid, maka di sisi Allah sipeniaga
itu adalah lebih baik daripada orang yang beriktikaf
kerana orang berniaga tidak boleh menyesal atau rasa
bersalah, sebab dia berkedai tidak dapat beriktikaf.
Sebab orang yang di dalam masjid dia beramal untuk
dirinya sedangkan orang yang berkedai itu berkhidmat
untuk orang lain.

Islam memandang mulia kepada orang yang berbuat amal
untuk masyarakat. Sabda baginda yang bermaksud:

“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak
manfaatnya pada manusia.”

Daripada contoh usaha ikhtiar yang menempuh 5 syarat
ini, maka bolehlah kita kiaskan dengan lain-lain
usaha ikhtiar kita, seperti menyusun rumahtangga,
berpendidikan, berpolitik, berjuang dan berjihad dan
lain-lainnya. Di situ nanti kita akan dapat menilai
yang mana kalau seluruhnya tidak menempuh 5 syarat, ia
tidak jadi ibadah.



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Allah menjadikan puasa sebagai benteng bagi para
wali-Nya dan perlindungan bagi mereka daripada tipu
daya syaitan dan angan-angan. Sabda Nabi saw:

“Puasa itu perisai”

Dan sabdanya lagi:

“Puasa itu separuh kesabaran”

Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan.
Kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika
menemui Tuhannya.

Puasa ialah menahan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai daripada
terbit fajar hingga tenggelam matahari. Ia adalah diri
seseorang yang tidak dapat dilihat. Ia adalah amalan
hati yang disertai dengan kesabaran semata-mata. Puasa
adalah suatu penentangan terhadap musuh Allah (nafsu
dan syaitan) yang bergerak melalui keinginan syahwat.

Kewajipan-kewajipan puasa

1. Melihat anak bulan sebagai tanda awal Ramadhan.
Sekiranya tidak nampak, genapkan bulan sya’ban 30
hari.
2. Niat puasa di setiap malam Ramadhan. Contoh niat:
Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan
kerana Allah Taala. Disunatkan berniat untuk
keseluruhannya iaitu di malam pertama. Contohnya niat:
Sahaja aku puasa sekelian bulan Ramadhan kerana Allah
Taala.
3. Menahan diri dari makan minum dan memasukkan
sesuatu melalui rongga-rongga di badan.
4. Menahan dari melakukan persetubuhan pada siang
hari. Kiranya terlupa, ia tidak dianggap telah
berbuka. Puasanya wajib diteruskan.
5. Menahan diri dari mengeluarkan mani dengan sengaja.
6. Menahan diri dari muntah dengan sengaja dan tidak
boleh menelan kahak yang sudah sampai di tengah
mulutnya.

Perkara yang perlu dilakukan apabila batal puasa

1. Berhenti daripada makan minum dan perkara yang
seumpamanya pada baki hari yang masih tinggal – bagi
yang tidak berpuasa atau berbuka tanpa sebab. Juga
setelah nampak anak bulan pada hari syak (30 Sya’ban
sedangkan orang lain tidak berpuasa)
2. Qadha – Kewajipan umum bagi setiap mukalaf yang
telah batal puasanya samada dengan uzur atau tidak
(umpamanya wanita yang datang haid)
3. Kaffarah – Hukuman bagi yang bersetubuh di siang
Ramadhan. Ia termaktub pada tiga hukuman.
Merdekakan seorang hamba.•
Puasa dua bulan berturut-turut.•
Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.•
(Hanya perlu melakukan salah satu dari yang tiga itu
mengikut kemampuan).

4. Mengeluarkan Fidyah – Iaitu mensedekahkan satu hari
yang ditinggalkan dengan satu mud (cupak) gandum atau
beras kepada fakir miskin. Kemudian puasa itu
diqadakan. Begitu juga bagi wanita yang mengandung
atau ibu yang sedang menyusukan anak (dikhuatiri
dengan puasanya akan memudaratkan bayinya) dan kepada
orang tua yang telah uzur kecuali keuzurannya
berterusan, hanya perlu membayar fidyah sahaja.

Sunat-sunat puasa

1. Melewatkan sahur
2. Menyegerakan berbuka (dengan tamar dan air).
3. Banyak bersedekah
4. Bertadarus Al Quran
5. Iktikaf di dalam masjid pada 10 hari terakhir dari
Ramadhan.

Tingkat puasa

1. Puasa Umum – Menahan perut dan kemaluan daripada
perkara-perkara yang membatalkan puasa.
2. Puasa Khusus – Pengekangan seluruh pancaindera
daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.
3. Puasa Khususul-Khusus – Berpuasa dengan menyertakan
semua yang tersebut dan ditambah dengan puasa hati
iaitu membersihkan hati daripada segala cita-cita yang
kotor dan lalai daripada Allah Taala.

Rahsia-rahsia Puasa

1. Mengawal pandangan daripada melihat perkara tercela
yang boleh mengganggu hatinya dari mengingati Allah.
2. Memelihara lidah daripada berkata perkara-perkara
keji.
3. Memelihara pendengaran daripada mendengar
perkara-perkara yang dilarang.
4. Memelihara perut daripada menerima makanan yang
syubahat dan membatalkan puasa.
5. Tidak digalakkan banyak makan di waktu berbuka
sekalipun daripada rezeki yang halal.
6. Hendaklah hati berasa bimbang antara takut dan
harap kerana tidak mengetahui adakah puasanya itu
diterima Allah atau tidak. Sabda Nabi saw:

“Ada orang yang berpuasa tetapi dia tidak memperolehi
apa-apa daripada puasanya itu selain daripada lapar
dan dahaga.”



SYARAT-SYARAT PERCERAIAN

Perceraian adalah satu perkara yang mengikut kehendak
fitrah manusia. Sebab itulah kita tidak boleh
menghalang orang yang hendak bercerai. Dan memang
tidak patut diadakan satu-satu peraturan yang
menghalang orang yang hendak bercerai. Umpamanya,
diadakan hukuman penjara atau denda RM1,000.00 dan
sebagainya kepada seseorang yang bercerai itu. Begitu
juga diadakan undang-undang yang menghendaki seseorang
itu membuat permohonan lebih dahulu kepada pihak-pihak
tertentu sebelum bercerai.

Di dalam Al Quran banyak ayat-ayat yang menceritakan
tentang hal perceraian, tidak ada satu ayat pun yang
Allah berkata melarang perceraian dengan maksud,
“jangan kamu bercerai……” Dan Rasulullah saw juga tidak
melarang orang bercerai malah kata Rasulullah bahawa
bercerai itu halal. Tidak pernah Rasulullah saw
mengatakan bahawa bercerai itu haram.

Di dalam ayat-ayat yang menceritakan tentang
perceraian, Allah swt telah dengan jelasnya mengatur
bagaimana seseorang itu hendak bercerai. Ini
menunjukkan bahawa bercerai itu boleh tetapi hendaklah
mengikut tertib-tertibnya serta kaedah-kaedahnya. Dan
kalau tidak betul cara dan kaedahnya, maka barulah
berdosa.

Walau bagaimana, ada jugalah Rasulullah berkata dengan
maksud, “Perkara halal yang sangat Allah swt benci
ialah talak.” Ertinya, cerai itu tetap halal tetapi
Allah swt benci. Cuma benci yang dimaksudkan oleh
Rasulullah ini bukan pada cerai itu tetapi ada masa
dan ketikanya serta ada sebab-sebabnya.

Ada 5 hukum yang mengawal seseorang yang hendak
bercerai itu. Kalau seseorang itu melanggar
hukum-hukum dan perintah Allah disegi hendak bercerai,
maka patut sekali orang yang hendak bercerai itu
dihukum. Sebab itulah, apabila seseorang itu hendak
bercerai ataupun sudah bercerai, maka hendaklah
disiasat dia baik-baik. Kalau sekiranya di dapati
seorang suami itu menceraikan isterinya dengan tidak
mengikut hukum-hukum syariat, suami itu boleh didenda
atau dihukum dengan hukuman yang berat, tetapi hari
ini tidak berlaku seperti itu.

Adapun 5 hukum yang mengawal perceraian ialah cerai
wajib, sunat, haram, makruh dan cerai harus. Seorang
suami yang melakukan cerai haram ke atas isterinya,
suami itu patut sekali dihukum. Begitu juga suami yang
melakukan cerai makruh, dia juga patut dihukum kerana
Allah swt benci kepada perbuatan makruh. manakala
suami yang melakukan cerai sunat, wajib dan serta
harus, tidak patut sekali di hukum.

Bagaimanakah yang dikatakan haram bercerai? Seorang
suami yang hendak menceraikan isterinya yang masih ada
haidnya iaitu yang pernah disetubuhinya, yang ketika
dia menceraikan isterinya itu, isterinya sedang
kedatangan haid. Atau jatuh haram juga cerai seorang
suami ke atas isterinya, apabila suami itu menceraikan
isterinya tadi setelah suami mendukhul isterinya
sewaktu isterinya telah suci.

Kemudian, bagaimana yang dikatakan cerai makruh?
Seorang isteri itu taat kepada suaminya, sentiasa
memberikan layanan yang baik, isteri sayang kepada
suaminya dan suami pun sayang kepadanya malah
kedua-duanya selalu bergurau-gurau dan
bermesra-mesra.. Tetapi dengan tidak semena-mena,
suami menceraikannya kerana sebab-sebab yang lemah
alasannya. Contoh alasan yang lemah, suami hendak
kahwin lagi satu, suami ceraikan isteri. Adapun cerai
yang semacam inilah yang dikatakan bergoncangnya
‘Arasy. Dan inilah yang dinamakan cerai yang dimurkai
oleh Allah.

Bagaimanakah yang dikatakan cerai harus? Cerai ini
ialah cerai yang kalau dilakukan tidak apa-apa dan
kalau tidak dilakukan pun tidak apa-apa juga. Ertinya,
cerai pun boleh dan tidak cerai pun boleh.

Berlakunya cerai harus boleh jadi dalam banyak
keadaan. Satu contoh yang boleh berlakunya cerai harus
ialah seorang lelaki itu berkahwin dengan seorang
perempuan yang dia tidak pernah lihat rupanya. Dan
tidak langsung kenal kepada perempuan itu, cuma dia
percaya saja kepada orang yang memilihkan jodohnya.
Setelah dia akad dan di waktu malamnya lelaki itu
menghampir isterinya, dia lihat isterinya telalu hodoh
sangat hingga patah hatinya hendak mendekati isterinya
itu. ketika itu, dia diharuskan bercerai.

Begitu juga bagi pihak isteri, dia juga boleh meminta
cerai kalau sekiranya apabila dia telah kahwin, dia
mendapati yang suaminya terlalu hodoh, malas mandi,
bau busuk dan sebagainya. Ini pernah berlaku di zaman
Rasulullah di mana seorang isteri datang mengadu
kepada Rasulullah menceritakan yang suaminya cukup
hodoh, gemok, pendek dan kulitnya hitam. Mukanya juga
begitu buruk. Isteri itu menceritakan kepada
Rasulullah batapa kalau dia tidak fikirkan ajaran
Islam, pasti dia akan ludah muka suaminya itu. “Saya
bimbang sungguh ya Rasulullah, takut-takut saya
durhaka pada suami saya itu.” Kemudian Rasulullah
berkata, “Kamu hendak ceraikah?” Kata perempuan itu,
“Benar ya Rasulullah.” Jawab Rasulullah, Boleh kamu
bercerai.

Jadi, boleh bercerai samada bagi suami atau isteri
kalau berlaku keadaan yang demikian. Kalau berlaku
kepada isteri, dia boleh pergi kepada suaminya dan
pulangkan balik mas kahwin yang diberikannya dahulu
sabagai tanda meminta cerai. Di sini menunjukkan
bahawa isteri juga boleh meminta cerai sepertimana
suami juga boleh menceraikan isterinya. Isteri-isteri
juga ada kuasa cerai di tangannya sepertimana suami
juga ada kuasa cerai di tangannya, bila berlaku
keadaan harus seperti di atas.

Kemudian, bilakah yang dikatakan sunat bercerai. Ini
ialah apabila isteri didapati berkelakuan tidak baik.
Kelakuan yang tidak baik itu ialah, mungkin isteri itu
berkhawat dengan seorang lelaki lain. Ataupun isteri
selalu keluar ke pasar, ke sana sini dan sebagainya
sedangkan suami tidak mengizinkannya. Atau kelakuan
isteri terhadap suaminya selalu berang, kasar dan
tidak tenang. Atau isteri itu durhaka kepada suami. Di
waktu itu, sunat bagi suami menceraikannya iaitu tidak
pula berdosa kalau suami tidak menceraikannya. Tetapi,
kalau suami merasakan hendak mendapat pahala, maka
suami itu boleh menceraikan isterinya itu.

Walau bagaimana pun, isteri-isteri yang telah di
dapati durhaka ataupun nusyuz ini, suami tidak
lekas-lekas menceraikannya. Ada syarat-syarat
bagaimana hendak menceraikan isteri yang telah durhaka
dalam katagori cerai sunat ini. Kalau suami telah
mendapati yang isterinya itu sudah tidak berkelakuan
baik lagi, maka hendaklah dia dinasihat lebih dahulu.
Kalau sekiranya suami tidak boleh menasihatinya, suami
boleh meminta nasihat kadi.

Setelah nasihat diberikan dan didapati masih tidak ada
kesannya, maka isteri itu boleh ditinggalkan. Nabi
pernah meninggalkan isterinya selama 40 hari kerana
isterinya meragam. Tetapi setelah ditinggalkan pun,
masih lagi suami mendapati tidak memberi apa-apa
kesan, suami boleh balik ke rumah dan pukul isterinya.
Cuma pukul yang dibenarkan ialah pukul sebagai memberi
pengajaran, bukan pukul untuk menyiksa atau mendera
isteri. Jangan tampar ke mukanya tetapi hendaklah
gunakan alat seperti rotan yang kalau suami pukul pun,
hanya memberi isteri sakit saja. Kemudian tidak boleh
dipukul hingga berdarah. Kalau dengan memukul itu,
isteri tidak boleh berubah, bolehlah suami memilih
menceraikannya.

Dan akhir sekali, bagaimana yang dikatakan cerai
wajib. Adapun cerai wajib ini boleh berlaku dalam
banyak keadaan. Kadang-kadang ia berlaku berbangkit
dari aduan isteri terhadap suami yang berlaku durhaka
ke atas isteri seperti memukul isteri tanpa sebab atau
suami yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai
suami. Adapun tanggungjawab seorang suami ke atas
isterinya ada 4 iaitu memberi nafkah, memberi tempat
tinggal dan kalau suami mempunyai lebih dari satu
isteri, memberi giliran yang adil. Kalau salah satu
daripada tanggungjawab atau tidak dilaksanakan oleh
suami, isteri boleh mengadu pada kadi. Cuma, isteri
janganlah terus meminta cerai saja kerana ada
tindakan-tindakan yang boleh di ambil terhadap suami
nusyuz atau durhaka.

Umpamanya, kalau suami tidak memberi nafkah kepada
isteri, kalau sabit kesalahannya, maka kadi boleh
memaksa suami memberi nafkah itu atau kadi boleh
merampas hartanya dan menjualkannya dan wangnya boleh
diserahkan kepada isteri atau isteri boleh berhutang
dan kadi boleh memaksa suami membayarnya.

Kalau berlaku lain-lain bentuk kezaliman dari suami ke
atas isteri, isteri boleh mengadu kepada pihak kadi.
Suami tersebut akan dipanggil dan kemudian diberi
nasihat. Setelah suami dipanggil dan suami pula
menafikan segala pengaduan isteri. Suami mengatakan
kepada kadi yang isterinya yang bersalah. Dalam pada
itu pula, isteri juga tetap berkeras mengatakan yang
suaminya yang bersalah. Keadaan ini boleh diselesaikan
dengan kadi melantik seorang ‘sikhah’ untuk
menyiasatnya. Apabila telah disiasat, keputusan yang
tepat tidak juga diperolehi, malah keadaan rumahtangga
tadi semakin meruncing. Ketika itu kadi boleh melantik
satu orang wakil dari kedua belah keluarga iaitu dari
pihak suami dan dari pihak isteri. Mereka ditugaskan
menyiasat dengan teliti, siapakah yang sebenarnya
zalim. Tetapi, setelah disiasat oleh wakil kedua pihak
keluarga, didapati keadaan rumahtangga itu masih juga
tidak tenang, malah bertambah runcing lagi.

Pada masa itu, kadi boleh mengarahkan kuasa memberi
cerai kepada wakil keluarga suami dan isteri
menyerahkan supaya menerima talak kalau sekiranya
dikehendaki tebus talak kepada wakil keluarga isteri.
Inilah yang dinamakan wajib cerai.

Di dalam masalah perceraian yang berlaku antara suami
dan isteri ini, elok jugalah seseorang itu mengetahui
serba sedikit tentang rukun talak. Ia adalah terdiri
dari 5 perkara. Pertama sighat atau lafaz talak. Kedua
mahal atau tempat yang hendak ditalak si isteri.
Ketiga ialah wilayah atau kuasa ke atas isteri.
Keempat ialah kasad atau apa yang diniatkan bagi lafaz
talak itu. Dan kelima ialah suami.

Adapun yang dikatakan sighat atau lafaz tadi ialah
lafaz yang menyatakan perceraian atau perpisahan. Ia
ada dua iaitu pertama lafaz sarih atau lafaz yang
nyata atau terang-terang yang menyebut kalimah talak.
Kedua lafaz kinayah atau lafaz sindiran iaitu menyebut
kalimah cerai atau talak tidak secara terang-terang.

Bagaimanakah boleh jatuh talak pada seorang isteri itu
secara lafaz sarih? Seorang suami berkata kepada
isterinya, “Aku talakkan engkau!” atau “Aku ceraikan
engkau!” atau “Hai orang yang kena talak!” dan
sebagainya. Apabila kalimah ini disebut kepada isteri
samada dalam perkelahian atau pun tidak, maka jatuhlah
talak. Jatuhnya talak dengan menyebut kalimah yang
terang-terang begini, samada suami berniat ataupun
tidak berniat demikian, kedua suami isteri itu sudah
bercerai.

Kadangkala di dalam perkelahian, lafaz talak yang
disebut terang-terang itu berlaku dengan tidak sengaja
sedangkan suami masih sayangkan isterinya. Oleh yang
demikian, kalau sekiranya lafaz talak itu baru kali
pertama atau kali kedua, suami boleh rujuk kembali
kepada isterinya seketika itu juga. Cukuplah dengan
suami tadi melafazkan, “Aku rujuk kembali kepada
engkau” atau “Aku kembali kepada isteriku.” Cuma yang
tidak boleh rujuk kembali ialah apabila berlaku talak
tiga.

Ada setengah orang kata, apabila berlaku talak tiga,
suami boleh rujuk kembali isterinya setelah
dikahwinkan dengan orang lain dan kemudian
diceraikannya dengan jalan “Cinabuta”. Di dalam
syariat Islam, perbuatan merujuk kembali isteri yang
telah ditalak tiga, tidak boleh dengan cara “Cinabuta”
ini, kalau ia amat dilarang. Rasulullah saw sendiri
pernah bersabda:

“Rasulullah saw mengutuk orang-orang yang membuat
Muhlil (Cinabuta) dan begitu juga kepada orang yang
menyuruh membuat Cinabuta itu (suami yang pertama).”

Lafaz kinayah atau lafaz sindiran ialah dengan
menyatakan perceraian atau talak tidak secara
terang-terang. Jatuhnya talak ke atas isteri boleh
jadi samar-samar atau boleh jadi meragukan. Kerana,
lafaz sindiran atau lafaz kinayah ini boleh diertikan
dengan maksud perceraian ikatan perkahwinan ataupun
dengan maksud lain. Katalah seorang suami berkata
kepada isterinya, “Pulanglah engkau ke rumah orang tua
kamu” atau “Engkau boleh hidup bebas” atau “pergilah
engkau dari sini.” Kata-kata sindiran seperti ini
bergantung kepada niat suami mengeluarkan perkataan
tadi. Kalau sekiranya, suami menyuruh isterinya pulang
saja kepada orang tuanya dengan tidak diniatkan untuk
menceraikan isteri, maka tidaklah jatuh talak. Tetapi,
kalau diniatkan hendak bercerai, maka jatuhlah talak.

Jadi, lafaz sindiran atau lafaz kinayah dalam
menjatuhkan talak ini hendaklah diketahui
sungguh-sungguh. Bahayanya adalah amat besar kerana
kalau sabit perceraian antara suami isteri itu, maka
hiduplah keduanya di dalam perhubungan yang tidak
halal. Seluruh zuriat yang dihasilkan adalah zuriat
haram.

Terdapat banyak masalah yang timbul di dalam memahami
lafaz cerai secara kinayah ini. Di antara masalah yang
timbul ialah dalam menentukan samada jatuh atau
tidaknya talak bagi seorang isteri itu dalam
berbagai-bagai keadaan dan situasi tertentu. Katalah
seorang suami mengeluarkan kata-kata, “Aku haramkan
engkau bagi diriku” Atau “Aku haramkan pipi engkau
bagiku” Atau “Aku haramkan tanganmu bagi aku” dan
sebagainya. Apakah dalam keadaan tersebut dengan lafaz
itu, jatuh talak bagi isterinya. Jawapannya, kalau
suami meniatkan untuk menceraikan isterinya, maka
suami hendaklah membayar kifarat. Firman Allah yang
bermaksud:

“Sesungguhnya Allah swt telah mewajibkan kepada kamu
sekelian membebaskan diri dari sumpahmu (iaitu apabila
seseorang bersumpah mengharamkan sesuatu yang halal,
wajiblah dia membebaskan dirinya atas sumpahnya itu
dengan membayar kifarat).”

Jadi suami dan isteri hendaklah tahu benar-benar
tentang kedudukan talak. Kalau tidak tahu dan tidak
pula mahu bertanya kepada kadi dan sebagainya,
ditakuti jika sabit jatuh talak, akibatnya perhubungan
keduanya adalah perhubungan zina.

Kemudian, rukun talak yang kedua ialah mahal iaitu
tempat yang hendak ditalak. Mahal ini tentulah isteri.
Dan isteri itu hendaklah sebenar-benar isterinya,
walaupun isteri itu masih di dalam iddah kerana isteri
yang di dalam iddah adalah di bawah kuasa suami lagi.

Adapun mahal atau tempat yang hendak dijatuhkan talak
iaitu isterinya, ia memberi erti apa saja pada isteri.
Setiap juzuk anggota pada isterinya itu adalah mahal
atau tempat yang hendak ditalak. Oleh itu, kalau
sekiranya suami mengatakan, “Aku talak telinga kamu”
atau “aku talak kaki kamu” dan sebagainya, maka sabit
jatuhnya talak. Kecuali juzuk yang suami sebutkan itu
bukan merupakan sebahagian anggotanya seperti air liur
atau peluhnya.

Rukun talak yang ketiga ialah kuasa di atas isteri
atau yang dikatakan wilayah. Hendaklah isteri itu
milik kepada suami yang mentalak. Kalau bukan milik
suami, maka perempuan itu bukan dikatakan wilayah.
Adapun kuasa talak itu adalah pada isteri yang
dimilikinya, walaupun isteri yang di dalam Iddah.

Rukun talak yang keempat ialah kasad atau niat pada
talak. Maksudnya di sini ialah, lafaz yang digunakan
untuk mentalak isteri adalah dengan niat hendak
menceraikannya. Dalam ertikata yang lain, lafaz yang
diucapkan adalah diniatkan untuk cerai. Niat
menjatuhkan talak isteri ini akan jatuh talaknya
walaupun di dalam bergurau senda. Katalah suami
berkata di dalam majlis bersama kawan-kawannya, “Aku
ceraikan isteri aku”. Hukumnya jatuh talak.

Rukun talak yang kelima ialah syarat pada suami yang
mentalak. Hendaklah suami itu suami yang mukallaf,
yang siuman iaitu tidak mabuk dan tidak gila. Orang
yang tidak siuman akalnya, apabila suami berkata “Aku
ceraikan kamu” kepada isterinya, tidak jatuh talak.

Begitu juga syarat pada suami untuk menceraikan isteri
mestilah bukan kerana dipaksa seperti dipaksa oleh
ayah atau kaum keluarga untuk menceraikan isteri.
Cerai yang dipaksa atau yang digagah, hukumnya tidak
jatuh talak.

Demikianlah lima rukun yang mengawal hukum talak. Ini
hendaklah kita ambil perhatian sungguh-sungguh agar
kita dapat menjadikan panduan di dalam kita bergaul
dengan isteri. Terutama yang mesti kita fahami
benar-benar ialah tentang lafaz dan niat.
Kadang-kadang secara tidak kita sedari, isteri kita
sudah tercerai kerana kurangnya pengetahuan dan
pengertian kita dalam bidang ini. Mudah-mudahan ini
akan menjadi panduan kita untuk membangunkan sebuah
keluarga bahagia yang diredhai oleh Allah swt.



DI MANA HOSPITAL RASULULLAH

Assalammualaikum….

Rasulullah saw adalah pemimpin yang cemerlang dalam
berbagai bidang. Beliau adalah seorang ketua negara
yang bijak bersiasah, seorang mubaligh penuh hikmah,
ketua tentera yang penuh strateji, ahli ibadah yang
kusyuk, zahid yang menawan dunia, pakar menyelesaikan
masalah masyarakat, perancang ekonomi dan sebagainya.
Untuk menggambarkan keunggulan peribadi baginda
melalui tulisan dan kata-kata samalah seperti ingin
menuang air di lautan ke dalam sebuah gelas. Tidak
akan dapat dipaparkan secara teliti dan terperinci!

Kita pernah membaca lembaran sejarah mengenai kaedah
beliau melatih para da’i, ahli ekonomi,
tentera-tentera, ulama, ahli fikir, tetapi jarang kita
membaca beliau melatih doktor dan pakar perubatan.
Kita tahu madrasah didikannya ialah masjid Nabawi
tetapi di manakah letaknya pusat rawatan
pesakit-pesakit di kalangan sahabat? Di manakah
hospital Rasulullah? Dari kacamata pakar masyarakat
dan ahli sosiologi hari ini, mungkin perkara ini
dipandang sebagai satu kelemahan dan kekurangan. Pada
anggapan mereka satu masyarakat yang maju dan
bertamadun mestilah mempunyai ramai para doktor,
jururawat dan bilangan hospital yang banyak. Malah
taraf kesihatan sesebuah negara adalah diukur daripada
kemampuan mereka mengadakan doktor dan membina banyak
hospital. Lebih ramai doktor, lebih tinggilah taraf
kesihatan sesebuah negara. Lebih banyak hospital lebih
tinggilah taraf kemajuan sesebuah negara. Inilah
anggapan mereka.

Anggapan di atas tidaklah tepat. Sebenarnya semakin
ramai doktor dan semakin banyak hospital yang
didirikan menunjukkan semakin ramai orang yang sakit.
Apabila semakin ramai pesakit yang memerlukan rawatan,
ini menunjukkan taraf kesihatan semakin rendah.
Samalah keadaannya dengan semakin banyak penjara yang
didirikan ertinya semakin ramai orang yang jahat.

Rasulullah saw diutuskan oleh Allah swt sebagai
pembawa rahmat bagi seluruh alam. Oleh itu kesakitan
dan kejahatan dengan sendirinya dapat dihadapi dengan
sebaik-baiknya oleh umatnya dengan rahmat yang dibawa
oleh baginda. Ertinya, kedatangan Rasulullah saw
dengan sendirinya dapat mengurangkan bilangan orang
yang sakit dan dapat membaiki kejahatan manusia.
Mungkin ada orang yang akan bertanya, “Adakah
Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya tidak pernah
sakit? “Sudah tentu kita menjawab bahawa sebagai
manusia biasa mereka tidak dapat mengelakkan
sunnatullah yang ditentukan bagi setiap manusia.
Manusia akan selamanya ditimpa kesakitan, kesusahan,
bencana alam dan kematian yang merupakan sunnatullah
yang tidak dapat diubah-ubah dan ditukar-ganti. Jadi
bagaimana Rasulullah saw mengubat penyakit? Dan kenapa
baginda tidak membina hospital?

Inilah keistimewaan Rasulullah saw. Beliau boleh
mengubat penyakit yang dihidapi oleh umatnya ketika
itu tanpa sibuk-sibuk membuka hospital dan
bersusah-payah melatih doktor-doktor. Tatapi ini bukan
bererti baliau tidak mengambil perhatian tantang
penyakit. Rasulullah saw bersabda”

“Berubatlah wahai hamba Allah. Sesungguhnya Allah
menciptakan penyakit dan juga ubatnya.”

Sabda baginda lagi:

“Setiap penyakit ada ubatnya, diketahui oleh orang
yang berilmu, tidak diketahui oleh orang yang tidak
berilmu, kecuali tua dan mati.”

Melalui dua hadis ini jelaslah bahawa Rasulullah saw
mempunyai kaedah yang tersendiri untuk mengubat dan
mengawal penyakit. Pendirian Rasulullah saw di bidang
perubatan dapat dilihat sewaktu Hatib bin Batlaah
(seorang sahabat) telah diutuskan menemui Muqauqis
Maharaja Mesir. Utusan Rasulullah yang membawa risalah
Islam itu telah disambut baik dan sebagai balasannya,
Maharaja Mesir telah mengirim hadiah balas kepada
Rasulullah saw. Hadiah itu merupakan beberapa orang
wanita cantik, di antaranya ialah Mariatul Qibtiah,
seorang doktor yang bijak mengubat penyakit dan
bentuk-bentuk hadiah yang lain. Rasulullah saw
menerima semua hadiah daripada Maharaja itu kecuali
doktor yang dikembalikan semula, lantas baginda
bersabda:

“Kami adalah umat yang makan hanya apabila lapar dan
berhenti sebelum kami kenyang.”

Inilah rahsia perubatan Rasulullah saw. Makan hanya
apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang yang
merupakan langkah yang paling berkesan untuk mencegah
dan mengawal penyakit sebelum diserang. Jelaslah
Rasulullah saw telah mendahului pakar-pakar perubatan
dalam mengamalkan prinsip iaitu mencegah adalah lebih
baik dari mengubat.

Sabda Rasulullah saw ini diamalkan oleh baginda
sendiri dan para sahabat. Dengan amalan ini mereka
manjadi individu yang sihat dan mampu memikul beban
perjuangan yang berat. Dari badan yang sihat inilah
mereka dapat membina kecerdasan akal yang sangat
penting untuk bertindak, berfikir dan merancang demi
masa depan Islam. Akal yang cerdas lahir daripada
badan yang sihat. Sebab itu Rasulullah saw sendiri
pernah bersabda:

“orang Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai
Allah daripada Mukmin yang lemah.”

Rasulullah saw juga bersabda:

“Berpuasalah kamu nescaya kamu menjadi sihat.”

Punca segala penyakit ialah daripada makan yang tidak
diatur mengikut syariat dan terlalu berlebih-lebihan.
Dengan berpantang dan berpuasa kesihatan dapat dikawal
kerana perut dapat dijaga dari menerima terlalu banyak
makanan dan makan makanan yang tidak sesuai.

Inilah salah satu hikmahnya mengapa Allah swt
mewajibkan kita berpuasa di bulan Ramadhan dan
berpuasa sunat paling kurang dua kali seminggu di
bulan-bulan lain. Kesilapan kita hari ini apabila tiba
pada waktu berbuka, seolah-olah melepaskan dendam pula
dengan makanan yang beranika jenis, dengan lauk
pauknya serta kueh dan lain-lain lagi. Hikmah dari
berpuasa itu tadi sudah hilang berkatnya.

Menurut Islam, makanan yang sedikit adalah berfaedah
untuk kesihatan tubuh badan dan mencegah penyakit.
Punca penyakit ialah banyak makan dan apabila berlaku
percampuran sisa-sisa makanan di dalam perut dan
urat-urat. Kenyataan ini sebenarnya turut dibuktikan
oleh pakar-pakar perubatan moden hari ini. Penyakit
berlebihan makanan adalah pembunuh utama manusia zaman
sains dan teknologi. Makanan yang tidak seimbang
samada berlebih protin, lemak, kaborhidrat dan
lain-lain dalam tubuh badan manusia, menyebabkan
berbagai-bagai penyakit seperti lemah jangtung, darah
tinggi, kencing manis, barah dan lain-lain. Sering
saya dan rakan-rakan doktor yang lain menasihatkan
pesakit, “Kurangkan makan gula” “Kurangkan makan yang
berlemak dan berkrim.” “Jangan makan daging kerang
terlalu banyak.” Sedangkan Rasulullah saw telah
berpesan kepada umatnya jauh lebih lama dengan
sabdanya:

“Perut yang berisi makanan adalah punca penyakit,
berpantang itu ialah ubat. Biasakanlah setiap jasmani
dengan apa yang telah menjadi kebiasaannya.”

Perkataan Rasulullah saw ini ternyata benar dan telah
dicedok oleh pakar perubatan masa kini dalam mencegah
penyakit.

Dunia hari ini meletakkan kebuluran sebagai masalah
utama kerana ia telah membunuh jutaan manusia dari
tahun ke tahun. Namun sebenarnya, makan berlebihan,
lebih banyak membunuh manusia dari kebuluran. Di
negara-negara kaya yang maju, penyakit lemah jantung,
darah tinggi, kencing manis dan berbagai-bagai jenis,
merupakan punca kematian yang paling lumrah dan
berlaku setiap masa dan ketika. Ini bererti lebih
ramai orang yang mati akibat banyak makan daripada
yang kurang makan. Sepatutnya kita merasa kasihan
kepada orang yang mati akibat terlalu banyak makan
kerana mereka sebenarnya menganiayai diri mereka
sendiri. Sedangkan orang yang mati kebuluran merupakan
ujian Allah yang mempunyai hikmah tersembunyi dalam
mendidik manusia agar ingat kepada-Nya. Dengan
kata-kata yang lain, orang yang banyak makan
sebenarnya menzalimi dirinya sendiri.

Kesihatan amat penting kepada seseorang muslim kerana
sekiranya sakit, ini menghalangnya daripada beribadah
dan menggugat ketenteraman hati dalam berzikir dan
berfikir. Sebab itu berlapar dengan berpuasa adalah
kunci utama yang digalakkan melakukannya demi mendapat
tubuh badan yang sihat. Oleh kerana itu Islam telah
mewajibkan berpuasa di bulan Ramadhan yang salah satu
daripada hikmahnya ialah untuk menjaga kesihatan.
Puasa sunat digalakkan dengan janji dan ganjaran yang
tinggi di sisi Allah. Semakin banyak puasa yang
diamalkan oleh sesuatu umat itu semakin kuatlah
semangat dan kegigihan dalam perjuangan. Selagi Islam
didukung oleh individu-individu yang banyak berpuasa,
selagi itulah ia akan kuat dan berdaulat. Kelemahan
umat Islam kini ialah kerana mereka cuai berpuasa yang
wajib apalagi untuk mengamalkan puasa sunat.

Sementara itu membangunkan institusi perubatan secara
berjemaah adalah termasuk bidang fardhu kifayah yang
mesti dipikul bersama oleh umat Islam. Namun ini
tidaklah bererti apa-apa jika umat Islam lebih
mementingkan pengubatan setelah diserang penyakit
daripada bertindak mencegahnya sebelum diserang.

Walau bagaimana, penyakit tidak dapat dielakkan dari
menimpa manusia walaupun ia telah berpuasa, makan
hanya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang dan
mengamalkan sunnah Raulullah saw yang lainnya. Di
dalam setiap penyakit yang ditimpa pada manusia ada
rahmat atau bala bergantung kepada bagaimana pengidap
menghadapinya. Nabi Muhammad saw bersabda:

“Bila seorang hamba jatuh sakit, Allah swt mengutuskan
dua Malaikat. Telitilah apa yang dikatakan oleh
pesakit itu kepada pengunjungnya! Kalau ia memuji
Allah dan menyanjung-Nya dengan baik, maka kedua
Malaikat itupun berdoa untuknya. Kalau ia mengeluh dan
berbicara yang buruk-buruk, kedua malaikat itupun
mengucapkan: Semoga begitulah ia jadinya!”

Menurut Islam, penyakit mempunyai banyak hikmah yang
mengandungi kebaikan. Dengannya seorang hamba akan
dikurniakan pahala sabar yang tidak mungkin dicapai
oleh orang yang sentiasa sihat. Nabi Muhammad saw
bersabda:

“Bila Allah swt mengasihi seorang hamba, lalu ia
diuji-Nya. Bila si hamba bersabar ia menjadi orang
yang istimewa pada pandangan-Nya. Bila ia bersikap
redha ia menjadi orang pilihan-Nya.”

Oleh kerana itulah ada di antara para Nabi, para
sahabat Rasulullah dan para waliullah suka bila
ditimpa penyakit kerana dengan itu mereka memperolehi
pahala sabar. Mereka ini selalu menyembunyikan
penyakitnya daripada pengetahuan umum dan juga kepada
tabib. Penyakit itu dideritainya dengan rasa redha
kepada ketetapan Allah, dengan penuh kesedaran bahawa
ingatannya kepada Maha Besar (Allah) lebih menguasai
hatinya yang tidak boleh digangu oleh sebarang
penyakit kerana penyakit hanya menghalang anggotanya
bukan hatinya!

Apabila zaid bin Tsabit mendengar rasulullah saw
bersabda: “Demam sehari menjadi kifarat dosa setahun,”
beliau pun berdoa kepada Allah agar selalu demam.
Adalah diriwayatkan beliau (Zaid bin Tsabit) sentiasa
tidak berpisah dengan demam sehinggalah akhir
hayatnya.

Namun janganlah disalah-ertikan bahawa penyakit yang
dihadapi oleh para sahabat menghalang mereka daripada
beribadah dan berjuang di jalan Allah. Sayidina Ali
Karamallahuwajhah membuka benteng Khaibar (peperangan
dengan orang Yahudi) ketika matanya sakit, Saad bin
Abi Waqqas menunggang kuda menuju medan pertempuran
dengan tentera Parsi ketika punggungnya ditumbuhi
bisul-bisul, Abu Ayub Al Ansari yang sakit tenat
diusung ke medan perang sehingga jenazahnya
dikebumikan di tepi benteng kota Konstantinopel, Amar
bin Jamuh menuju medan Uhud dengan kakinya yang
pincang dan ramai lagi para sahabat yang sanggup
meneruskan perjuangan walaupun fizikalnya sakit.

Sakit juga dapat menanam rasa kehambaan terhadap Allah
swt. Ini adalah sifat yang terpuji. Seorang manusia
yang banyak berdosa tetapi mempunyai rasa kehambaan
adalah lebih baik daripada seorang manusia yang banyak
beribadah tetapi diiringi oleh rasa takbur dan
sombong. Rasa sakit dapat mengingatkan seorang kepada
Allah swt. Ia kembali berdoa dn berharap serta
menyerah diri kepada Penciptanya. Sebaliknya seorang
individu yang sentiasa sihat akan terdorong untuk
lalai dan derhaka kepada Allah swt. Firman Allah swt
yang bermaksud:

“Sesungguhnya manusia akan derhaka bila dirasanya ia
sanggup berdikari.”

Seorang ahli sufi pernah berkata, “Firaun tergamak
berkata, “Dakulah Tuhan kamu yang Maha Tinggi,
“kerana ia sentiasa sihat dan kuat. Empat ratus tahun
lamanya ia tidak pernah sakit walaupun sekadar demam,
sakit kepala atau tersalah urat. Kalaulah ia
ditakdirkan demam agak sehari, tentu hal itu akan
merintangi dirinya dari bercakap besar apalagi untuk
mengaku dirinya sebagai Tuhan!

Atas dasar itulah, para solehin zaman dahulu merasa
kurang senang bila setahun telah berlalu sedang mereka
tidak pernah diuji dengan sakit. Mereka itulah yang
berkata, “orang Mukmin tidak sunyi dari kejutan dan
cubaan setiap empat puluh hari.”

Walaupun dasar perubatan Rasulullah saw ialah mencegah
lebih baik dari mengubat tetapi ini tidaklah bererti
Rasulullah saw tidak mempunyai kaedah untuk mengatasi
penyakit yang telah dihidapi oleh seseorang. Kepada
Sayidina Ali yang sedang sakit mata, Rasulullah saw
bersabda, “jangan makan kurma yang masih muda,
makanlah Siliq (sejenis sayur yang telah dimasak
dengan tepung gandum). “Untuk menjaga peredaran darah
baginda bersabda, “Berbekamlah pada 17, 19 dan 21
haribulan, agar darah kamu tidak melimpah berlebihan
dan membinasakan.”

Pernah beberapa orang sahabat singgah di sebuah
kampung dalam satu perjalanan. Kebetulan ketua kampung
tersebut sedang sakit dan anak buahnya meminta
pertolongan mereka untuk mengubatinya. Salah seorang
sahabat Rasulullah bangkit dan menuju kepada ketua
kampung itu. Sahabat-sahabat yang lain hairan kerana
mereka tahu bahawa sahabat mereka itu bukanlah seorang
tabib. Setelah beliau membaca sesuatu, ketua kampung
itupun sembuh. Mereka pelik dan bertanya. “Apakah
engkau ini tukang jampi?”

Beliau menjawab, “Aku hanya membaca Ummul kitab (Al
Fatihah).”

Peristiwa ini disampaikan kepada Rasulullah saw,
lantas baginda bersabda, “Siapa tahu bahawa surah itu
(Al Fatihah) adalah ubat?”

Peristiwa inilah yang menyebabkan para ulama besar
berpendapat bahawa ayat-ayat Al Quran boleh dijadikan
penawar kepada penyakit-penyakit. Ini berdasarkan
firman Allah:

“Dan Kami turunkan dari Al Quran sesuatu yang menjadi
ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan
bagi orang yang zalim tetap bertambah rugi.”

Pendapat ini kemudiannya dibenarkan oleh pengalaman
hidup seharian. Banyak penyakit yang telah berjaya
disembuhkan hanya dengan doa-doa, ayat Quran dan
selawat. Ini disebabkan di dalam ayat-ayat Quran
terkandung rasa tauhid, penyerahan diri, sanjungan,
pujian terhadap Allah swt. Sesungguhnya nama-nama
Allah yang baik-baik (Asmaul Husna) dapat
menghilangkan segala kejelekan dan mendatangkan segala
kebaikan.

Angkara kederhakaan manusia telah menimbulkan banyak
penyakit yang tidak terdengar apalagi dialami oleh
generasi salafussoleh. Penyakit siplis, gonnorhea,
AIDS dan bermacam-macam lagi penyakit kelamin adalah
kehinaan yang ditimpakan oleh Allah swt kepada pelaku
kemungkaran dan iktibar kepada orang yang beriman.
Tidak ada gunanya kita memerah otak mencari penawar
selagi manusia tetap tidak mahu tunduk kepada
undang-undang Allah. Oleh sebab itulah tidak pernah
kita dengar ubat atau penawar dari Rasulullah untuk
penyakit ini kecuali sepotong ayat Al Quran yang
pendek berbunyi, “Janganlah kamu hampiri zina!”

Penyakit tidak pernah menghalang manusia untuk terus
beribadah sepertimana ia juga tidak pernah menghalang
manusia untuk terus melakukan kemungkaran. Ia dapat
dijadikan peringatan bagi orang yang mahu berfikir
sementara orang yang degil akan terus dengan
kedegilannya. Rasulullah saw diutuskan untuk mendidik
manusia agar mempunyai kekuatan jiwa, kecerdasan akal
dan kesihatan badan. Dengan ketiga-tiga kekuatan ini
mereka bangkit memperjuangkan Islam yang akhirnya
menjadi “Super power” di atas muka bumi. Namun tidak
pernah kita mendengar mereka membina hospital. Jika
hati kecil kita bertanya, “Dimanakah hospital
Rasulullah?”

Jawapannya, “Pada setiap diri yang mengamalkan
Sunnah!”



PERUBATAN DALAM ISLAM

Setiap manusia yang berada di muka bumi ini tidak
terlepas dari ditimpa ujian dan kesakitan. Ujian tetap
menimpa samada dia suka atau tidak, samada dia seorang
ahli ibadah atau tidak, samada dia berjaga-jaga atau
tidak, samada dia seorang Mukmin atau kafir, samada
dia seorang Mukmin yang bertaqwa atau Mukmin yang
‘asi.

Ada tiga tujuan utama kenapa dan mengapa Allah
timpakan penyakit pada seseorang itu:

Untuk Penghapusan Dosa, Rahmat Dan Peningkatan Darjat

Sakit bukan sahaja menjadi bala tetapi juga rahmat dan
kasih sayang Allah pada kita. Kalau kita berzikir,
beristigfar, sembahyang dan sebagainya, belum tentu
Allah terima amal tersebut. Oleh sebab itu sakit dan
ujian yang ditimpakan, kalau dia berdosa, itu adalah
penghapusan dosa. Kiranya dia tidak berdosa, itu akan
jadi darjat atau pangkat untuknya di Akhirat kelak.

Penginsafan

Cara inilah Allah hendak insafkan seseorang itu.
Selama ini apabila dengar kuliah agama, baca buku atau
risalah agama tak boleh sedarkannya. Nak tunjuk ajar
dan nasihat, dia marah. Tapi apabila ditimpa sakit,
itulah didikan Allah padanya. Itulah “Rotan” Allah.

Sebab itu ada sesetengah orang, dia insaf sewaktu
ditimpa sakit. Insaf itu rahmat Allah. Dia sedar dan
insaf bahawa hakikat sakitnya adalah kerana
dosa-dosanya. “Aku ada dosa ni. Mudah-mudahan Allah
ampun dosa aku.” Dia sabar dan redha dengan ketentuan
Allah itu. Kalau mati pada waktu itu, insyaAllah dia
mati dalam keadaan baik.

Di dunia lagi dia sudah diazab, sebelum di Akhirat.
Kalau dia insaf, itulah rahmat untuknya. Macam kita
pukul anak kerana main tepi kolam. Kita takut dia
lemas. Kita pukul sikit. Bukan pukul membinasakan tapi
pukul kerana sayangkan dia.

Kutukan Allah

Apabila Allah sudah marah atau kutuk pada seseorang
itu, maka di azab-Nya di dunia lagi sebelum di
Akhirat. Biasanya kalau ada hubungan dengan kutukan
Allah, susah hendak baik (sembuh). Kadangkalanya mati
pun dalam keadaan terhina. Biasanya tanda orang
semacam ini, apabila ditimpa sakit, samada sudah
sembuh atau sedang sakit, dia akan bertambah jahat.
Bertambah lupa dengan Allah. Sakitnya membawa iman
semakin rosak. Syariat juga semakin longgar.
Barangkali dari sembahyang, jadi tak sembahyang.
Kalaupun dia sembahyang, dia cuai dan lalai. Atau
mungkin dia bertambah mengarut dan mencarut tidak
tentu arah. Itulah kutukan Allah padanya. Kebanyakan
kategori golongan ini, mereka mati dalam keadaan
terhina.

Doktor Islam

Setiap doktor Islam, ia mestilah seorang yang warak
dan bertaqwa. Sebelum mengubat seseorang pesakit, dia
mesti pastikan biodata atau letarbelakang pesakit itu
terlebih dahulu. Apa punca-punca sebenar penyakitnya
itu. Adakah sakit itu disebabkan oleh:

1. Kerana Allah sayang atau
2. Kerana Allah marah (kutuk), atau
3. Kerana Allah nak insafkan dia.

Maknanya doktor dalam Islam adalah bukan sebarangan
doktor. Begitu juga dengan pesakit. Sebab itu orang
yang sangat soleh (saleh) atau orang yang mempunyai
ketaqwaan yang tinggi, dia tidak mahu berubat. Dia
rasa beruntung bila dapat sakit. Samada itu merupakan
penghapusan dosa atau peningkatan darjat. Dia inginkan
pahala percuma dari Allah.

Sakit itu pahala percuma, anugerah Tuhan tanpa kita
berbuat apa-apa amal ibadah. Itu lebih selamat
daripada kita berbuat amalan-amalan yang lain. Apabila
kita sembahyang, puasa, berdakwah kemana-mana;
kadang-kadang riyak, megah, ujub menyerang kita. Tapi
bila sakit mana nak rasa megah, riyak dan sebagainya.
Adakah kita akan kata, “Aku rasa bangga dapat sakit
ini”. Tak ada. Tak ada orang yang rasa bangga bila
mendapat sakit.

Ada beberapa penyakit yang sukar hendak disembuhkan
walaupun pada zahirnya dia sudah diberi ubat. Kecuali
dia sungguh-sungguh bertaubat dan meminta maaf.
Sesetengah penyakit zahir, ia adalah luahan daripada
penyakit batin. Penyakit zahir ini tidak akan sembuh
selagi penyakit batin ini tidak diubati terlebih
dahulu. Sebab itu seorang doktor Islam, hendaklah
faham mengapa dan kenapa seseorang itu ditimpa sakit.
Adakah sakit itu semata-mata penyakit zahir ataupun
luahan daripada penyakit batin.

Ada beberapa sebab atau punca mengapa sesuatu penyakit
itu sukar disembuhkan:

1. Derhaka pada kedua ibu bapa, guru atau mencabar
Allah.
2. Mencacatkan orang Allah
3. Akibat zalim pada makhluk Allah.

Sifat Derhaka

Katakanlah doktor sudah tahu apa penyakit si pesakit.
Katakan dia derhaka kepada mak ayah atau guru dan
sebagainya. Kalau ada penyakit ini, maka payah hendak
disembuhkan. Boleh diberi ubat, tapi tunggulah sampai
mati, dia takkan sembuh. Kecuali dia insaf, pergi
minta maaf dan bertaubat sungguh-sungguh.

Atau sesetengah orang itu dia sepak Al Quran, memaki
Allah dan sebagainya. Kemudian dia jatuh sakit. Itu
juga payah nak disembuhkan. Itu sakit dikutuk.

Sebab itu bila seseorang itu hendak berubat, dia
serahkan dirinya pada doktor. Itu sebabnya mengapa
doktor itu mesti seorang yang bertaqwa dan faham
tentang Islam. Jadi kalau seseorang itu sakit kerana
derhaka kepada ibu bapa atau guru, doktor yang
taqwanya kuat, akan dapat mengesannya. Maka disuruh
sahaja dia pergi meminta maaf. InsyaAllah selesai.
Selagi dia tak selesai, insyaAllah dia takkan sembuh.
Kalau ibubapa dan gurunya masih hidup lagi,
alhamdulillah. Tapi kalau sudah mati, lagi susahlah
hendak disembuhkan.

Cacatkan Orang Allah

Mencacatkan orang-orang Allah terutamanya ulama (guru)
yang bertaqwa. Rasulullah saw bersabda:

“Daging para ulama itu racun. Barangsiapa yang
memakannya nescaya ia binasa.”

Bukan semua ulama tapi ulama yang amilin. Siapa yang
mengata atau mengeji para ulama amilin, kalau dia
tidak betul-betul taubat, kalau mati nanti mungkin dia
akan terhijab untuk mati dalam iman. Ramai orang yang
tidak sedar dalam hal ini. Kesalahan tanpa sedar.
Manalah dia terfikir sebab itu yang boleh mencacatkan
dirinya. Sebab itu bila dia sakit ataupun sudah sembuh
tapi hidupnya sudah tidak menentu. Pergi sana orang
benci. Dengan anak isteri pun bergaduh. Kadang-kadang
hidup merempat. Kalaulah sudah derhaka pada
orang-orang Allah, kiranya dia masih hidup, pesakit
itu sedar pula akan kesalahannya, senang sikit untuk
meminta maaf. Tetapi kalau sudah mati? Cuma yang
boleh, selalu hadiahkan bacaan Al Fatihah, Qulhuwallah
dan lain-lain amalan bakti padanya.

Akibat Zalim Pada Makhluk Allah

Pernah seorang lelaki telah berbelas tahun kena
penyakit. Macam-macam doktor pakar dia pergi. Kemudian
dia pergi kepada seorang doktor Islam. Doktor itu
tanya, “Apa yang kamu buat di rumah atau ada bela itu
atau ini?”

Dia pun cerita, ada bela ikan dalam balang dan
burung-burung dalam sangkar.

“Ini yang menyiksa kamu. Kamu bela ikan dan burung
dalam benda kecil. Mereka tidak bebas. Azab makhluk
Tuhan, patutlah Allah azab kamu. Cuba awak lepaskan.”

Dia lepas, kemudian kejap saja dia sembuh. Orang yang
zalim, di dunia lagi dia akan dibalas kezaliman yang
dibuatnya.

Asas Setiap Ubat; Bangunkan Jiwa

Kadang-kadang sakit ini ada hubungan dengan jiwa. Dia
tidak boleh diganggu jiwanya. Dia tak boleh kena uji.
Mungkin dengan ragam isteri, suami atau orang kata,
dia tak tahan. Kadang-kadang kesan daripada jiwa
selalu bergolak, memberi kesan kepada fizikal. Sebab
itu kadang-kadang apabila doktor periksa, pada
zahirnya tidak ada sakit. Tapi dirinya terasa ada
sakit. Ada memberi kesan pada dirinya seperti terasa
sakit, letih, tak lalu makan, kurus atau apa-apa saja.

Jadi kalau doktor yang faham, akan menanya:

“Apa masalah kamu?”
“Bila ada masalah, apa yang kamu rasa”
“oh, jiwa tak kuat.”

Padahal bagi orang lain, perkara itu kecil saja. Tidak
ada apa benda. Tetapi pada dia, oleh kerana jiwanya
tidak kuat, ia boleh memberi effect pada fizikal.

Oleh itu kalau ada doktor yang bertaqwa, pesakit
seumpama ini perlu dikuatkan dengan jiwa tauhid. Kena
bangunkan jiwanya. Cerita bahawa Allah itu ada, Allah
berkuasa. Beri juga ubat, tetapi beri kekuatan tauhid
itu asasnya. Ubat itu hanya sampingan saja tapi bukan
asas. Bangunkan jiwa itu asas. Ubat itu sampingan.
Kena juga diberi ubat, sebab ada kesan pada fizikal.
Tapi puncanya, jiwa atau fikiran tidak tenang, perlu
diutamakan.

Allah swt berfirman yang maksudnya:

“mengingati Allah itu menenangkan jiwa (hati).”

Jadi orang yang tidak kuat hubungan dengan Allah swt,
jiwanya tidak kuat. Itu sebabnya ia memberi kesan
kepada fizikal.



BAGAIMANA PUASA YANG DINILAI OLEH ALLAH?

Hikmah-hikmah puasa hanya boleh dirasai oleh orang
berpuasa yang benar-banar mengikut syarat lahir dan
batin. Tidak semua ibadah puasa kita lakukan boleh
mendatangkan kepada seseorang itu hikmah-hikmah yang
besar. Kalau begitu puasa bagaimanakah yang boleh
memperolehi ganjaran yang besar? Atau puasa yang macam
mana diterima oleh Allah swt?

Di dalam kitab-kitab karangan ulama besar kususnya di
kalangan ulama bermazhab Shafie dan termasuk Hujjatul
Islam Al Imam Ghazali di dalam kitabnya, “Ihya
Ulumuddin” membahagikan ibadah puasa itu kepada tiga
kategori.

1. Puasa Umum – ialah puasa orang awam atau puasa
orang ramai. Dalam pengertian yang lain puasa umum ini
ialah puasa bagi orang Mukmin yang derhaka kepada
Allah swt. Orang yang berpuasa peringkat ini adalah
tersangat mudah.

Mengapa dikatakan begitu? Kerana orang yang berpuasa
peringkat ini dia boleh menahan makan dan minum dan
boleh menahan syahwatnya dari melakukan persetubuhan
dengan isterinya tetapi matanya masih lagi mata
keranjang. telinganya masih lagi melakukan maksiat,
kakinya masih menghalakan ke tempat-tempat maksiat.

Hanya menahan makan dan minum serta syahwat adalah
satu yang mudah tetapi menahan pancaindera yang tujuh
adalah satu yang sukar dan perkara ini belum dapat dia
lakukan.

Ertinya, orang yang berpuasa peringkat ini lahirnya
belum dapat berpuasa betapalah batin lagi payah untuk
berpuasa. Batinnya iaitu hati masih riak, ujub,
sombong, takabur, cinta dunia, bakhil dan seumpamanya.

Orang yang berpuasa demikian, tidak memberi kesan pada
jiwanya. Bila jiwanya tidak memberi kesan dengan
ibadah puasa yang dikerjakan maka jauh sekali untuk
mendapatkan hikmah-hikmah orang yang berpuasa. Dan
yang paling malang sekali puasa peringkat ini Allah
swt tidak dapat menerima sebagai ibadah kepada-Nya.

Justeru itu hendaklah kita berusaha dan memelihara
sungguh-sungguh ibadah puasa yang kita kerjakan dengan
mempertingkatkan mujahadah atau latihan jiwa hingga
kita dapat bepuasa yang diterima oleh Allah.

2. Puasa Khusus – iaitu puasa yang disertakan dengan
mengekang pancaindera yang tujuh dari melakukan
perkara-perkara yang haram atau dosa. Puasa seperti
ini dikatakan juga sebagai puasa golongan “Abrar”, “Al
muflihun’ dan “Al faizun”.

Orang yang berpuasa seperti ini dapat berpuasa dari
segala yang diperintah Allah kecuali menahan hatinya
daripada menginhgat hal-hal dunia yang halal dan yang
harus.

Ertinya, dia tidak makan, tidak minum serta tidak
mendekati isterinya di siang hari. Dia juga dapat
memelihara pancainderanya dari melakukan maksiat. Dan
juga dia memelihara hatinya dari riak, ujub, takabur,
gila puji, gila harta dan lain-lain. Cuma yang dia
tidak boleh ialah mengelakkan hatinya daripada
mengingat dunia yang halal dan yang harus baginya.

Saya bawa misal iaitu dia masih teingat kepada
isterinya dan dia juga teringat kepada makanan sewaktu
berbuka nanti, hidangan-hidangan, juadah-juadah dan
sebagainya. Orang yang berpuasa peringkat ini masih
ada rasa untuk makan makanan yang sedap-sedap.
Perbuatan mereka yang mengingat perkara-perkara yang
dibolehkan itu dikatakan “Khilaful aula” iaitu
menyalahi yang utama.

Ianya tidaklah termasuk kepada perkara dosa tetapi ia
kurang baik dan kurang utama. Bagi orang muqarrobin
atau dipanggil golongn orang hampir kepada Allah,
perbuatan seperti itu dianggap sebagai satu kejahatan.
Walaupun sebagai satu kejahatan. Walaupun perbuatan
seperti itu tidak mendatangkan pahala tetapi mereka
menganggapkan orang yang berbuat demikian sebagai
orang yang lalai.

Namun begitu, berpuasa peringkat ini puasanya telah
dapat dinilai oleh Allah swt dan berpuasa peringkat
ini sedikit sebanyak boleh memberi kesan yang baik
terhadap peribadinya. Maka itu, kita mestilah berusaha
setidak-tidaknya berpuasa di peringkat orang soleh
yang dengan berpuasa boleh mendapatkan
hikmah-hikmahnya.

3. Puasa Khususul-Khusus – Iaitu puasa golongan
muqarrobin. Mereka berpuasa dari segala yang lahir dan
batin hinggakan berpuasa dari mengingati dunia yang
harus. hati mereka sepanjang masa, setiap ketika hanya
mengingati Allah. Hati mereka tenggelam lahir dan
batin di dalam memuja dan memuji Allah swt. Ini adalah
puasa para Rasul, Nabi, para aulia Allah. Tentu sekali
kita tidak akan dapat mencapai peringkat ini.

Inilah tiga peringkat orang yang berpuasa dan kita
sekurang-kurangnya mestilah berusaha mendapatkan puasa
peringkat kedua iaitu puasa orang soleh. Apa yang kita
dapat alam masyarakat hari ini, ada orang yang alim
pun puasanya masih bertaraf puasa orang awam. Dan
kealiman seseorang itu bukan menjadi ukuran tetapi
puasa itu dinilai dan diterima oleh Allah swt adalah
terletak pada ketaqwaan kepada Allah swt.

Sehubungan itu pula hendaklah kita ambil kira apakah
puasa di bulan Ramadhan itu telah dapat membentuk diri
kita menjadi manusia yang taat kepada perintah agama
atau sebaliknya? Ini amat perlu dikoreksi kerana orang
yang benar berpuasa di bulan Ramadhan sedikit sebanyak
perubahan pada peribadinya bertambah meningkat selepas
di bulan Ramadhan. Ertinya puasa itu telah memberi
kesan yang baik terhadap jiwa dan peribadinya.

Sebaliknya pula, kalau peribadi seseorang itu tidak
berubah selepas menjalani ibadah puasa di bulan
Ramadhan, maka ini menunjukkan latihan puasanya itu
tidak memberi kesan dan ibadah puasanya juga belum
dinilai oleh Allah swt.




ORANG YANG TIDK SANGGUP MENEGUR TENTANG KEBENARAN
ADALAH YAHUDI

Allah telah berfirman di dalam Al Quran Surah Al
Baqarah ayat 174 yang maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang telah menyembunyikan
apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah iaitu Al
Kitab dan menjualnya dengan harga yang murah, mereka
itu sebenarnya tidak memakan ke dalam perut mereka
melainkan api neraka.”

Ayat ini pada mulanya Allah turunkan untuk
memperjelaskan kepada Rasulullah akan sikap
pendita-pendita Yahudi yang telah menyembunyikan
sebahagian dari isi Al Kitab yang ada di tangan
mereka. Perkara yang mereka sembunyikan itu ialah
mengenai sifat-sifat Rasulullah, kedatangan beliau
sebagai Rasul dan pemimpin yang terakhir bagi semua
manusia termasuk orang-orang Yahudi juga, ajaran yang
dibawanya, siapa pengikut-pengikutnya, keturunannya,
di mana hijrahnya, di mana wafatnya dan sebagainya.

Orang-orang Yahudi terutama penditanya tidak mahu
menceritakan perkara ini kepada orang ramai kerana
mereka takut akan hilang pengaruh kepimpinan mereka
kepada kaum mereka dan juga kepada orang-orang Arab
yang selama ini mempercayai ulama-ulama Yahudi dan
menganggap mereka sebagai tempat rujuk.

Kalau ulama-ulama Yahudi menceritakan tentang siapakah
Nabi Muhammad serta ajaran yang dibawanya, nanti
mereka tidak akan menerima lagi sanjungan dan
penghormatan yang diberikan oleh orang-orang Arab
Mekah dan Madinah kepada mereka. Mereka tidak akan
dapat lagi menerima hadiah-hadiah serta
persembahan-persembahan yang biasa diberikan selama
ini. Mereka tidak akan dapat lagi menguasai masyarakat
Arab terutamanya di bidang ekonomi. Lantaran mereka
akan diketepikan bukan saja oleh orang-orang Arab,
malah bangsa mereka pun kelak akan berpaling kepada
kepimpinan Nabi Muhamad.

Atas dasar untuk mempertahankan dan mengekalkan
kehormatan dan sanjungan serta
keistimewaan-keistimewaan inilah maka apa saja yang
ada hubungan dengan Nabi Muhammad yang diceritakan
oleh Allah di dalam kitab orang-orang Yahudi itu,
ulama-ulama mereka sembunyikan. Dan kerana sikap
mereka yang demikian itu, maka Allah turunkan ayat ini
kepada Rasulullah bagi ditujukan kepada orang-orang
Yahudi terutama kepada pendita-pendita mereka.

Walau bahaimanapun kalau diperhatikan
kehendak-kehendak ayat ini, ia bukan kususiah
ditujukan kepada orang-orang Yahudi saja tetapi adalah
ditujukan kepada siapa saja yang bersikap menyorok dan
menyembunyikan kebenaran dari Allah swt yang telah
diceritakan di dalam Al Quran. Ertinya, kalau kita
bersikap seperti orang Yahudi yang menyembunyikan
kebenaran yang ada di dalam kitab-kitab mereka, maka
kita juga akan digolongkan oleh Allah swt sebagai
orang Yahudi. Dan kita akan menerima nasib sepertimana
nasib orang-orang Yahudi.

Umpamanya, kalau kita sebagai seorang ayah atau ibu
tetapi tidak mahu memberitahu kepada anak-anak kita
tentang kebenaran, tentang hukum hakam Allah yang ada
di dalam Al Quran, tentang perintah-perintah suruh dan
perintah-perintah larang dari Allah, kerana kita
takut, nanti kalau kita beritahu mereka, mereka tidak
hormat lagi kepada kita.

Kalau selama ini mereka telah memberi kita bantuan
wang ringgit tiap-tiap bulan, ada yang RM100 atau
RM200 sebulan, nanti kalau diberitahu tentang
kesalahan-kesalahan mereka, takut-takut mereka merajuk
dan akan memotong bantuan itu. Sebab itu, apa saja
yang mereka lakukan seperti mendedah aurat, bergaul
bebas, kepit-kepit girlfriend dan bawa balik ke rumah,
berpoya-poya, tidak mahu sembahyang, tidak mahu puasa,
balik lewat malam serta dengan mulut berbau arak dan
lain-lain maksiat, kita biarkan saja. Kita hanya kata
dia dah besar, tahulah dia fikir diri sendiri.

Sebenarnya sikap kita itu samalah seperti orang-orang
Yahudi yang cuba hendak menyembunyikan kebenaran yang
ada di dalam kitab mereka kerana takut hilang
kehormatan dan keistimewaan-keistimewaan hidup.

Kemudian, kalau kita seorang guru misalnya, tetapi
kita tidak sanggup menegur dan memberi nasihat kepada
anak-anak murid kita tentang kebenaran yang ada di
dalam Al Quran serta hukum hakam dan sebagainya,
kerana kalau kita beritahu semua itu kepada mereka,
nanti mereka tidak hormat lagi kepada kita atau nanti
mereka pulaukan kita hingga menyebabkan kita hilang
pengaruh serta murid-murid kita berkurang. Sebab itu,
apa saja yang mereka lakukan, kita diamkan saja. kalau
mereka bergaul bebas, mereka membuat maksiat dan
sebagainya, kita diamkan saja. Sikap kita itu samalah
seperti sikap orang-orang Yahudi.

Begitu jugalah bagi seorang pemimpin sebuah masyarakat
atau kaum atau kumpulan atau pemimpin negara
sekalipun, kalau sekiranya dia tidak mahu memberi
teguran kepada pengikut-pengikutnya tentang
kebenaran-kebenaran yang ada di dalam Al Quran kerana
takut hilang pengaruh serta takut pengikut-pengikut
lari darinya, maka sikapnya itu samalah seperti
orang-orang Yahudi dan Allah akan golongkan dia ke
dalam golongan orang-orang Yahudi.

Lebih-lebih lagilah kalau seseorang itu orang alim
ulama yang tahu tentang ilmunya tetapi tidak mahu
menyampaikan dan tidak mahu menasihati rakyat dan juga
pembesar-pembesar serta pemimpin-pemimpin, tidak mahu
menegur dan menasihati perbuatan-perbuatan maksiat
serta perlanggaran hukum hakam Allah di kalangan
mereka kerana takut kalau-kalau tidak naik pangkat
atau takut dibuang kerja atau takut tidak dihormati
masyarakat dan orang-orang atas, maka keadaanya adalah
lebih parah. Di dalam matan Zubat ada disebut betapa,
orang-orang alim yang tahu tentang ilmunya tetapi
tidak mahu beramal dengan ilmunya serta tidak mahu
menyampaikan ilmunya itu, maka dia lebih dahulu diazab
di dalam neraka daripada penyembah-penyembah berhala.

Oleh itu para alim ulama, lebih-lebih lagilah
dikehendaki berterus terang dalam menceritakan
kebenaran, menceritakan hukum hakam Allah dan
lain-lainnya yang ada di dalam Al Quran. Tetapi, kalau
mereka hendak menyembunyikan serta menyorokkan
kebenaran itu maka senasiblah mereka dengan
orang-orang Yahudi.

Apakah nasib yang diterima oleh orang-orang Yahudi,
akibat dari sikap mereka yang keji dan kotor itu?
Mereka menerima penghinaan dari Allah. Kata Allah,
mereka telah menjual kebenaran itu dengan harga yang
sangat murah dan mereka itu sebenarnya memakan ke
dalam perut mereka api neraka.

Walau bagaimanapun dalam kita hendak menegur kebenaran
atau memberi nasihat itu bukan cara hentam menghentam
atau kutuk mengutuk ataupun berdemonstrasi sepertimana
yang banyak berlaku hari ini. Teguran atau nasihat itu
hendaklah diberi secara penuh hikmah sepertimana pesan
Allah swt kepada Nabi Musa.

Orang-orang Yahudi itu telah menyembunyikan kebenaran
kerana hendakkan mata benda dunia serta keistimewaan
hidup sedangkan mata benda dunia serta keistimewaan
hidup yang mereka terima itu kalau dibandingkan dengan
nikmat-nikmat Allah di dalam syurga, adalah amat
rendah nilainya. Mata benda dunia serta keistimewaan
hidup yang mereka terima di dunia ini, hanyalah
sementara saja sedangkan nikmat-nikmat Allah di
akhirat adalah kekal abadi. Tetapi orang-orang Yahudi
lebih utamakan keistimewaan dunia ini daripada
ganjaran-ganjaran pahala serta nikmat-nikmat Allah di
akhirat.

Padahal keistimewaan-keistimewaan dunia yang mereka
harapkan itupun sebenarnya mereka tidak dapat. Mereka
menyorokkan kebenaran dengan harapan mereka untung di
dunia dan bagi mereka kalau pun rugi di akhirat,
tidaklah mereka hirau sangat kerana akhirat itu masih
jauh, kata mereka. Tetapi yang sebenarnya mereka rugi
di dunia dan rugi di akhirat. Di dunia mereka rugi,
kerana Allah dedahkan sikap jahat dan kotor mereka itu
kepada Rasulullah melalui Al Quran. Akibatnya,
kehormatan dan keistimewaan yang mereka harap-harapkan
itu tidak mereka perolehi kerana umat Arab tidak
mempercayai mereka lagi. Orang ramai akhirnya sedar
tentang perbuatan pendita-pendita Yahudi yang
menyembunyikan kebenaran itu dan terus memulau mereka
hingga pengaruh mereka hilang. Kekuasaan mereka
terhadap masyarakat Arab hilang dan akhirnya mereka
terpaksa golong tikar bantal, keluar dari Kota Madinah
dan Mekah.

Begitulah juga yang akan menimpa kepada diri kita,
kalau kita juga bersikap hendak menyembunyikan
kebenaran kerana hendakkan untung yang sedikit di
dunia ini, hendakkan mata benda dari anak-anak atau
hendakkan pengaruh dari pengikut-pengikut atau
hendakkan pangkat atau gaji besar dan sebagainya.
Akibatnya kita akan rugi di dunia dan rugi di akhirat.
Rugi di dunia kerana sikap kita itu, lambat laun akan
Allah dedahkan juga hingga akan diketahui orang.
Akhirnya orang tidak akan percaya kepada kita lagi,
malah akan mengutuk kita dengan berbagai penghinaan.
Penghormatan yang kita harapkan telah hancur berkecai
malah penghinaan yang kita terima. Dan di akhirat kita
akan rugi kerana setiap apa yang kita terima di dunia
ini samada wang ringgit yang kita perolehi,
penghormatan, darjat dan pangkat yang kita perolehi,
makan minum serta keistimewaan-keistimewaan hidup yang
kita terima, semua itu adalah merupakan api neraka
yang kita telan ke dalam perut kita.

Zahirnya sahaja seperti nasi yang kita makan, air yang
kita minum, kuih muih, lauk pauk dan buah-buahan serta
sayur-sayur yang kita telan. Tetapi sebenarnya semua
itu adalah api neraka yang kita makan ke dalam perut
kita. Kata Allah yang bermaksud:

“Mereka itu sebenarnya tidak memakan ke dalam perut
mereka melainkan api neraka.”



JANGAN MENGGADAIKAN HUKUM ALLAH

Umat Islam hari ini menjadikan ayat-ayat Allah sebagai
bahan dagangan yang sangat murah. Bahkan kadang-kadang
ayat-ayat itu dibuang tanpa ada harga sedikitpun.
Mereka meletakkan ayat-ayat Allah bagitu rendah
sekali, seolah-olah kata-kata Allah itu adalah
perkataan-perkataan yang tiada erti, kurang faedah,
tidak betul malah kata-kata kosong yang elok masuk
bakul sampah.

Sedikit sekali umat Islam ini yang menjunjung tinggi
ayat-ayat Allah, menjadi pegangan hidup dan diletakkan
sebagai cita-cita perjuangan yang rela ditebus dengan
darah dan nyawanya. Tapi mereka ini dianggap orang
bodoh, orang ketinggalan zaman dan orang-orang yang
anti kemajuan, anti pembangunan. Maka usaha-usaha
mereka ditentang habis-habisan.

Umat Islam hari ini tidak percaya bahawa ayat-ayat
Allah adalah undang-undang penyelamat hidup masyarakat
manusia dunia dan akhirat. Sebagai gantinya mereka
yakin pada undang-undang barat atau undang-undang
Jepun atau lain-lain peraturan hasil fikiran manusia,
sebagai cara hidup yang boleh membawa dunia pada
kebahagiaan dan kejayaan yang diharap-harapkan. Maka
mereka halakan pandangan ke barat, timur, utara dan
selatan dan entah mana-mana lagi. Maka terbiarkah
ayat-ayat Allah dilelong-lelong dengan harga yang
murah sekali bahkan tidak berharga. Allah swt telah
berfirman yang maksudnya:

“Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga
yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan
menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu
adalah orang-orang kafir.”

Ramai orang menganggap perbuatan menjual ayat-ayat
Allah dengan harga yang sedikit ini ialah
menyembahyangkan jenazah untuk dapat upah beberapa
ringgit dari keluarga si mati. Amalan ini memang
berlaku di kalangan masyarakat kita. Lepas sembahyang,
maka mereka diberi beberapa ringgit seorang sebagai
upah sembahyang jenazah. Hingga perkara ini sudah jadi
tradisi masyarakat. Iaitu mampu atau tidak mampu
keluarga simati, kena juga sediakan duit untuk
orang-orang yang sembahyang jenazah. Begitulah dahsyat
dan kejamnya perbuatan mereka. Kata-kata Allah atau
suruhan Allah digunakan untuk kepentingan duniawi.
Maka di akhirat dia tidak akan dapat apa-apa lagi
melainkan api neraka.

Menutup aurat, membataskan pergaulan lelaki perempuan
adalah termasuk ayat-ayat Allah yang sangat tinggi
nilai dan merupakan perintah yang besar dan penting di
sisi Allah. Tapi berapa ramaikah yang mengambil berat
dengan hal ini? Umum umat Islam di seluruh dunia,
tidak pedulikan langsung kata-kata Allah itu.

Mereka sindir-sindir, ketawakan, anggap kolot,
ketinggalan zaman dan konon geli untuk pakai tudung,
memalukan dan macam-macam sangka buruk. Termasuklah
mereka orang yang menjual ayat Allah dengan harga yang
sedikit. Nanti di akhirat tentu mereka akan dapat
hadiah dari Allah. Waktu itu tentu tidak malu, tidak
kolot dan tidak geli lagi untuk dibakar oleh api
neraka.

Membaca Al Quranul Karim adalah perintah Allah.
Merupakan amalan mulia dan suci di sisi Allah. Siapa
melakukan dengan ikhlas maka mulialah orang itu, sebab
Al Quran akan mengajar dan mendidik pembacanya menjadi
seorang yang bertaqwa, berakhlak mulia, berkasih
sayang, cinta akhirat, jujur, amanah dan lain-lain
kemuliaan.

Orang begini akan bahagia hidup di dunia dan di
akhirat. Tapi sekiranya Al Quran dibaca untuk dapat
nama dan piala, maka jadilah amalan mulia ini sebagai
amalan keji. Termasuklah orang ini orang yang menjual
ayat dengan harga yang sedikit. Dan dia bukan dapat
pahala lagi tetapi nerakalah tempatnya,
waliyazubillah.

Menjadi raja, menteri, wakil rakyat, kadi, mufti,
imam, bilal adalah kerja-kerja mulia yang kalau
dilakukan dengan ikhlas benar-benar kerana Allah,
jadilah kerja itu ibadah kepada Allah swt selaku
perintah fardhu kifayah. Dan kalaulah para pemimpin
dan para ulama ini bekerja betul-betul ikut landasan
syariat, InsyaAllah masyarakat di dunia hari ini
tidaklah jadi seperti sekarang. Di mana umat Islam di
dunia terus menerus bersandar nasib kepada bangsa
lain, perpecahan dan krisis menjadi-jadi, maksiat
tidak terkawal lagi, jurang kaya miskin ketara sekali,
hidup nafsi-nafsi dan saling berdengki. Isteri-isteri
tidak taat, anak-anak derhaka, suami tidak
bertanggungjawab, ibu bapa cuai dan pemuda
berpoya-poya, pemudi tidak bermaruah. Tiada siap yang
senang dengan keadaan ini tapi tiada siapa pun yang
boleh menyelesaikannya kecuali kalau payung kepimpinan
berkembang menaungi rakyat dengan adil dan saksama
serta obor pendidik para ulama bercahaya kembali
menerangi kegelapan hati-hati umat.

Bila payung berkembang dan obor terpasang, maka
manusia bagaikan berada di bawah naungan cahaya yang
penuh rahmat, yang menjadi dunia ini benar-benar aman
dan makmur serta mendapat keampunan Allah. Tidak
seperti hari ini slogan negara aman dan makmur hanya
tinggal pada tulisan dan laungan sedangkan realiti
masyarakat kita telah hancur berkecai, menunggu saat
untuk masuk neraka.

Sebab pemimpin-pemimpin hari ini memimpin bukan kerana
Allah dan tidak juga mengikut politik pimpinan yang
dikehendaki oleh Allah. Yakni suatu pimpinan yang
membawa manusia hidup berkasih sayang, bekerjasama dan
bertolong bantu. Sebaliknya mereka jadi kepimpinan
suatu perdagangan untuk dapat untung peribadi
sebanyak-banyaknya. Manakala jual beli itu sendiri
penuh tipu daya yang jahat dan kotor sekali. Kerana
hendak ambil hati para pengundi, jangan sentuh hal-hal
yang mereka tidak suka seperti soal tidak sembahyang,
dedah aurat, makan riba.

Para ulama-ulama pula mengisi bidang-bidang kerja
mereka, bukan untuk menyambung tugas para ambiya dan
auliya, tapi turut ghairah dengan kerja-kerja
sekularis dan kapitalis. Yakni menjadikan Al Quran dan
Hadis sebagai tukaran untuk dapat sesuap nasi pagi dan
petang.

Hukum Allah mereka gadai untuk cari gaji. Pernah saya
bertanya seorang mufti, kenapa kesalahan-kesalahan
berkhalwat lelaki perempuan dihukum denda dengan wang
ringgit tidak mengikut hukum Allah swt, maka dia
menjawab, saya terpaksa jaga periuk nasi. Bagitu taraf
taqwa yang ada pada para ulama akhir zaman – taqwa
periuk nasi. Maaf kalau ada yang terasa, bukan tujuan
saya hendak menghina tetapi untuk menyedarkan. Tugas
mendidik umat dengan iman dan Islam telah dipandang
kecil dan tidak penting, Yang penting cari gaji, cari
jawatan, cari makan. Walaupun nanti terpaksa mengunyah
pohon zaqum di dalam kawah api neraka.

Walhal tugas selaku ulama adalah amanah Allah.
Seolah-olah dikatakan padanya, “Dididiklah umat ini
hingga mereka kenal Tuhannya dan mengikut perintah
Allah serta meninggalkan larangan-Nya.” Tapi mereka
para ulama seolah-olah menjawab, “Kami sibuk dengan
kerja makan gaji ini. Tidak cukup masa untuk buat
kerja itu, sedangkan kerja itu bukannya ada gaji dan
kedudukan istimewa.”

Mereka yakin dengan rezeki dari kerajaan daripada
ganjaran yang Allah janjikan. Mereka terlupa bahawa
Rasulullah pernah ditawarkan emas sebesar bukit Uhud
dan Allah boleh beri lebih dari itu kalau dia hendak.
Cuma orang-orang soleh, mereka menolak kekayaan di
dunia demi menanti syurga di akhirat. Sedangkan
ulama-ulama hari ini menjual amanah Allah dengan harga
lebih kurang RM 1,000.00 atau lebih sedikit sebulan.

Maka termasuklah di antara pemimpin dan ulama hari ini
dalam senarai orang yang menjual ayat Allah dengan
harga yang sedikit. Nanti di akhirat pasti ada hadiah
setimpal dari Allah swt.

Melayan suami, menjaga anak dan menjaga maruah diri
adalah perintah-perintah Allah pada wanita. Mana-mana
wanita yang boleh buat semua ini kerana taat pada
Allah, maka Allah tunggu mereka di akhirat dengan
membuka semua pintu-pintu syurga. Dan mereka boleh
masuk dari pintu mana saja yang mereka kehendaki. Tapi
berapa orang saja wanita yang solehah, yang relakan
diri untuk melakukan apa yang Allah swt suruh itu?
Ramai wanita hari ini derhaka dengan Allah. Mereka
tukar perintah Allah dengan perintah boss yang memberi
gaji RM500.00 sebulan atau lebih sedikit dari itu.

Pada mereka ayat Allah itu harganya tidak sampai
RM500.00 sebulan, sebab itu mereka lebih suka pada
kerja yang gajinya RM500.00 lebih. Bagitu rendahnya
harga agama Allah dan Rasul itu pada mereka. Dahsyat
dan kejamnya hati mereka. Sedangkan Allahlah yang
memberi nafas setiap detik hidup ini. Kalaulah Allah
swt tarik balik nikmat nafas itu selesailah riwayat
hidup di dunia ini. Gaji RM500.00 itu pun berpindahlah
pada orang lain. Dan mereka akan pergi ke hadrat Allah
dalam keadaan derhaka. Nerakalah tempatnya.

Sepatutnya perintah Allahlah yang mesti diutamakan.
Allah yang menanggung rezeki. Allah boleh buat apa
saja untuk kita. Boss pejabat, ibu bapa atau suami
yang tidak faham Islam itu, apa sajalah budinya pada
kita dibandingkan dengan apa yang telah Allah berikan
pada kita? Sedangkan diri mereka pun berada dalam
pengawasan Allah, bila-bila masa boleh diapa-sajakan.
Kalau begitu kenapa berani menolak hukum Allah. Kenapa
ayat Allah dijual dengan harga yang sedikit? Ingin
merasa azab neraka? Sedangkan masuk penjara di dunia
pun tiada seorang pun yang mahu.

Adakah pejuang-pejuang Islam akhir zaman benar-benar
berjuang untuk Allah, kerana Allah dan berlandaskan
perjuangan Rasulullah dan para sahabat? Kalau benar,
hasilnya tentu sama dengan apa yang dicapai oleh
Rasulullah dan para sahabat. Yakni dapat mewujudkan
masyarakat Islam Madinah dan seterusnya ¾ daripada
dunia ini menyerah diri ada Islam. Tapi perjuangan
Islam kita lebih cenderung untuk berkuasa dan merebut
jawatan daripada untuk menegakkan hak Allah dan
kalimah-kalimah Allah. Masing-masing ghairah hendak
dapatkan negara, walaupun rumahtangga dan jemaah
sendiri belumlah ada tanda-tanda yang ianya
benar-benar Islam.

Kalau benar ingin menegakkan Islam ke peringkat
negara, bukankah sudah ada hukum-hukum yang boleh
ditegakkan secara berperingkat-peringkat? Maka tanpa
dapat negara pun sudah boleh ditegakkan. Tapi tidak
begitu nampaknya. Seakan-akan dengan kuasa itu nanti
semua boleh selesai. Sebab itu anak tidak sembahyang
pun dibiarkan saja dulu, rokok masih dibibir lagi.
Begitulah semangat perjuangannya. Cenderung kepada
kuasa lebih daripada ingin lihat anak sembahyang.
Walhal nanti bila sudah dapat kerusi, bertambah-tambah
lagilah sibuk yang memungkinkan anak terus terbiar
tanpa sembahyang.

Sebenarnya niat itu sungguh penting. Orang yang niat
untuk Allah, tidak sama dengan niat untuk lain-lain
seperti hendakkan nama, jawatan, kuasa, kemasyhuran.
Kedua-duanya menghasilkan natijah yang jauh bezanya.
Bahkan yang satu itu dianggap menjual ayat Allah
dengan harga yang sedikit. Masakan tidak, sedangkan
kerana hendak jaga hati orang, supaya orang sokong,
sanggup dia bekerjasama dengan orang kafir, membiarkan
dan mendiamkan pendedahan aurat, pergaulan bebas
lelaki perempuan dan soal-soal maksiat lain seperti
riba, akhlak liar, cuai sembahyang dan lain-lain dalam
rumah atau jemaah sendiri.

Memejamkan mata terhadap kesalahan anggota-anggota
jemaah. Lahirnya nampak mereka cinta pada Islam, tapi
hakikatnya tidak begitu inilah yang dikatakan
melahirkan sifat munafik. Mereka berlindung di balik
perjuangan Islam. Mereka lebih ghairah hendakkan kuasa
dan kerusi itu lebih daripada hendak tegakkan hukum
Allah. Sebab itu mereka diamkan maksiat depan mata,
dalam rumah dan dalam jemaah. Bahkan mereka sendiri
tetap menerima (tanpa rasa berdosa) dan melibatkan
diri dengan peraturan hidup yang tidak Islamik seperti
ekonomi riba, pendidikan sekular, politik kotor,
berjuang secara maki hamun dan budaya hidup barat yang
liar dan lucah, kenduri kendara yang tidak ikut
syariat. Sedangkan kalau benar seorang itu cintakan
undang-undang Allah tentu tidak tergamak mereka
terlibat dengan semua itu lagi. Kuasa tidak kuasa
belakang kira. Yang penting bebaskan diri dari sistem
taghut dan cara hidup sekular ala barat kemudian
sedaya upaya bangunkan Islam sekalipun hanya bersama
anak isteri.

Sebaliknya apa yang kita lakukan ialah jual nama Islam
dangan keinginan dan harapan untuk dapatkan kuasa dan
kerusi. Siap boleh jamin bahawa bila dapat kuasa kita
akan tegakkan hukum-hukum Allah, walhal sebelum itu
kita main-main dan tidak sungguh-sungguh
membangunkannya. Jangan-jangan nanti bila sibuk untuk
mempertahankan kuasa, harta, pangkat, nama,
kemasyhuran dan lain-lain langsung tidak berpeluang
dan tidak ada masa hendak bangunkan hukum Allah. Dan
ini tidak mustahil. Berapa banyak sudah pengalaman
orang menampakkan pada kita bahawa bila dapat kerusi,
orang lebih memikirkan diri sendiri daripada
memikirkan orang lain. Sekalipun orang lain itu
sama-sama berjuang untuk memberikan kita kerusi.

Demikianlah perihal orang yang mempermain-mainkan
ayat-ayat Allah dan yang menjualkannya dengan murah.
Mungkin kita tidak sedar, sebab kurang ilmu tentang
ini atau kerana tidak boleh lawan hawa nafsu, tapi
salah tetap salah. Kalaulah kesalahan ini tidak
dibetulkan, saya kira hukuman-hukumannya akan terasa
di dunia lagi sebelum neraka di akhirat.



KASIH SAYANG ALLAH PADA YANG TAUBAT

Renungkanlah secebis kehidupan kisah benar seorang
gadis bernama Anita (bukan nama sebenar) menceritakan
kisah hidupnya. Semoga kisah hidup gadis ini dapat
kita mempelajari dan memahami bagaimana hendak
membimbing gadis-gadis atau remaja yang bermasalah
ataupun yang bergelumang seperti Anita. Jadikanlah
kisah hidupnya sebagai pengajaran kepada kita semua
untuk membimbing orang-orang seperti Anita balik
kepangkal jalan yang sebenar.

Semasa saya dan kawan-kawan bergelumang dengan sejarah
hitam itu, ada di antara mereka merintih kepadaku
sambil menitiskan air mata, “Kalaulah boleh aku
tinggalkan alam yang sedang aku gelumangi ini dengan
mudah, ingin aku tinggalkan. Tapi bagaimana? Dah
begini jauh terlanjur. Ingin rasanya ada seorang
manusia yang dapat memimpin aku ke jalan yang
benar…….”

Aku tidak pernah menduga mengulangi sejarah hitam itu.
Kalau aku ingatkan kembali, berderai air mataku dan
aku memohon pada Allah, semoga aku tidak labi
terjerumus ke lembah itu. Cukuplah hanya sekali di
dalam hidupku. Tidak pula aku terniat untuk mencuba
lagi.

Pada waktu itu aku mengalami masalah hidup yang
benar-benar menekan jiwa. Untuk melupakan masalah itu,
aku mendapatkan pil tidur agar aku dapat tidur
sepanjang hari. Memang dengan pil itu, aku boleh tidur
sepanjang hari. Tapi untuk apa? Sampai bila? Akhirnya
aku bosan dan benci. Walaupun rasa ketagih itu ada,
tapi aku lawani juga.

Lama kelamaan, aku tidak dapat menahan nafsuku. Aku
mencari pil yang lebih berkesan. Entah apa petaka yang
menimpa aku hari itu, aku ternampak seorang rakanku
yang memegang pil Rochee. Aku tahu, pil itu sejenis
dadah yang termurah dan paling mudah diperolehi. Aku
meminta dari rakanku itu dua biji. Malang sungguh,
rakanku itu begitu bermurah hati. “Ambillah, aku
sedekah. Bagi percuma aje,” katanya.

“Terima kasih, hanya Allah sajalah yang membalas
budimu,” kataku bodoh. Aku terus menelannya tanpa
membuang sarungnya. Aku terdampar di katil dalam
keadaan khayal. Kepalaku pening. Entah apa yang aku
lakukan dan aku cakapkan ketika itu aku pun tak tahu.
Hinggalah akhirnya aku tertidur. Bila aku tersedar,
aku tak tahu lagi dan tidak ingat tentang hari. Aku
memandang jam di dinding; tepat pukul dua belas. Di
luar gelap, menunjukkan hari telah malam. Dan
peristiwa Rochee tadi juga berlaku pukul dua belas.
tapi dua belas tengahari.

Aku termangu. Fikiranku kusut. Tak tahu apa yang harus
aku lakukan. Rakan-rakan juga terdampar di katil
masing-masing tanpa sedarkan diri.

Apabila pulang ke rumah, aku dicaci maki dan dimarahi
oleh ayahku, tapi aku pekakkan telinga.

Begitulah aku setiap malam dan setiap hari. Hidup
tanpa pedoman dan haluan. Hidup seperti sampah
terbuang, seperti dedaun kering yang tiada erti.
Kepada siapa aku mahu mengadu? Aku tak tahu……

Suatu hari ayahku mendapat tahu aku menggunakan wang
belanjaku untuk membeli cocaine, sejenis dadah yang
lebih berat daripada Rochee. Ayah semakin berang.

“Berambus kau dari sini, anak tak guna! Tak tahu
diuntung! Kau menconteng arang di mukaku! Jangan balik
lagi ke rumah ni. Hidup mati kau pun, aku tak mahu
ambil tahu. Biar kau mampus seperti katak! Maki
ayahku.

Aku tidak tahu ke mana untuk dituju. Ke rumah kawan?
Sorrylah! Ada duit, boleh buat kawan. Tak ada duit,
kawan pun buat tak kenal. Dengan langkah yang lemah
aku berjalan tanpa haluan. Di belakang sebuah pasaraya
aku meletakkan punggungku di atas beg pakaianku. Aku
termenung, memikirkan nasib diri dan masa depanku yang
hitam dan gelap. Jiwaku kosong dan sepi.

Aku teringat betapa pada satu ketika aku pernah
beberapa kali dibawa berjumpa pakar sakit jiwa. Setiap
kali ke situ, pakar sakit jiwa itu menasihati aku
supaya cuba melupakan segala masalah. Caranya, cuba
disiplinkan diri. Buat jadual hidup. Aturkan untuk
tidur, selama lapan jam sehari. Aturkan juga waktu
untuk membaca, untuk rehat, untuk rehlah dan
sebagainya. Dinasihatkan juga agar selalu tenangkan
fikiran ke pantai-pantai atau ke tempat-tempat yang
tenang yang boleh membuka fikiran. Ah! Aku benci
dengan nasihat seperti itu. Nasihat yang di luar
kemampuanku untuk mempraktikannya. Aku inginkan
rawatan intensif.

Tiba-tiba “Anak ni nak ke mana? Seperti orang susah
hati aje?” Sapa satu suara. Aku terperanjat dan
seorang lelaki separuh umur kerketayap putih sedang
memandangku. Terkejut aku, dan dengan tiba-tiba aku
bangun. Aku mahu lari.

“Jangan takut, nak, saya bukan mahu buat apa,” Kata
lelaki seperuh umur itu lembut. Dalam kepalaku hanya
berfikir, apakah ini orang dari jabatan agama?

“Anak ada masalah ni, mari ikut pakcik.” Aku mengeleng
dan mula menangis. Aku terharu kerana sekian lama aku
duduk di belakang pasaraya ini, tak ada manusia
seorang pun yang memperdulikanku. Tiba-tiba lelaki ini
muncul dan mengambil berat tentang diriku. Aku malu.

Lelaki itu menggamitkan tangannya ke arah sebuah
kereta. Dari dalam kereta itu keluar seorang perempuan
seperuh umur.

“Ajak dia ke kereta, dia ni ada masalah ni,” kata
lelaki itu. Dia dan pemuda bertetayap tadi kemudiannya
bergegas ke kereta.

“Mari nak,” kata perempuan separuh umur itu sambil
menarik tanganku dan mengambil begku dan membawanya ke
kereta.

Aku akur. Sesampai di kereta, ketagihanku mula datang.
Tubuhku menggiggil kesejukan. Tekakku mual. Aku
menangis dan tak tahu apa yang aku cakapkan.

“Eh, bang! Tengoklah, bang. Dia muntah-muntah kuning
ni! Busuknya bang! Jerit perempuan separuh umur itu.

“Ye! Aku tahu! Sejak kau dan Mal shopping di atas
tadi, aku perhatikan dia. Dia ni bermasalah. Kita
wajib menyelesaikan masalahnya. Berdosa kalau kita
membiarkannya.” Isterinya terdiam.

Sesampainya di rumah mereka, aku terus diberi minum.
“Ini air Yasin, penawar bagi segala penyakit. Minum,
baca Bismillah dan selawat dulu, ye nak! beritahu
perempuan itu. Akhirnya aku terlena dalam keletihan.

Apabila aku tersedar, aku disuruh mandi dan diberi
minum air Yasin lagi. Perutku mula terasa pedih.
“Lapar, nak? Mari kita makan kerana entah berapa lama
perutku tak berisi.

Selepas makan aku tertidur lagi keletihan. Rasa gian
masih lagi terasa. Tapi aku tahankan. Apabila aku
tersedar lagi, wanita itu masih di sisiku. Dia
mengurut-ngurut belakangku. Dadaku terasa sebak. Aku
menangis kerana teringatkan ibu.

“Bersabar nak, cuba ceritakan masalah anak!” pujuknya.
Lalu aku bangun dan menceritakan apa yang terjadi.

Dengan lembut, wanita itu memberikan nasihat. “Nak!
Jangan kita rasa dunia ini kosong. Sebenarnya, ada
lagi tempat untuk kita mengadu dan mencurah rasa. Dia
ialah Allah yang Maha Kuasa. Ceritakanlah masalah anak
itu kepada Allah. Dialah penyelesai masalah yang
paling tepat, kerana Dia Maha Mengetahui. Dia sentiasa
mendengar rintihan hamba-hamba-Nya kerana Dia Maha
Penyayang.”

“Walaupun saya jahat?” Tangisku.

“Orang yang rendah hati dan merasa dirinya jahat
itulah yang dikasihi Allah, nak. Bukan orang yang kuat
ibadah tetapi tidak merasa rendah diri dan merasa
sudah selamat dengan ibadah yang banyak. Allah itu
Maha Penyayang. Dia mendengar rintihan hamba-hamba-Nya
yang berdosa sekalipun.”

Aku terharu mendengar pujukan itu.

“Kembalilah ke jalan Allah, nak. Sucikanlah hati kita
dengan zikir, dan sentiasa mengingati Allah agar kita
menjadi tenang. Nah, sekarang pergi ambil air
sembahyang. Pergilah sembahyang. Adukanlah segala
masalahmu itu kepada Allah. Minta ampun dan
bertaubatlah sungguh-sungguh kepada Allah,” pujuknya
lagi. Aku akur.

Sebulan lamanya aku tinggal bersama keluarga itu. Aku
sudah mula pandai sembahyang, yang entah berapa lama
aku cuaikan selama ini. Banyak ilmu agama yang aku
pelajari, tentang kewajipan menutup aurat, taat kepada
ibubapa, tentang bersuci, tentang sifat-sifat mahmudah
seperti sabar, redha, pemaaf, dan seribu satu macam
ilmu yang amat bermanfaat bagiku, yang selama ini
tidak pernah ku ketahui. Memang benar, apabila ilmu
Allah dimasukkan ke dalam hati, fikiran menjadi
tenang, kerana hati meminta fitrahnya, Jika hati tidak
dimasukkan perkara yang fitrah, itulah yang
menyebabkannya resah gelisah.

“Mak…..” kataku suatu hari. Aku menganggap dia sebagai
ibuku sendiri, dan dia tidak keberatan aku
memanggilnya ‘emak’.

“Ya, nak,” jawabnya lembut.

“Apa pendapat emak apabila seorang anak yang
terjerumus seperti saya ni, tiba-tiba dihalau dan
dipulau oleh keluarganya sendiri mahupun masyarakat?”

“Ayah dan keluarga mahupun masyarakat itu tidak bijak.
Sebenarnya, dengan menghalau atau memulau itu
menimbulkan lagi masalah kepada masyarakat dan
menimbulkan masalah lain kepada anak itu. Sepatutnya
mereka mesti mencari jalan penyelesaian.”

Aku terdiam. “Bagaimana kalau saya pulang ke kampung
saya, mak. Adakah mereka mahu menerima saya?”

“InsyaAllah! Berharaplah pada Allah. Rumah ini juga
sentiasa terbuka untuk kau Anita.”

Esoknya aku dihantar oleh keluarga angkatku ke
pangkuan keluargaku. Kesemua anggota keluargaku
terkejut melihat perubahan diriku. Ayah bagaikan tak
percaya apa yang berlaku padaku. Mereka terharu
melihat perubahan diriku, lebih-lebih lagi apabila
mendengar aku mengalunkan Al Quran dan tidak
meninggalkan sembahyang lagi. Manakala setiap kali aku
ke luar rumah, aku sentiasa bertudung. Tidak lama
selepas itu, aku dihantar oleh keluargaku ke suatu
tempat untuk mendalami pelajaran agama.

Tuhan! Terima kasih kepada-Mu, kerana aku yang masih
jahat ini Kau pandang juga. Kau masih sudi memberikan
rahmat dan hidayah-Mu kepadaku walaupun aku kotor dan
hina dina. Wahai Tuhan! Ampunilah aku dan janganlah
Kau tarik kembali nikmat petunjuk dan hidayah yang
Engkau anugerahi ini. Aku tak sanggup lagi mengulangi
perbuatan yang lalu kerana aku takutkan seksaan-Mu
Tuhan! Sedangkan orang lain masih ramai yang dalam
kesedaran, tapi aku yang Kau pilih. Betapa aku harus
bersyukur!

Kepada keluarga angkatku, Ku ucapkan jutaan terima
kasih, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu.
Kepada Mal teruskan perjuanganmu sucimu, bantulah
mereka yang memerlukan. Ku doakan dikau semoga berjaya
baik di dunia mahupun di Akhirat.

Sekian, Wassalam

Anita



AKIBAT LEMAH IMAN DAN PUTUS UKHWAH

Mengapa sepasang kekasih yang bercinta sebelum
berkahwin penuh kemesraan, bercakap pun lemah-lembut
dan kalau berlaku kesilapan kecil mudah sekali
dimaafkan, tetapi lain pula jadinya setelah berkahwin?

Mengapa selepas berkahwin rumahtangga sentiasa di alam
pergeseran? Kadang-kadang dalam sehari berulang kali
bertengkar. Pertelagahan terus berlarutan walaupun
telah memperolehi anak dan kadang-kadang sampai
beranak sepuluh pun masih tak habis-habis
pertelagahan.

Hari ini pertengkaran dan pergeseran suami isteri
seolah-olah menjadi lumrah hidup berumahtangga.
Kadang-kadang muka pun dan mula berkedut, namun masih
belum menemui jalan penyelesaian ke arah rumahtangga
aman masih belum ditemui. Akhirnya anak-anak sendiri
(ada diantaranya yang telah dewasa) meluat dengan
perangai buruk kedua orang tua mereka.

Tidak payah kita memerah otak untuk mencari sebab
mengapa hal ini boleh berlaku. Tidak perlu ditulis
kertas kerja demi kertas kerja untuk mencari rumusan
tentang punca-punca berlakunya pergeseran itu. Punca
utamanya ialah kerana hilang rasa kasih sayang dan
tidak adanya rasa ukhwah antara suami isteri. Dan
putusnya ukhwah itu adalah kerana ketandusan iman.

Tandusnya iman menyebabkan baik suami mahu pun isteri
tidak lagi berusaha untuk bersifat seperti sifat orang
mukmin, yang takutkan Allah, takut kepada neraka Allah
dan rindu kepada syurga Allah. Bila iman longgar,
tiada lagi rasa takut dengan dosa, tidak lagi takut
dengan kemurkaan Allah. Isteri sudah berani menengking
suami, tidak lagi taat kata-kata suami, tidak hormat
pada suami hingga jadilah dia isteri yang derhaka.
Suami pula sudah mula melalaikan tanggungjawabnya
sebagai ketua dalam rumahtangga, tidak memberi didikan
sepenuhnya kepada isteri.

Akibat dari itu, rumahtangga tidak lagi menjadi syurga
bagi suami isteri, malah bagi sesetengahnya rumah
sendiri dianggap neraka lantaran terlalu kerap
berlakunya pergaduhan. Perkara yang kecil
diperbesar-besarkan hingga mengakibatkan satu
perselisihan besar. Pinggan mangkuk, periuk belanga
terbang melayang dan “peluru berpandu” terpancar dari
mulut masing-masing. Isteri kata suami yang salah dan
suami pula tuduh isteri yang salah.

Tuduh-menuduh tidak membawa kesudahan hinggakan
perkara-perkara yang berlaku sebelum kahwin pun
diungkit kembali. Terbitlah kata-kata: “Bukan aku yang
hendakkan kamu tetapi kemulah yang tergila-gilakan
aku.”

Begitu pedih sekali kata-kata yang keluar akibat nafsu
jahat yang tidak dibendung. Akhirnya runtuhlah
rumahtangga yang dibina atas dasar cinta sama cinta
yang tidak mengikut lunas-lunas keIslaman.

Begitulah yang sering berlaku bila tiada iman. Kalau
iman kukuh, kesilapan dan pergeseran yang besar akan
dianggap kecil sahaja. Mudah sahaja diselesaikan
dengan cara bermaaf-maafan. Dan kalau kesilapan kecil
langsung tidak dirasakan apa-apa. Rumahtangga yang
terbina dengan ukhwah dan kasih sayang, akan dihiasi
dengan percakapan penuh kemesraan dan penuh hormat.
Masing-masing mengharapkan keredhaan Allah
semata-mata.

Jika ada perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati
berlaku, maka suami-isteri yang beriman akan segera
merujuk kepada Allah, serta mengharap sepenuhnya
bantuan-Nya. Masing-masing takut melakukan kesalahan
kerana takutkan kemurkaan Allah dan azab di neraka
kelak. Natijahnya, rumahtangga penuh aman damai.

Bagi mereka yang beriman akan menginsafi bahawa setiap
bala dan ujian yang menimpa diri pasti ada sebab
musababnya. Dan tidak ada seorang manusia pun yang
dapat lari dari ujian. Lebih tinggi taraf iman
seseorang itu lagi banyaklah ujian yang Allah
datangkan. Sabda Rasulullah saw bermaksud:

“Ujian yang paling berat akan ditimpa pada Nabi-Nabi
kemudian auliya-auliya, diikuti ahli-ahli sufi dan
akhirnya disukat mengikut iman masing-masing.”

Porak perandanya ruamhtangga adalah kerana jiwa suami
isteri dikongkong oleh kehendak nafsu. Kehendak nafsu
yang berbagai-bagai itulah saling cabar mencabar
antara satu sama lain. Nafsu menimbulkan sifat
mazmummah seperti bakhil, sombong, bersangka buruk,
hasad-dengki, suka mengumpat, tidak mendengar nasihat,
tidak taat suami dan banyak lagi.

Kepada pasangan suami isteri yang sering bertelagah
antara satu sama lain, hendaklah insaf bahawa
pertelagahan tidak akan berlaku sekiranya kita
memiliki iman yang kukuh. Hanya mereka yang beriman
saja akan sedar mengapa Allah berbuat begitu. Berkat
sabar, redha dengan ujian itu pasti akan mendapat
salah satu dari dua perkara. Iaitu samada ia merupakan
penghapusan dosa atau kasih sayang Allah yakni
ketinggian darjat di syurga.

Allah berjanji akan memberi pertolongan kepada mereka
yang bersungguh-sungguh bermujahadah, firman-Nya yang
bermaksud:

“Orang yang bermujahadah (berjihad) pada jalan Kami,
akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya
Allah benar-benar berserta dengan orang-orang yang
berbuat baik.”

Tetapi jika kelemahan iman dan nafsu telah menjadi
raja dalam diri, maka tidak hairanlah ada di antara
hukum Tuhan yang patut dilaksanakan menjadi
pertentangan. Contohnya, terdapat isteri yang memberi
alasan suaminya kahwin lagi dan menyebabkan mereka
bergaduh selalu. Bila peristiwa begini berlaku dalam
kehidupan masyarakat, maka ramailah yang menuduh
poligami mengancam ketenteraman rumahtangga. lalu
hukum Allah yang membenarkan saumi berkahwin lebih
dari satu, tidak dapat dilaksanakan.

Sebenarnya bukan poligami yang mengakibatkan runtuhnya
sesebuah rumahtangga, bahkan suami yang memiliki
isteri seorang pun sering kita dengar berperang yang
akhirnya berkesudahan dengan pecahnya rumahtangga.
Apabila pergaduhan menjadi semakin tegang, fikiran pun
semakin buntu. Maka sebutan talak mula menjadi mainan.
Si isteri terpekik-pekik meminta dicerai manakala si
suami pula sewenang-wenangnya melafaskan talak tanpa
memikirkan risiko kemudiannya.

Kepada mereka-mereka yang bercita-cita ingin
mendirikan rumahtangga ataupun yang sedang menghadapi
berbagai-bagai dilema rumahtangga hendaklah ingat,
talak adalah perkara halal yang paling dibenci oleh
Allah swt. Perbuatan isteri yang suka meminta cerai
mengakibatkan bergegarnya tiang ‘Arasy dan diharamkan
mencium bau syurga. Untuk lebih memahami syarat-syarat
penceraian sila baca artikel saya dahulu dalam bab
syarat-syarat penceraian.

Tapi kiranya benar si isteri mendapati bahawa suaminya
memang benar-benar curang atau menentang dan
memperkecil-kecilkan hukum Allah maka bolehlah dia
menuntut cerai. Itu pun dia mesti merujuk dahulu ke
pihak kadi agar dipertemukan jalan penyelesaian yang
sebaik-baiknya di antara keduanya.



APA TUGAS KITA DI DUNIA INI?

Untuk apa kita dicipta atau kenapa kita dihidupkan?
Inilah di antara persoalan-persoalan yang sering
menjadi tanda tanya kepada seluruh manusia di muka
bumi ini. Berbagai-bagai pendapat dan pandangan yang
diperolehi.

Ada setengah mereka mengatakan hidupnya aku di dunia
ini adalah untuk makan, minum, tidur, kahwin dan mati.
Lepas mati habis kira. Waktu itu daging-daging reput
dimakan ulat dan cacing-cacing.

Ada juga berpendapat begini, “aku hidup untuk cari
hiburan dan kumpul harta banyak-banyak agar puas dan
dimuliakan orang. Bila sudah kaya, semua orang sayang
dan puji aku.” Waktu itulah mereka merasakan “DUNIA
AKU PUNYA” bukan ‘ALLAH PUNYA”

Pendapat lain pula begini, “Aku hidup ini supaya
belajar tinggi-tinggi, setinggi yang mampu. Kemudian
bila ada lulusan Diploma, Ijazah, Ba, Ma, Phd dan
sebagainya, maka senanglah dapat pangkat tinggi,
senang dapat gaji besar, terkenal di sana sini. Aku
boleh jadi “BOOS”. Semua yang diidam-idamkan dapat,
cerah masa depan. Mahu kereta besar menjalar,
bila-bila masa saja. Mahu rumah banglo mudah saja,
mahu cakap besar pun boleh sebab sudah jadi “TUAN
BESAR”. Akan tetapi apakah pendapat dan pandangan ini
selari dengan kaca mata Islam?

Untuk mendapat jawapannya, mari kita lihat, berapa
ramai orang yang kaya, orang yang terkenal, yang
punyai kereta besar, pangkat dan gaji besar, orang
yang disanjung dan termasyhur seperti bintang-bintang
filem “HOLLYWOOD” telah membunuh diri kerana tidak
dapat ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. Apakah
benar jutawan-jutawan akan dipuji orang?

Kalau benar kenapakah kita sering kali terdengar dan
terbaca dalam media massa cetak dan eletronik banyak
yang memaparkan kes-kes pecah rumah yang berlaku pada
hari ini? Orang-orang kaya nampaknya seringkali
terganggu fikirannya. Hatinya sentiasa bimbang, cemas
dan takut rumahnya dimasuki orang, malah untuk menjaga
rumah pun sehingga ada yang membela anjing atau
mengupah jaga. Takut hartanya disamun orang, takut
anak-anak gadisnya dicolek orang dan lebih parah lagi
takut dirinya sendiri menjadi mangsa pembunuhan.
Apakah itu ketenangan abadi?

Allah kurniakan akal yang waras pada kita supaya kita
berfikir. Berfikir tentang keEsaan dan keKuasaan-Nya,
berfikir tantang apakah tujuan kita dihidupkan,
berfikir ke mana kita akan pergi nanti dan apa yang
akan terjadi setelah kita kembali kepangkuan-nya
(Allah) tanpa membawa bekal yang cukup? Inilah yang
wajib kita fikir selalu? Bukannya fikir macam mana
hendak jadi orang kaya, macam mana hendak terkenal,
macam mana hendak itu dan ini tanpa fikirkan nasib
kita di akhirat kelak. Jawapan yang matang mengenai
apa yang perlu kita fikirkan akan kita perolehi,
sekiranya Al Quran dan Sunnah kita jadikan sebagai
tempat rujukan kita. Firman Allah dalam Al Quran
maksudnya:

“Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk
menyembah aku.”

Bukan saja Allah yang menghendaki kita menyembahnya,
malah akal dan hati kita sendiri pun bersetuju kita
ini tunduk dan patuh pada Allah. Buktinya katalah
suatu hari kawan kita kepada kita begini:

Hai saudara, saudara ni hamba Allahlah apakah perasaan
kita ketika itu? Tentu gembira, senyum-senyum simpul
kita dibuatnya, malah secara “OTOMATIK” akal kita
mengiakan perkataan itu. Ketika itu hati rasa puas,
lega, seronok, lapang dan rasa berterima kasih
padanya, walaupun pada hakikatnya kita tidak pernah
tunduk dan rukuk pada Allah swt, tidak pernah ikut
perintah Allah bahkan tidak pernah fikir cara hidup
mengikut Al Quran dan Sunnah.

Sebab apa hati kita rasa puas? Sedangkan kita tidak
taat pada perintah Allah? Inilah dia bukti dan
jawapannya bahawa sudah menjadi fitrah semula jadi
manusia inginkan kebaikan walaupun pada hakikatnya
dirinya tidak mampu hendak membuat kebaikan.

Sebaliknya apa kata akal dan hati sekiranya kawan kita
kata begini: “Hai saudara! Saudara ni hamba
syaitanlah, saudara ni hamba discolah, saudara ni
hamba nafsulah, apa perasaaan kita ketika itu? Tentu
melenting, marah walaupun memang betul kita ni hamba
nafsu, hamba kereta, hamba syaitan, hamba video, VCD
dan gambar lucah, hamba disco dan hamba-hamba yang
lain selain dari hamba Allah.

Ketika itu hati kita memberontak tidak setuju.
Kenapakah ini berlaku dan lahir dalam diri kita? Sebab
hati dan akal kita tidak bersetuju, malah kalaulah
kita tidak tahan sabar mahu rasanya tempeling kawan
kita itu. Hendak tahu benar atau tidak, cubalah kita
dikatakan begitu di khalayak ramai. Hai mahu gugur
kulit muka rasanya. Sebab apa? Malu!!!! jelas,
kehendak Allah sama dengan kehendak hati dan akal kita
sejak azali lagi.

Kalau benar akal dan hati setuju kita menyembah Allah,
mengapa masih lagi angkuh dan sombong dengan Allah?
Mengapa masih lagi mencabar kekuasaan Allah? Jawabnya,
renungilah beberapa potong ayat suci Al Quran di bawah
ini:

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang
nyata.”

Dan maksudnya lagi:

“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada
kejahatan.”

Kini tahulah kita bahawa nafsu dan syaitanlah yang
punya angkara. Ia menggoda hati dan akal kita daripada
terus mengingati Allah. Antara bisikan-bisikan nafsu
syaitan, :Kalau kamu sembah Allah nanti susah, kalau
kamu ikut Quran dan Sunnah, nanti jiwa kamu menderita,
terkongkong, kalau taat pada perintah Allah umpamanya
menutup aurat, nanti kamu tiada kawan, tinggal seorang
diri macam kera sumbang jadinya. Selain dari itu
macam-macam lagilah bisikan-bisikan yang benar-benar
mengganggu fikiran kita. Benarlah firman Allah
bermaksud:

“Syaitan telah menakut-nakutkan kamu dengan
membisik-bisikkan pada hati dan akal kamu.”

Jadi atas dasar itulah kita takut hendak sembah Allah.
Takut hendak ikut Quran dan Sunnah, takut disisih
masyarakat, takut emak dan ayah tidak mengaku anak dan
macam-macam lagi. Nampaknya syaitan dan nafsu sudah
berjaya menguasai fikiran kita. Kini ia sudah berjaya
menawan hati kita, sehinggakan umat Islam hari ini
seringkali diburu oleh perasaan takut.

Buktinya lagi, kita lihat hari ini umat Islam takut
hendak bersedekah atau mengeluarkan zakat. Kenapa?
kerana takut miskin, takut papa kedana, takut kering
periuk nasi, manakala ada yang takut hendak menutup
aurat kerana takut tidak laku, takut tidak dilamar
orang, takut jadi “ANDARTU” dan sebagainya. Oleh
kerana hati sentiasa diburu oleh perasaan takut,
menyebabkan mereka takut hendak sembah dan patuh
kepada perintah Allah.

Kita sebenarnya telah berjaya diperkotak-katikkan oleh
musuh batin kita sendiri. Alangkah ruginya empunya
diri, kerana dapat ditipu oleh hasutan syaitan dan
hawa nafsu sendiri. Tetapi alangkah beruntungnya bagi
orang-orang yang beriman, mereka berjaya menundukkan
dan menewaskan musuh-musuh tersebut. Nafsu dan syaitan
telah mengaku kalah dengan mereka ini, sebab itulah
tidak hairan kalau kita lihat orang-orang yang beriman
mereka sanggup bersusah payah demi mencari keredhaan
Allah. Mereka sanggup mengorbankan harta, jiwa,
fikiran, tenaga dan sebagainya demi mencari kasih
sayang Allah dan Rasullullah saw.

Mereka menerima hukuman-hukuman Allah dengan dada yang
lapang, tanpa sebarang bantahan dan alasan. Bagi
mereka “KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH”, inilah antara
ucapan yang mereka lafazkan sekiranya Allah
memerintahkan sesuatu kepada mereka.

Umpamanya Allah menyuruh mereka mendirikan solat,
mereka tidak tanya lagi untuk apa aku sembahyang?
Bagitulah juga dalam bidang-bidang yang lain. Akhirnya
bila Allah berfirman:

“TidakKu jadikan jin dan manusia kecuali menyembah
diriKu.”

Maka mereka tidak tanya lagi kenapa perlunya aku
sembah Allah, mengapa perlunya aku beribadah pada-Nya?

Jadi dapatlah kita ukur diri kita masing-masing.
Apakah kita ini sudah benar-benar menyembah Allah?
Apakah kita sudah benar-benar menjalani hidup di
pentas sandiwara sementara ini dengan tunduk dan patuh
pada Allah? Apakah kita sudah merelakan jiwa raga kita
semata-mata untuk mencari “MARDHAATILLAH” yakni
“KEREDHAAN Allah” atau sebaliknya? Suluh-suluhlah diri
kita selalu, sering-sering kalilah bertafakkur
mengenangkan dosa-dosa kita dan mengenangkan apakah
tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini
sudah selesai atau belum. Rasulullah pernah bersabda
maksudnya:

“Orang yang bertafakkur (berfikir) sejanak lebih baik
daripada orang yang mengerjakan sembahyang sunat 1000
rakaat dalam keadaan lalai.”

Kalau belum, mulailah dari sekarang jalankanlah
peranan kita yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki
Allah dan Rasulullah saw.

Jika kita mahu menjadi seorang lelaki atau suami yang
benar-benar soleh serta diredhai Allah maka
jalankanlah tanggungjawab kita sebagai seorang mukmin.

Seorang lelaki yang sempurna ialah dia yang tidak
mempermudahkan dalam kewajipan-kewajipan kepada Allah.
Dan seorang lelaki yang kurang ialah dia bersifat
sebaliknya. Maksud dari penjelasan ini ialah seorang
suami yang sudi memaafkan jika isterinya tidak
menghias dirinya dan tidak melayaninya dengan sempurna
dan lain-lain lagi tetapi ia bersikap keras jika
isterinya tidak melakukan solat atau puasa dan
lain-lain kewajipan itulah suami yang sempurna. Dan
seorang suami yang bersifat keras jika isterinya tidak
menghias dirinya atau tidak melayaninya dengan
sempurna dan lain-lain tetapi dia bersikap ach tidak
acuh jika isterinya meninggalkan kewajipan-kewajipan
kepada Allah seperti meninggalkan solat, puasa dan
lain-lain, maka dia adalah seorang suami yang kurang.

Rasulullah saw bersabda:

“Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab
atas yang dipimpinnya, seorang imam yang memimpin
manusia adalah pemimpin, dan ia bertanggungjawab atas
rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin dalam
mengurusi ahlinya, ia bertanggunjawab atas yang
dipimpinnya, seorang isteri adalah pemimpin di dalam
rumahtangga dan bertanggunjawab atas yang dipimpinnya
dan seorang pelayan adalah pemimpin dalam mengurusi
harta tuannya ia bertanggungjawab atas
pemeliharaannya, seorang lelaki itu adalah pemimpin
dalam mengurusi harta ayahnya, ia bertanggungjawab
atas peliharaannya. Jadi setiap kau sekelian adalah
pemimpin dan setiap kamu harus bertanggunjawab atas
yang dipimpinnya.”

Jika kita mahu menjadi isteri atau wanita yang
benar-benar solahah serta diredhai Allah, maka
sahutlah seruan Rasulullah saw yang bermaksud:

“Apabila perempuan itu mengerjakan sembahyang lima
waktu dan mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan
menjaga farajnya (maruahnya) dan mentaati suaminya,
dikatakan padanya masuklah olehmu akan syurga daripada
mana-mana pintu yang kamu kehendaki.”

Tidak gembirakah kita (kaum wanita) di atas jaminan
syurga dari Allah dan Rasulullah ke atas kita yang
memenuhi syarat-syarat tersebut? Yakinlah, empat
syarat di atas adalah tiket untuk melayakkan kita
menduduki syurga Allah di akhirat kelak yakni
menyempurnakan sembahyang lima waktu sehari semalam,
berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah diri
(menutup aurat) dan sebagainya dan mentaati segala
perintah suami walaupun kita dimadukan.

Sekiranya empat syarat tersebut diabaikan, bermakna
kaum wanita menempah neraka, bermakna kita telah
merelakan diri kita dicampak ke dalam tempat yang
paling hina dan celaka. tahukah kita bahawa neraka itu
adalah seburuk-buruk tempat dan tempat yang paling
panas, paling pedih seksanya, di mana bahan-bahan
bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, manakala
makanannya pula terdiri daripada buah yang berduri dan
pahit. Minumannya pula terdiri daripada air-air danur
(nanah) dan darah yang hanyir dan busuk baunya.
Sanggupkah mencampakkan diri kita ke tempat yang
paling ngeri dan menggerunkan itu?

Cuba kita bayangkan betapa panasnya api neraka, 70
kali ganda panasnya dengan api yang ada di dunia ini.
mengikut riwayat yang mengatakan seringan-ringan seksa
dalam neraka ialah seksaan yang dikenakan kepada Abu
Talib (bapa saudara Nabi saw) di mana beliau diseksa
dengan memakai selipar dari api neraka sehingga
menggelegak otak kerana kepanasan selipar tersebut.
Bayangkanlah, mampukah kita yang kerdil-kerdil lagi
dhaif ini menerima azab yang sedemikian rupa di
akhirat kelak? Tanyalah diri masing-masing, “mampukah
aku menanggung azab yang sangat pedih itu,” Jika
rasa-rasanya tidak mampu, marilah kita sama-sama
berjanji pada diri sendiri mahu tunduk dan patuh pada
segala perintah Allah.

Yakinlah bahawa hari kiamat pasti datang walaupun ada
yang tidak mahu menyahut kedatangannya. Beruntunglah
bagi orang-orang yang tahu matlamat dan tujuan ia
dihidupkan di muka bumi Allah ini? Beruntunglah bagi
mereka yang memenuhi usia muda dan tuanya dengan
beramal ibadah kepada yang Maha Esa kerana mereka
mendapat kasih sayang Allah di dunia lagi apatah lagi
di akhirat kelak, pasti mereka ini memperolehi
keuntungan dan kemenangan yang paling besar nilinya di
sisi Allah swt.



HARI GEMBIRA BAGI YANG BERJAYA MENEMPUH UJIAN RAMADHAN

Ramadhan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan
nafsu peringkat tinggi. Ujian-ujiannya memang berat
dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang
menyertainya, barangkali sedikit saja yang benar-benar
lulus dan berjaya. Iaitu mereka yang betul-betul
bersedia. Samalah dengan latihn tentera, sedikit saja
yang berjaya mendapat pangkat tinggi. Yang rmai cuma
dapat jadi tentera biasa.

Mari kita lihat kembali ujian-ujian yang telah kita
tempuh itu.

Puasa sebenarnya bukan saja puasa mulut daripada makan
dan minum. Tapi puasa daripada bercakap perkara haram.
Puasa mata dari melihat perkara maksiat. Puasa telinga
daripada mendengar perkara haram. Puasa tangan
daripada melakukan perkara dosa. Puasa kaki daripada
menghala ke tempat maksiat. Puasa fikiran daripada
berfikir jahat. Dan puasa hati dari mengingati selain
Allah. Itulah dia hakikat puasa. Kalau anggota-anggota
itu semua tidak dilatih taat kepada Allah, melalui
ibadah puasa maka akibatnya adalah buruk sekali.
Firman Allah yang bermaksud:

“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan
berkata-katalah kepada Kami tangan-tangan mereka dan
memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang
dahulu mereka usahakan.”

Adakah puasa yang kita lakukan ini betul-betul
menepati yang disyaratkan itu? Selamatkah kita nanti
di Akhirat daripada didakwa oleh anggota-anggota tubuh
badan kita sendiri? Demikianlah beratnya ujian puasa
itu. Raulullah saw bersabda:

“Berapa ramai orang yang berpuasa tapi tidak mendapat
apa-apa kecuali lapar dan dahaga.”

Ramadhan juga adalah bulan awal turunnya Al Quran.
Maka kita dituntut membanyakkan bacaan Quran di
dalamnya. Yakni mengambil didikan Al Quran untuk
membentuk diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya,
hidup mengikut cara yang dikehendakinya.

Al Quran mengandungi tanzir yakni ayat-ayat tentang
Neraka. Membacanya bererti kita mendidik untuk rasa
gerun terhadap Neraka di Akhirat. Hingga kerana itu
seseorang tidak takut lagi dengan kesusahan duniawi
demi menegakkan hukum-hukum Allah dalam seluruh
hidupnya.

Terdapat juga ayat-ayat tabsyir yakni khabar gembira
tentang Syurga di Akhirat. Kita akan jadi ghairah dan
rindu dengan keindahan dan kelazatan di dalamnya.
Hingga kerana itu, kita tidak lagi mengutamakan nikmat
duniawi yang sementara itu, demi memburu kenikmatan
abadi di Akhirat. Kita berlumba-lumba untuk
membanyakkan amal soleh dan berjuang serta berkorban
fisabilillah, sambil meninggalkan segala-gala yang
haram dan dibenci Allah.

Al Quran juga banyak memperkatakan kebesaran dan
keagungan Allah. Pembaca akan tenggelam dalam rasa
kagum, hebat, gerun, cinta, kasih, rindu dan tawakal
pada Allah. Terasa hampirnya hati dengan Allah. Dan
diri terasa kecil dan hina terhadap-Nya.

Dalam Al Quran juga banyak diceritakan sejarah nabi
dan orang-orang soleh. Tujuannya supaya pembaca Al
Quran terdorong untuk mencontohi jejak langkah hidup
mereka itu.

Kemudian Al Quran menceritakan kegigihan mereka
menghadapi ujian, supaya kita jadi bersemangat untuk
tabah dalam ujian walaupun berat. Sebaliknya bila Al
Quran membawa kita kepada cerita-cerita orang-orang
sombong, seperti Firaun dan Namrud, kita jadi insaf
dan takut kalau-kalau kita juga bernasib begitu.
Moga-moga kita diselamatkan.

Selanjutnya Al Quran mengajarkan kita tentang hukum
hakam dan peraturan hidup, yang sepatutnya menjadi
cara hidup kita dalam setiap aspek seperti mencari
rezeki, bergaul, berekonomi, berpolitik dan lain-lain
supaya hidup kita berjalan di atas syariat Allah
seluruhnya. Lihat apa kata Allah tentang kehebatan Al
Quran itu:

“Kalau sekiranya Kami turutkan Al Quran ini ke atas
bukit-bukau, pasti kamu akan melihatnya terpecah belah
disebabkan takutnya kepada Allah, demikianlah
perumpamaan bagi manusia, semoga mereka berfikir.”

“Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin
berkumpul untuk mencipta kata-kata yang serupa Al
Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuatnya,
biarpun mereka saling membantu.”

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Kutinggalkan untuk kamu dua perkara. Tidak akan sesat
selamanya selagi kamu meyakini keduanya iaitu
Kitabullah dan Sunnah Rasulullah.”

Hingga kini, sudahkah kita turuti semua isi Al Quran
itu?

Di bulan Ramadhan kita diperintah berlaku pemurah pada
fakir miskin, yakni dengan mengeluarkan zakat fitrah
dan membanyakkan sedekah. Ini tepat dengan kehendak Al
Quran sendiri:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab
Allah dan mendirikan sembahyang dan menafkahkan
sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada
mereka secara diam-diam mahupun terang-terangan,
mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan
merugikan.”

Allah menghendaki kita memberi sebahagian hak kita
kepada orang lain yang memerlukan. Samada wang
ringgit, makan, pakaian, kemesraan dan kasih sayang.
Sudahkah kita melakukannya? Ringankah sudah tangan
kita untuk menghulurkan sebahagian milik kita kepada
orang lain tanpa meminta apa-apa bayaran?

Semua ibadah ini digalakkan di bulan Ramadhan dengan
tujuan mendapatkan iman dan taqwa. Yakni mendapat
degree yang menjamin kebahagiaan dunia dan Akhirat.
Sekaligus menjamin terlepas dari Neraka dunia dan
Akhirat. Allah memerintahkan berzikir dengan
firman-Nya:

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (menyebut
nama Allah), dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan
bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.
Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan para
malaikat-Nya (Sentiasa mendoakan kamu), supaya Dia
mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya
(yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada
orang-orang yang beriman.”

Bagaimana zikir boleh menghasilkan iman dan taqwa?
Iaitu apabila ia diucapkan dengan lidah, difahami oleh
akal dan dirasai oleh hati. Faham betapa agungnya
Allah hingga hati terasa hebatnya Allah. Rasa diawasi
oleh Allah, dirahmati dan dimurkai kerana dosa-dosa
kita. Al hasil kita menyerah hidup dan mati untuk
Allah. Allah dijadikan tempat menumpahkan cinta agung,
yang dipuja-puja, dirindu, dikenang-kenang dan kasih
serta malu. Sudah berlakukah hal ini dalam diri kita?
Bukankah susah untuk mendapatkannya?

Secara umum kita boleh namakan bulan Ramadhan ini
sebagai bulan mujahadah. Yakni bulan berperang dengan
nafsu. Sebab perintah-perintah itu memang berat dan
dibenci oleh nafsu. Hanya dengan mujahadah yang
sungguh-sungguh saja ibadah-ibadah itu dapat dilakukan
dengan sempurna.Allah menyuruh mujahadah dengan
firman-Nya dalam surah Al Ankabut ayat 69:

“Barang siapa bermujahadah pada jalan Kami, nescaya
akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami itu, sesungguhnya
Allah beserta orang-orang yang berbuat kebaikan.”

Kita kena mujahadah terhadap segala kejahatan yang ada
dalam diri kita. Misalnya apabila mulut kita mula
bercakap perkara-perkara yang dilarang oleh Allah,
kita hentikan segera. Ucaplah “Astaghfirullah” sambil
cepat-cepat kita pejam mata atau tundukkan atau
alihkan pandangan ke tempat lain. Bila tangan mula
bergerak kepada yang haram, tarik kembali. Demikianlah
juga dengan kaki, telinga dan lain-lain anggota yang
mahu menghala kepada maksiat, kita mujahadah dari
kemahuan jahat itu, hingga diri kita tidak melakukan
kejahatan tersebut. Kekuatan mujahadah mesti mengatasi
kekuatan nafsu. Kalau tidak, tentu kita akan tewas.

Mujahadah yang lebih sulit dilakukan ialah membuang
sifat-sifat sombong, hasad dengki, dendam, bakhil,
marah, tamak, riyak, ujub, gila dunia, gila pangkat,
buruk sangka, mengenang-ngenang jasa, menceritakan
kebaikan diri, menghina orang, degil dan lain-lain
lagi. Dosa-dosa batin ini kalau tidak dibersihkan,
akan bawa kita ke Neraka. Tapi, payah sekali untuk
mujahadah terhadapnya, ia sangat jahat. Firman Allah
yang bermaksud:

“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak pada
kejahatan.”

Sekiranya dalam semua ujian berat sepanjang Ramadhan
itu kita lulus, maka hadiah yang akan kita dapat ialah
ganjaran dan maghfirah dari Allah. Seseorang yang
mendapat hadiah besar itu akan dapat dilihat pada
watak dan akhlaknya. Tidak ada lagi ciri-ciri sombong
padanya. Ia kelihatan begitu merendah diri dan
mengasihi semua manusia. Sifat pemarah tidak nampak
lagi. Sebaliknya, ia sangat peramah dan berkasih
sayang. Kalau dulu ia seperti bakhil, tapi kini
pemurah sekali. Jadi bank si miskin. Seolah-olah tidak
sayangkan harta lagi.

Hidup matinya diserah bulat-bulat dan sepenuh masa
kepada tugas sebagai khalifah di bumi, yakni untuk
menegakkan kalimah-kalimah Allah melalui jihad
fisabilillah.

Tidak ada lagi penyakit suka memfitnah, buat tohmah
dan berbohong kerana telah diganti dengan cakap-cakap
tentang kebenaran dan nasihat-nasihat yang penuh
hikmah. Kaki, tangan, mata, telinga mulut dan
lain-lain anggotanya tidak mahu lagi melakukan
maksiat. Hukum Allah dijadikan peraturan hidup yang
diamalkan dengan cinta dan fanatik sekali. Padanya
memang tiada hukum melainkan hukum Allah seperti
kehendak syariat.

Dia sangat anti pembaziran. Hatinya zuhud, sangat
bertimbang rasa, menghormati orang lain dan adil
sekali. Kemuncak dari itu ialah dapat membawa manusia
hidup bagaikan satu keluarga, kasihkan saudaranya
seperti kasihkan diri sendiri. Masyarakatnya bersih
dari noda dan dosa. Itulah dia orang yang bertaqwa.

Marilah sama-sama kita lihat kata-kata Allah tentang
ciri-ciri orang-orang yang bertaqwa itu. Firman Allah
yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada
ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila
diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami) mereka
menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya,
sedang mereka tidak menyombongkan diri. Perut mereka
jauh dari tempat tidur, sedang mereka berdoa pada
Tuhan mereka dengan rasa takut dan harap, dan mereka
menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan
kepada mereka.”

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang
bersamanya adalah sangat keras terhadap orang-orang
kafir, tetapi sangat bekasih sayang sesama Mukmin.”

“Kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia
Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak
pada muka mereka dari kesan sujud, demikian itu telah
diumpamakan dalam Taurat, dan yang diumpamakan dalam
Injil sepertilah tanaman yang mengeluarkan tunasnya,
maka tunas itu menjadi tanaman itu kuat lalu menjadi
besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman
itu menukjubkan penanam-penanamnya, supaya dengan itu
menyakitkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan
orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh di
antara mereka keampunan dan pahala yang besar.”

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah
orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya,
kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad
dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka
itulah orang-orang yang benar.”

Selaku orang Mukmin, kita tentu ingin sekali melihat
tertegaknya kembali tamadun Islam yang telah lenyap
sekian lama. Kita tentu ingin jadi bangsa yang
berdaulat, yang tidak lagi menjadi buruh dan
kuli-kuli, pengurus atau pengarah di dalam sistem yang
dicatur oleh musuh Islam. Kita mahu, biarlah kain yang
kita pakai itu hasil titik peluh awal dan akhirnya
dari orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga
dengan apa yang kita minum dan makan dan sebagainya.
Sekolah kita, biarlah kita yang tentukan dasar,
matlamat dan kurikulumnya. Begitu juga pejabat kita,
klinik, hospital, ekonomi, politik, sosial dan
semuanya.

Kita tentu ingin buktikan bahawa Islam cukup mampu
untuk membuatkan penganutnya jadi pencatur dunia,
bahkan dapat menyelamatkan dunia, bahkan dapat
menyelamatkan dunia dari segala huru-hara kini kepada
kebahagiaan abadi dunia dan Akhirat. Maka untuk itu,
kita mesti mulai dari taqwa. Taqwa yang melahirkan
akhlak-akhlak yang agung seperti yang disebutkan tadi,
yang sangat dipuji oleh Allah. Firman-Nya yang
bermaksud:

“Sesungguhnya Engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang
agung.”

Dari sana akan bangkitlah satu masyarakat yang sistem
hidupnya begitu luhur, produktif, berani, aman makmur,
cantik, menarik, adil dan bersih serta mampu
memindahkan dunia dan manusia jahiliyah yang
kucar-kacir ini kepada dunia dan manusia yang aman
makmur lagi mendapat keredhaan Allah. Itulah dunia dan
masyarakat Islam, yang 700 tahun dulu pernah berdiri
gagah hingga setiap bangsa salute padanya.

Sesudah itu nampaknya tidak ada satu agama lain yang
boleh mencorakkan dunia sedemikian rupa. Di tangan
mereka (penganut agama lain), dunia dan masyarakat
manusia rosak binasa dibuatnya. Pembangunan material
tidak diimbangi oleh kemajuan jiwa dan akhlak. Dan
kalau terus dibiarkan akan hancur leburkan jadinya.
Firman Allah lagi bermaksud:

“Berapa banyak negeri yang Kami telah binasakan,
kerana penduduknya berlaku zalim, maka robohlah
atap-atapnya dan (berapa banyak pula) perigi
kebanggaan dan istana yang tinggi terpaksa
ditinggalkan.”

“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi,
supaya mereka mempunyai hati dapat berfikir atau
mempunyai telinga yang dapat mendengar? Kerana
sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang
buta ialah hati yang di dalam dada.”

“Dan berapa banyak pula negeri yang Aku tangguhkan
(azabKu) untuknya, tetapi penduduknya masih berbuat
zalim, kemudian itu Aku azab mereka dan kepadaKulah
tempat kembalinya (segala sesuatu).”

“Apakah tidak dapat petunjuk pada mereka sudah berapa
banyak umat yang Kami telah binasakan sebelum mereka,
sedangkan mereka berjalan di tempat-tempat kediaman
mereka itu? Sesungguhnya pada yang demikian itu ada
beberapa iktibar. Maka apakah mereka tidak mendengar?”

Kita tentu tidak mahu menunggu sehingga kita turut
ranap bersama ranapnya orang yang zalim. Tentu kita
tidak sehina itu. Maka marilah kita perjuangkan jalan
keselamatan, jalan nabi-nabi, rasul-rasul, wali-wali
Allah, orang-orang soleh dan ulama-ulama amilin.
Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah: Hai kaumku, bekerjalah sesuai dengan
kedudukanmu (kebolehan). Sesungguhnya aku (juga)
bekerja. Maka kelak kamu akan mengetahui!”

Marilah kita sama-sama perjuangkan kembali cara hidup
mereka. Ilmu mereka, perjuangan mereka, ibadah mereka,
akhlak mereka, pendidikan, ekonomi, budaya, politik
dan lainnya, agar menjadi cara hidup kita pula. Mereka
telah menumpuh sejarah gilang-gemilang yang mahsyur
dan indah. Mereka tidak saja mendapat untung besar di
dunia tapi juga terjamin hingga ke Akhirat.

Maka sepatutnya kita ulangi sejarah yang telah mereka
rakamkan itu. Ingat! Kita tak boleh ambil ilmunya
saja. Atau ambil ibadahnya saja atau ekonominya saja
atau ambil akhlaknya saja. Atau pakaiannya saja. Ingat
pesan Allah yang bermaksud:

“Apakah kamu ambil sebahagian isi kitab dan
meninggalkan sebahagian yang lain. Tidaklah balasan
untuk orang yang berbuat dmikian itu melainkan akan
hina dalam hidup di dunia. Dan di Akhirat akan
dicampakkan ke dalam azab yang Maha pedih.”

Kita mesti ambil semua yang ada dalam Islam itu. Serah
bulat-bulat hidup mati, jiwa raga dan lahir batin pada
Allah dan Rasul. Barulah kita mampu untuk jadi bangsa
yang besar. Bangsa yang punya sejarah yang hebat, yang
dapat berkhidmat kepada bangsa-bangsa lain di dunia;
yang dapat jadi empayar Islam, dapat jadi payung yang
dapat memayungi umat kepada keselamatan, keamanan dan
keselesaan.

Maka untuk jadi begitu, sekali lagi dasarnya ialah
iman dan taqwa. Allah berjanji melalui firman-Nya:

“Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, maka
Kami akan bukakan barakah dari langit dan bumi.”

“Barang siapa bertaqwa pada Allah nescaya Allah akan
lepaskannya dari masalah hidup dan memberi rezeki dari
sumber yang tidak diduga.”

“Barang siapa bertaqwa pada Allah nescaya Allah akan
lepaskannya dari masalah hidup dan memberi rezeki dari
sumber yang tidak diduga.”

Untuk perolehi kekuatan, bantuan dan kemenangan ini,
kenalah kita bertungkus-lumus, korban masa, tanaga dan
wang serta istiqamah untuk memperolehi pangkat taqwa
ini. sekurang-kurangnya lapan syarat perlu ditempuhi
untuk mendapat taqwa:
1. Terbuka pintu hati untuk menerima Islam.
2. Faham tentang Islam
3. Yakin apa yang difahami dan diamalkan.
4. Laksanakan apa yang difahami
5. Sanggup bermujahadah melawan kehendak nafsu
6. Istiqamah beramal.
7. Pimpinan dari pemimpin yang mursyid
8. Doa selalu kepada Allah supaya dapat hidayah dan
taufiq

Moga-moga dengan berkat Ramadhan dan Aidilfitri tahun
ini, amalan yang kita lakukan di dalamnya dapat
memberikan iman dan taqwa dan hasil-hasil yang Allah
janjikan daripadanya.



MERIAHKAN HARI RAYA DENGAN MEMBESARKAN ALLAH

Ramadhan hampir berlalu. Perginya Ramadhan ditangisi
oleh orang-orang soleh. Mereka sedih kerana bulan yang
penuh berkat di mana pintu taubat dibuka
seluas-luasnya dan syurga dihiasi indah akan berakhir.
Temasya-temasya meriah di bulan Ramadhan akan jadi
kenangan indah dalam kamus hidup orang soleh.

Berbeza dengan kita orang awam. perginya Ramadhan
dirasakan seperti terlepas dari satu beban yang maha
berat. Beban berlapar, dahaga, letih dan macam-macam
yang menyeksakan. Kedatangan syawal dianggap satu
rahmat. Satu kemerdekaan setelah selesai dari
penanggungan ujian yang mereka anggap berat. Oleh itu
tidak hairanlah kalau ada yang berlompatan bila
diumumkan keesokan harinya.

Akibatnya apabila orang merasa hari raya hari untuk
bersuka-suka, maka malam raya yang sepatutnya
dimeriahkan dengan gema takbir, tahmid dan tasbih
bertukar wajah. Malam raya jadi pesta. Kalau di
kampung, ibu-ibu sibuk merebus ketupat, buat
serunding, bakar lemang, masak agar-agar, bakar kek
dan macam-macam lagi. Pendek kata malam raya jadi
malam pertandingan memasak. Dan untuk itu ibu-ibu
sanggup berjaga malam. Walhal untuk bangun tahajud
atau untuk melakukan ibadah mereka tidak sanggup.

Sementara di bandar-bandar pula, muda-mudi akan
berkumpul, buat parti. Rumah telah dihiasi indah untuk
sambut hari raya. Dengan kuih-muih yang berbagai
jenis, ada hiasan daripada pokok Krismas. Gantung kad
selamat hari raya pada pokok itu dan letakkan
hadiah-hadiah hari raya di bawah pokok yang berbentuk
kun itu. Sebiji macam orang Kristian sambut hari
Krismas.

Di malam raya itu juga ada pasang lampu keliling
rumah. Kalau di kampung pakai pelita minyak, tapi di
bandar di rumah orang-orang kaya gunakan lampu
kelip-kelip atau lampu warna-warni untuk hidupkan
malam. Ada yang berikan alasan mereka berbuat begitu
untuk memudahkan malaikat rahmat masuk ke dalam rumah.
Apa malaikat rahmat itu tidak boleh datang kalau tidak
dipasang api? Macamlah malaikat itu ada mata pula.
Yang jelas amalan ini sebiji dengan sambutan hari
Deepavali. Di mana orang India pasang banyak lampu
menyambut dewa-dewanya.

Berbeza dengan kedatangan Ramadhan, kedatangan Syawal
dinanti dan dialu-alukan. Terutama oleh kaum wanita.
Kadangkala Ramadhan belum muncul lagi sudah fikir
macam mana hendak sambut hari raya tahun ini. Hari
raya nanti hendak buat kuih apa, apa yang hendak
diganti, hendak beli kusyen fesyen apa, rumah bila
hendak cat, berapa pasang hendak beli baju baru dan
macam-macam persoalan lahir yang merunsingkan fikiran
ibu-ibu.

Oleh sebab terlampau memikirkan tentang persediaan
raya maka awal-awal lagi mereka telah kumpul duit dan
bila tiba Ramadhan mereka pun berbondong-bondong pergi
membeli-belah. Di ketika yang sama pusat membeli-belah
pun ambil kesempatan buat tawaran istimewa sempena
hari raya dengan bermacam-macam hadiah. Anak-anak pula
dilekakan dengan mercun dan bunga api. Pendek kata
kalau hendak sambut hari raya kena berhabis duit
banyak. Punya seksanya kalau jadi orang miskin waktu
begini.

Walhal benda-benda yang dibeli itu bukannya perlu
sangat. Kain langsir tahun lepas, kain kusyen dan
kerusi set lama masih boleh guna. Dan kain baju yang
lama pun masih tidak habis dipakai sudah beli yang
baru.

Sudahlah malam hari raya tidak dimeriahkan dengan gema
takbir, sebaliknya dihiasi dengan gelak ketawa, gurau
senda, bunyi bakaran mercun, sibuk menggantikan sarung
kusyen, ganti langsir dan macam-macam lagi untuk
mengindahkan rumah sehingga lewat tidur dan mengantuk
untuk bangun sembahyang subuh keesokan harinya.

Televisyen juga main peranan. Kalau hari raya
rancangan TV 24jam. Tidak rehat-rehat langsung.
Lekalah budak-budak, orang tua, orang muda tercanguk
depan tv sambil gelak ketawa. Lupa Allah dan lupa
Ramadhan yang baru saja berlalu. Maksiat kembali
segar.

Ada yang pergi sembahyang raya walaupun sembahyang
fardhu tidak pernah buat. Lepas sembahyang kalau orang
muda mulalah tukar baju. Pakai baju yang memang
ditempah khas untuk sambut hari raya. Buat program ke
panggung wayang. Kalau hari-hari lain panggung wayang
tidak seramai itu. Tapi bila raya tak muat-muat
panggung. Pengeluar filem pun faham orang suka tengok
wayang pada hari raya. Maka dia pun ambil kesempatan
tayangkan filem-filem baru. Meriahlah panggung wayang
dan sepilah masjid. Hilanglah amalan di bulan Ramadhan
dengan dosa dan maksiat. Dosa mata, dosa bergaul bebas
lelaki dan perempuan, dosa dedah aurat, dosa tidak
sembahyang dan lain-lain.

Yang pergi ziarah pun ada. Tapi yang sedihnya ketika
inilah masing-masing ambil peluang berziarah yang
sepatutnya tidak boleh diziarahi. Perempuan ziarah
lelaki yang bukan muhramnya, bersalam dan minta maaf.
Dan sebaliknya berlaku di pihak lelaki. Sepatutnya
bila bermaafan hilanglah dosa, tapi ini menambahkan
lagi dosa.

Di samping menyambut kedatangan Syawal dengan gema
takbir, di pagi Syawal digalakkan bangun awal. Mandi
sunat hari raya dan disunatkan juga makan sebelum
pergi masjid. Orang perempuan hanya dibenarkan
bersembahyang raya di masjid sekiranya dia keluar
rumah dengan tidak bertabarruj (berhias). Pakailah
pakaian yang baru dan bersih yang kita miliki. Ini
tidak mesti kena tempah pakaian yang baru setiap kali
raya. Memadailah kalau kita memakai pakaian terbaik
yang kita ada.

Sepatutnya di malam hari raya itulah kita kena
banyakkan mengucap tasbih, tahmid dan tahlil. Kerana
mengharapkan penerimaan Allah ke atas ibadah-ibadah
yang kita lakukan di bulan Ramadhan di smping minta
agar Allah dapat kekalkan kita untuk terus beramal di
bulan-bulan yang lain.

Malam raya mesti dimeriahkan dengan ucapan puji puja
dan membesarkan Allah. Membuat berbagai-bagai ibadah
untuk menghidupkan malam. Takbir bukan dibuat di
masjid dan di surau saja, malah rumah-rumah eloklah
diisi dengan suara takbir. Barulah malaikat rahmat
akan datang. Kerana tempat yang disebut nama Allah di
dalamnya akan bercahaya. Bukannya dengan memasang
pelita berderet-deret.

Janganlah jadikan hari raya hari untuk melepaskan
nafsu makan dan minum. Makanlah sekadarnya saja.
Bermaaf-maafan bukan hanya pada hari raya saja, malah
setiap kali kita bersalah pada orang, kita patut minta
maaf. Cuma di hari raya digalakkan berziarah dan
bermaaf-maafan untuk eratkan siraturahim. Itu pun
ziarah mestilah ikut syariat. Tidak boleh perempuan
ziarah lelaki yang bukan muhrimnya, apalagi untuk
bersalaman.

Di samping itu jangan didik anak-anak bermewah-mewah
di hari raya dengan melakukan berbagai-bagai
pembaziran. Misalnya dengan membeli mercun atau bunga
api. Ataupun membiasakan anak-anak berhari raya dengan
harapan untuk dapat kutip banyak duit raya. Kebiasaan
begini mesti dikikis, sebab jika anak-anak gagal untuk
dapat duit raya dia akan rasa kecewa dan menganggap
tuan rumah tempat dia bertandang itu orang yang
kedekut.

Oleh itu meriahkan Syawal dengan ibadah dan puji
syukur pada Allah. Inilah permulaan untuk melihat
keberkesanan “training” kita di bulan Ramadhan. Jika
di tengah-tengah nikmat itu kita gagal dilalaikan oleh
syaitan dan nafsu maknanya “training” kita di bulan
Ramadhan sudah ada kesan.

No comments:

Post a Comment