Wednesday, February 10, 2010

isteri solehah tidak merungut

Isteri Solehah
SENTIASA BERSYUKUR, TIDAK CEREWET atau MERUNGUT

Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah.
Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, "Ain, apa tandanya isteri

solehah?"
Saya menjawab, "Wardah, kau tentunya lebih 'arif daripadaku untuk
menjawabnya..."
Sebenarnya saya tahu tujuan pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga
jawapan saya, sebaliknya untuk saling memperingatkan diri agar
berhati-hati dan teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat
ini.

Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda
menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di

rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi
Ibrahim.

Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi
Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh)
tidak
pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku
padanya.
Katakan padanya, tukar tiang pintu
rumahnya
(sebagai kiasan
supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus
menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup

kita ini selalu dalam
kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan
salam
kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang

pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita
berpisah.
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak
bertimbang
rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula
mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian
lama,
Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak
dan
menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang
saling
tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan

sejahtera,
tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan
sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan
minuman
dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka
dalam makan minum mereka. (Berdasarkan
peristiwa
ini,
Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri
Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan

salamku
kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang
pintu
rumahnya
sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri
Nabi
Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia
bertanya
sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan

perwatakannya
sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam
keadaan
baik, tiada
apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan
dan
minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh
kamu
mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu
yang
dimaksudkannya itu ialah dirimu yang
dimintanya
untuk aku
kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa
sejarah
ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami
sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan
kesabaran.

Berpandukan sejarah tersebut, saya tegaskan kepada diri sendiri bahawa

isteri solehah itu sepatutnya 'sabar di hati dan syukur pada wajah'.
Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan
dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah
merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan
senang
mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti
firman-Nya
yang bermaksud:

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku
kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku

amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah,
ingatlah
hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita,
bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai
pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali
golongan
kamu yang dapat melakukan demikian."

(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri salehah, hati
kita
hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh
teladan
yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta
orang
saleh

No comments:

Post a Comment