Hawa...
"Wanita dimasyhurkan kerana tidak ditonjolkan. Ia tersembunyi biarpun
hadirnya menggegarkan ". Dia adalah Hawa. Dia dicipta sebagai wanita.
Pelengkap lelaki yang mempunyai keistimewaan yang tuntas dan termahal
di dalam menjana peribadi unggul dan berprestij.Dia adalah aspirasi
setiap generasi.
Bertepatan dengan fitrahnya yang lembut, berhikmah, halus dan
tersendiri, ia mempunyai sentuhan ajaib yang terlalu sukar untuk
diganggu gugat.Agung dan uniknya wanita kerana menjadi tapak semaian
pertama benih-benih generasi yang bakal mewarnai dunia dengan agenda
perjuangan.Peranannya di dalam memanusiakan manusia tidak pernah
dinafikan oleh kebenaran sejarah. Dilahirkan sebagai wanita, insan yang
dianggap lemah ini tidak pernah teragak-agak untuk bergandingan dengan
rijal(lelaki) sebagai serikandi yang mekar dan terus mewangi di taman
dakwah dan jihad. Senyumnya adalah rahsia yang tersingkap,tangisannya
adalah rasa hati dan kemarahannya adalah pemberontakan kasih
sayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment