Sunday, January 17, 2010

fadhilat surah yasin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah
surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi
kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia,
Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar
daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu
mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca
surah
Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca
al-Quran
sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang
yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa
malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta
dosanya
diampunkan Allah,
menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya
dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa
sakit
ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang
sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama
surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf
cahaya
dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan
amalannya
ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah
orang-orang
yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada
teman seagama yang lain.

No comments:

Post a Comment