Wednesday, February 10, 2010

jalan mudah wanita ke syurga

JALAN MUDAH WANITA KE SYURGA..


Rasulullah SAW bersabda:

"Hai anakku Fatimah, orang perempuan yang menenun dan menjahit pakaian suami dan anak-anaknya diwajibkan ia masuk syurga dan diberikan oleh
Allah kepadanya kota didalam syurga untuk setiap orang yang memakai pakaian hasil jahitannya."

Dari Aishah bahawa Rasulullah bersabda:

"Tidak seorang wanita yang berhaid melainkan haidnya menjadi penebus
dosa baginya. Dan pahala pada hari pertamanya ia dipastikan oleh Allah bebas daripada neraka, melintasi sirat, aman dari azab dan diberi untuk
tiap-tiap satu hari satu malam darjat 40 syahid selama ia ingat dan berzikir kpd Allah dimasa haidnya."

Dari Abdullah Ibnu Masud bahawa Rasulullah bersabda:

"Jika seorang perempuan membasuh pakaian suaminya, Allah mencatatkan baginya 1000 pahala dan diampunkan baginya 2000 dosa dan meminta ampun baginya segala sesuatu yang disinari matahari serta diberinya 1000 tingkat darjat."
Sabda Nabi lagi:

"Seorang wanita yang hamil drpd suaminya yang dikahwini secara sah dan
suaminya meredhainya kerana selalu taat, Allah akan memberi pahala
sepertimana pahala orang fisabilillah. Bila ia merasa sakit untuk
melahirkan anaknya, Allah akan beri lagi pahala yang tidak terbilang oleh manusia kerana terlalu banyak. Apabila ia telah lahir, setiap teguk susu yang diteguk dari tubuhnya oleh anaknya, Allah balas dgn satu kebajikan setiap teguk. Bila ia semalaman pula berjaga kerana menjaga anaknya, maka Allah akan balas lagi pahala seperti pahala membebaskan 70 orang hamba dalam fisabilillah dgn ikhlas." (Riwayat Al-Hassan bin Safwan, At-Tabrani dan Ibnu Asakir)

"Apabila seseorang wanita itu telah melakukan solat 5 waktu, berpuasa bulan Ramadhan, memelihara maruah dan mentaati suaminya, nescaya ia diserukan kepadanya: silalah masuk ke syurga mengikut mana-mana pintu yang kamu suka. " (Riwayat At-Tabrani)

Pintu syurga itu seperti mana Imam Bukhari & Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah: Syurga itu mempunyai pintu-pintu khusus, pintu puasa bernama "Ar-Rayyan", pintu sedekah, pintu zakat, pnitu solat, pintu jihad, pintu dhuha dan berbagai-bagai lagi bakal masuk mengikut amalan masing-masing.

Nabi SAW bersabda:

"Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyaki rambutnya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka diakhirat ia diberi minum oleh Allah drpd air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakratul maut, di dalam kubur ia perolehi taman-taman spt taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang terlepas drpd seksa neraka dan selamat melintasi Titian sirat tanpa susah."

tiada jalan mudah bagi seseorang,sama ada lelaki atau pun wanita utk
kesyurga...melainkan adanya sifat beriman dan bertaqwa dihati setiap insan...... sunnah dan al-quran itu lah penawar utk kesyurga........malah wasiat rasulullah sebelum menghembuskan nafas yg terakhir Baginda telah berjanji "aku meninggalkan buat umat ku 2 perkara sunnah ku dan al-quran..,barang siapa berpegang teguh kepada kedua-duanya,nescaya mereka tidak tersesat sehingga datangnya kiamat" al-quran yg ada hari ini digunakan untuk pertandingan, ilmu agama dipelajari hanyalah untuk mendapat segulung sijil utk mendapat pekerjaan, masjid dibina utk boneka pembangunan, oleh itu sentiasalah muhasabahkan diri sendiri.......tengok pada senario hari ini.....berapa ramai yg meninggalkan solat......malah ader yg melambat-lambatkan solat mereka....macam mana Allah nak redha kita untuk ker syurga.....hal ini bukan untuk wanita...malah lelaki juga sama..... ilmu agama ada didada ,tapi disengajakan lupa......kerana lalai dan hanya memikirkan keserookan semata-mata,dan yg paling peting...ialah dunia telah memautnya....

"Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menuruti perintah-Nya.
Kamu membaca al-Qur'an, tetapi kamu tidak bertindak selaras dengannya.
Kamu kenal Shaitan, tetapi kamu berterusan bersetuju dengannya.
Kamu mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu tinggalkan Sunnah
baginda SAW.
Kamu mengaku mencintai Syurga, tetapi kamu tidak berusaha
mndapatkannya.
Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu tidak berhenti membuat
dosa.
Kamu berkata, Sesungguhnya mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia
untuknya.
Kamu sibukkan dirimu dengan kesalahan orang lain, tetapi kamu tidak
melihat kesalahanmu.
Kamu makan dari rezeki yang Allah kurniakan, tetapi kamu tidak
bersyukur pada-Nya.
Kamu mengebumikan orang-orang yang mati, tetapi kamu tidak mengambil
pengajaran daripadanya."

jangan lah kita bermimpi hendak mendapatkan wanita sebaik siti fatimah
jika diri kita tak sebaik saidina Ali...... .........

No comments:

Post a Comment