Wednesday, February 10, 2010

hatiku mati

HATIKU MATI…

Tika ku damba cinta manusia, aku lupa mendamba cinta Allah…
Ku jauh dari kemanisan iman lantaran aku memberatkan cinta insan
Sedangkan aku lupa cinta insan bisa membuat aku kecewa
Tapi cinta Allah sentiasa setia…

Ku damba cinta manusia, ku lupa untuk bercinta kerana Dia,
Lantaran itu, cintaku tersalah arah,
Kerana cinta jauh dari keberkatan tuhan,
Hatiku kian dirundung kegelapan…

Tika aku leka dengan cinta dunia
Kubiarkan diriku jauh dari jalan kebenaran
Akhirnya noda-noda hitam ini menyelubungi diriku
Arahku kian palsu

Tika ini aku menangis kesedihan
Kerana telah kecewa dengan cinta dunia
Lalu aku kembali bersujud
Mencari jalan tuhan
Tapi tidak ku jumpa

Aku kembali merenung diri
Mengapa jalan yang benar itu tak lagi kutemui
Akhirnya aku sedari
Hatiku mati….

No comments:

Post a Comment